Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

SUAMI VS RAKYAT : Wan Azizah Ditempelak Pemimpin Akar Umbi PKR!!!

$
0
0

Tindakan Presiden Pakatan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang terlalu fokus kepada perjuangan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik oleh ahli parti itu sendiri.

Tindakan Wan Azizah itu dilihat lebih kepada emosi dan peribadi, menyebabkan telah lari daripada perjuangan untuk rakyat.
Pandangan itu dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Tetap PKR Cabang Sepang, Arffain Mohamed kepada portal online Free Malaysia Today.

“Perjuangan Wan Azizah lari dari hala tuju parti, nampak perjuangannya lebih kepada suami (Anwar), berbanding rakyat. Kita tengok dalam Kongres Nasional PKR baru-baru ini tema yang diguna ialah ‘Bebas Rakyat, Bebas Anwar’. Benda itu sepatutnya tidak boleh dijadikan tajuk utama,” katanya.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang, Nasiruddin Mohamed pula berkata, Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang sepatutnya mengetepikan isu peribadi, dan membawa perjuangan untuk rakyat.

“Sepatutnya Wan Azizah perlu membawa perjuangan bebas semua rakyat, namun Wan Azizah tidak bersalah sebaliknya kepimpinan PKR itu sendiri perlu bangkitkan benda ini,” katanya.

Tambahnya, Wan Azizah sepatutnya menumpukan usaha memperkukuh pakatan pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Wan Azizah kena bincang inilah masa terbaik, sekiranya pembangkang mahu menang dan jalan terbaik beliau perlu betulkan apa yang berlaku dalam pembangkang dan PKR.

“Malah sekiranya kemelut yang berlaku ini tidak dibuat, tidak mustahil kemelut yang berlaku dalam UMNO akan berlaku juga pada PKR,” katanya yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil pada PRU13.

Nasiruddin tanpa berselindung mengaku Datuk Seri Mohamed Azmin Ali paling layak untuk mengambilalih jawatan Presiden PKR jika Wan Azizah bersara.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882