Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Menara Dato Onn PWTC 3.05 petang tadi. Menurut sumber, beliau hadir ke PWTC bertujuan untuk menghadiri mesyuarat MT UMNO. Namun tiba-tiba pada jam 3.58 petang, beliau keluar dari bilik mesyuarat.
Ketika ditemui wartawan sebelum beredar dari PWTC, Mukhriz berkata beliau diberitahu tak perlu hadir mesyuarat MT UMNO petang ini. Bagaimanapun, suasana sekitar PWTC tenang. Tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku.
Menurut Mukhriz ketika ditemui media di lobi PWTC berkata, arahan keluar itu dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Mereka kata, pada siapa yang hadir tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya,” kata Mukhriz.
Sebelum itu, ketibaan Mukhriz di PWTC disambut dengan laungan dan sorakan daripada penyokongnya.
“Hidup Datuk Seri Mukhriz. Hidup Datuk Seri!,” sorak sebahagian penyokong yang hadir.
Mesyuarat MT dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan dipercayai kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah akan diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
Awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak dipercayai mengemukakan tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menggantikan Mukhriz.
Nama itu dikatakan dikemukakan ketika pertemuannya di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur.
Tiga nama itu ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.
Kehadiran Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bukanlah secara otomatik ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Mereka yang kalah atau tidak dilantik sebagai ahli MT hanya dijemput hadir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO apabila diperlukan.
Sekiranya tiada jemputan, maka tiada sebab untuk beliau turut hadir dalam mesyuarat terbabit. Sekiranya dimaklumkan tidak perlu hadir maka tiada asas peraturan untuk beliau tetap hadir.
Malah kehadiran Pengerusi Negeri hanya sebagai "turut hadir" dan tidak boleh memberi pandangan kecuali diminta.
Maka tiada sebab untuk Datuk Paduka Mukhriz Mahathir hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini kecuali beliau mahu menjadikan ini sebagai propaganda politik dan menagih simpati.