Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

DEMO LAGI? PAN Perguna Sentimen Rakyat Hasut Berdemo!!!

$
0
0

Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta yang menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga tol dan barangan, #ShutdownSungaiBesi yang akan diadakan di Tol Sungai Besi di sini, bermula jam 9 malam esok.
Mana-mana individu yang menyertai perhimpunan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad, berkata tindakan itu sejajar dengan larangan polis yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, perhimpunan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius dan mengganggu ketenteraman awam kerana banyak kenderaan akan melalui laluan terbabit menuju ke pusat bandar raya ini sempena ambang tahun baru.

“Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan ini kerana bukan sahaja tidak mendapat kelulusan polis, malah menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Sebelum ini,, sebuah portal berita dalam talian menyiarkan sayap pemuda Parti Amanah Negara (PAN) akan menganjurkan perhimpunan #ShutdownJalanDuta di Plaza Tol Jalan Duta esok bagi membantah kenaikan harga tol dan barangan.

Bagaimanapun, lokasi perhimpunan terbabit ditukar ke Plaza Tol Sungai Besi sekali gus mengubah nama perhimpunan itu kepada #ShutdownSungaiBesi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882