Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

USTAZ KE MACAM NI? Polis Trafik Digelar Bodoh!!!

$
0
0

Zaman sekarang ni penceramah bukannya boleh dipercayai seratus peratus. Bukannya semua penceramah ni tak betul, tapi ada sesetengahnya yang terlalu merapu isi kandungan yang disampaikan. Kadang-kadang tu terpesong terus dari topik asal.

Seorang penceramah agama ini melepaskan marahnya kepada anggota polis trafik sehingga menghemburkan kata-kata yang kurang enak didengari. Ehhhhh, itu ceramah agama atau ceramah memaki hamun pihak polis?? Hairan!

Tidak pasti tarikh dan masa ceramah ini disampaikan, tetapi jelas kedengaran rasa tidak puas hati penceramah tersebut kepada polis trafik yang melakukan tugasan. Marah sangat ni kenapa?? Penceramah ni bengang atas tindakan polis trafik yang menjalankan tugas bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang ditetapkan.

Ehhh, itu kan memang kerja dorang bagi membendung salah laku pengguna jalan raya. Kenapa nak kecoh sangat? Penceramah tersebut siap menggelarkan anggota polis trafik yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.
“… (buat) ‘road-block’ polis tak sembahyang, bodohnya punya polis… kadang hari Jumaat buat ‘speed-track’ bodohnya punya polis trafik.
“Semalam aku nak datang sini ceramah, di lebuhraya polis trafik punya bodoh dia pergi ambil ‘speed-track'” katanya ketika menyampaikan kuliah agama tersebut” katanya.
Ehhhh, mana tahu yang polis trafik tu tak solat?? Ker si penceramah tu tak solat sekali, sebab tu dia tahu yang polis trafik tu tak solat Jumaat. Entah-entah masa polis trafik tu buat kerja dia lari sekejap pergi solat Jumaat, lepas tu sambung balik buat kerja mana tahu kan. Tak pasal-pasal dah tabur fitnah.

Penceramah apa macam tu?? Dorang tu suci bersih murni sangat ke yang suka-suka hati caci maki kerja orang? Siap sifatkan gaji yang diperolehi oleh polis trafik tersebut haram hanya disebabkan tak pergi solat Jumaat. Habis gaji dorang halal ke, sebab bagi ceramah mengutuk pekerjaan orang lain??
“Hari Jumaat engkau (polis) boleh jaga negara, cuti daripada sembahyang sekiranya ada rusuhan atau ada bab yang menggangu ketenteraman negara.
“Tapi kalau saja-saja nak ambil ‘speed-track, nak buat road-block yang tak ada unsur atau bersangkutan dengan undang-undang, maka haram gaji pada hari itu..,faham (macam mana) nak bagi makan pada anak bini… sebab itu anak-bini (polis trafik) tak boleh jadi orang alim dan soleh kerana unsur yang masuk (dalam badan) dari duit haram,” katanya lagi dengan nada yang marah.
Eshhhh.. Eshhhh.. Eshhhhh, macam dia pula Tuhan.., suka-suka hati jatuh hukum orang itu tidak alim. Mana tahu dia solat tak pernah tinggal, dan tak kutuk orang macam penceramah agama ni. Bagi Gomez ini bukan ceramah agama yang sepatutnya.

Kalau dulu nama je ceramah agama mesti pasal hukum hakam agama je, tak pernah sangkut langsung pasal isu negara atau politik. Tapi penceramah sekarang semua dicampur adukkan. Siap isu politik dimasukkan dalam ceramah agama lagi. Nauzubillah! - UtaraNews.com

Untuk tonton video : KLIK SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882