Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

#Liwat2.0 : SAH!!! ANWAR DIDAPATI BERSALAH!!!!


Image may be NSFW.
Clik here to view.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memuktamadkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Bagimanapun, mahkamah ditangguhkan sejam bagi pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Arifin membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Rayuan akhir Anwar itu telah didengar selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Anwar, 67, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar telah disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun yang lalu dan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


KLIK SINI UTK KRONOLOGI HUJAH PENGHAKIMAN



Saiful Bukhari
Sementara itu, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan Mahkamah Persekutuan, sebentar tadi.

Berita mengenai penghakiman itu disampaikan peguam pemerhati Mohd Saiful, Zamri Idrus melalui panggilan telefon.

"Mohd Saiful menyambut baik keputusan yang berpihak kepadanya itu dan saya sudah menghubungi beliau untuk memaklumkan perkara berkenaan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Ditanya mengenai sabitan penjara yang akan dikenakan terhadap Anwar, beliau berkata, perkara itu terletak pada budi bicara mahkamah.


Dalam perkembangan yang lain :

Semangat Reformasi akan terus menyala! Lawan tetap Lawan! #RakyatHakimNegara, inilah kata-kata semangat yang dilontar pemimpin KEADILAN sebaik Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes Fitnah II.

Ungkapan itu disuarakan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin menerusi twitternya yang turut dikongsi oleh Timbalan Prresiden, Mohamed Azmin Ali.

Bukan mereka sahaja, rata-rata pimpinan KEADILAN turut meluahkan kata-kata semangat untuk melawan kezaliman kerajaan terhadap Anwar.

Antaranya, Pengarah Strategi, Sim Tze Tzin yang berkata: “Anwar dipenjarakan, tetapi dia tidak berakhir di sini”.


Bekas Menteri Besar Selangor


Image may be NSFW.
Clik here to view.

Bekas Menteri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim percaya kedua-dua pihak iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari telah diberi keadilan secukupnya dalam menghadapi kes liwat II.

“Saya percaya kedua-dua pihak telah diberi ruang secukupnya untuk memberi hujah dan keterangan kepada mahkamah.

“Saya harap keputusan hari ini adalah berdasarkan kepada semua fakta, bukti keterangan dan hujah.

Jika tidak, keputusan ini akan menjadi satu penghinaan kepada sistem kehakiman negara. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga keluarga saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini,”katanya dalam facebook sejurus selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman bersalah terhadap Anwar hari ini.


Hakim berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882