Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

PANAS!!! Tun Mahathir Sedia "Dipancung" Untuk Tukar PM

$
0
0

“Bila kamu ambil risiko, kamu sedia untuk dipancung,” kata bekas perdana menteri keempat itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkata beliau sedia ditangkap atau dituduh di mahkamah susulan kenyataannya bahawa pemimpin Umno mengambil rasuah yang dibuat dalam himpunan BERSIH 4 lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan siasatan terhadapnya yang akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada 7 Julai berkata kertas siasatan kes itu berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu daripada tarikh itu.

Keterangan yang diambil bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu 1MDB.

Ditanya sama ada polis akan menahan Dr Mahathir, Noor Rashid berkata ia bergantung kepada keadaan dan hasil siasatan yang dijalankan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui keutamaan beliau adalah untuk menukar Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri bukannya Umno, mahupun sistem kerajaan.

"Keutamaan saya adalah untuk memastikan Najib berundur," 

Beliau mengulas kenyataam Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk S Ambiga yang mencadangkan bahawa masyarakat awam perlu menimbang bekerjasama dengan Mahathir, jika bekas perdana menteri itu bersedia mahu mengubah sistem dan menyingkirkan Umno.

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan Umno sebagai parti yang baik.

"Umno tidak rasuah, hanya orang dalam Umno yang rasuah," kata beliau sambil menambah bahawa mereka dalam Umno mahu sesuatu daripada parti.

"Setakat yang saya tahu, melainkan jika kepimpinan itu diubah, jangan harap akan ada perubahan," katanya.- SUMBER


JALAN BUNTU 

Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengamuk dan kecewa dengan para 'askar upahan siber' yang dibayarkan kerana masih gagal mewujudkan momentum besar untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Mahathir dikatakan berang apabila gerakan memaksa Najib untuk berhenti seakan bertemu jalan buntu.

Tambah sumber tersebut, 'askar upahan siber' yang dibayar juga dilihat mampu untuk mewujudkan sentimen kebencian seperti yang diharapkan.

Ini kerana ketika gerakan menyngkirkan Pak Lah suatu ketika dahulu, Mahathir tidak memerlukan masa yang lama untuk memaksanya untuk berhenti.

Pemimpin UMNO khususnya ahli majlis tertinggi dan Ketua Bahagian pada ketika itu, dilihat begitu mudah terpengaruh untuk turut serta dalam gerakan membuang Pak Lah.

Berbanding era Najib, mereka dilihat seakan bersatu menyokong kepimpinan Presiden parti.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun Najib dilihat semakin kuat ditambah dengan sokongan PAS yang dikatakan agak mesra dengan Putrajaya.

Mahathir sedar dengan sokongan tersebut, rakyat akan melihat Najib sebagai pemimpin yang berjaya mewujudkan perpaduan antara masyarakat Melayu dan Islam yang merupakan golongan terbesar di negara ini.

Sumber tersebut turut mendedahkan, Mahathir ketika perjumpaan bersama jentera‪ #‎undurNajib‬ baru-baru ini menggesa agar semua 'askar upahan siber' yang dibayar itu untuk melipat gandakan usaha agar masyarakat terus membenci Najib.

Ini kerana dengan cara itu sahaja, ahli majlis tertinggi dan ketua-ketua bahagian terpaksa akur dengan desakan untuk memaksa Najib berundur.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882