Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

PONDAN : BALA ALLAH AKAN MENIMPA MALAYSIA??

$
0
0


Selepas kemenangan geng-geng Pondan ini di Mahkamah, kali ini geng-geng pondan ini sukses pula di Thailand sempena pertandingan Ratu Pondan 2014...



Amat hairan, apakah ini kebebasan yang dimahukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang di negara ini...? Apabila fatwa yang dibuat oleh pakar-pakar dan ahlinya pun dipersoal dan dipertikai, apakah ini yang kita mahu wariskan kepada anak cucu kita...?

Pelik dan ajaib! Tapi itulah dia kenyataan...

Astaghfirullah Alazim! Doakan negara kita sentiasa di bawah kerahmatan Ilahi... (SUMBER)

Mungkin golongan penyokong LGBT dan Islam Liberal di Malaysia sedang bersorak kegembiraan sekarang. Ini memandangkan dua wakil dari Malaysia, Cicie Sinclair dan Hendra telah berjaya ke pertandingan akhir Miss International Queen 2014 atau Pertandingan Ratu Pondan 2014 yang berlangsung semalam di negara jiran, Thailand.

Pertandingan ini mendapat sambutan hangat apabila seramai 25 peserta daripada seluruh dunia termasuklah negara kita menyertainya. Peserta-peserta Miss International Queen ini mewakili negara masing-masing iaitu dari Filipina, Singapura, Brazil, Vietnam, Korea Selatan, Malaysia, Turki, Jepun, Sepanyol, Thailand, Chile, Myanmar, Nicaragua, Mongolia, Russia, Venezuela, USA, Jepun, Peru dan Cuba.

Agaknya apakah pendapat tiga orang Wakil Rakyat PAS iaitu YB Dr Mujahid Rawa, YB  Hanipa Maidin dan YB Khalid Samad yang menjadi penentang kuat pengharaman Sister In Islam (SIS), mengenai isu ini? Opps ... saya terlupa nama Datuk Saifuddin Abdullah. (SUMBER)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882