Kuala Lumpur – Sidang akhbar ketua-ketua cawangan Umno yang mahu mengulingkan Presiden parti malam tadi kecoh seketika apabila seorang pemuda ‘mengamuk’.
Insiden bermula apabila pemuda tersebut, Farouk Ramly mendakwa sidang akhbar yang diadakan itu terdiri daripada mereka-mereka yang kecewa.
“
Pergi, pergi yang kecewa semua pergi depan” jeritnya sejurus selepas sidang akhbar itu bermula.
Tidak berpuas hati dengan tindakan Farouk yang juga merupakan ahli jawatan kuasa (AJK) bahagian Umno Gombak, beberapa orang ahli yang hadir terpaksa memberhentikan seketika majlis sambil memujuk lelaki tersebut agar mengawal perasaan.
“Aku cakap pada kaukah? Kenapa nak suruh aku diam” jeritnya lagi.
“Tolonglah hormat sikit majlis orang, tak payah nak terpekik-pekik,” kata seorang daripada hadirin.
“Dah tak payah la bang, jangan nak provok aku” ujarnya sebelum diminta beredar.
Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam sidang media itu berkata, tindakan mereka itu bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan Umno.
Jurucakap kumpulan tersebut Hamdan Abdul Rahman, yang merupakan ketua cawangan Umno Delima Lembah Keramat berkata tindakan terhadap pemimpin dan ahli Umno yang mengkritik parti perlu dihentikan.
Hamdan bersama 4 lagi ketua cawangan dan 10 ahli cawangan, bercakap kepada pemberita di Taman Melawati, Ulu Kelang.
Video Muhyiddin Akan Ganti Najib oleh Hamdan Abdul Hamid Ketua Cawangan UMNO Delima Lembah Keramat KLIK SINI