Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

BERPUTIH MATA : Muhyiddin Kecewakan Tun Mahathir?

$
0
0

Kenyataan Bekas Timbalan Perrdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tetap kekal dalam UMNO telah membuatkan Mahathir berputih mata. Sebelum ini, Mahathir dilihat berharap agar Muhyiddin akan turut mengikut jejak beliau untuk keluar dari UMNO.

Muhyiddin berkata tindakan ahli Majlis Tertingi (MT) Umno yang menggantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau ketika sidang media khas di sini sebentar tadi berkata tindakan tersebut tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dan dibuat sevara gopoh.

“Penggantungan saya dibuat tidak diberi tunjuk sebab dan saya tidak dihadapkan kepada lembaga disiplin parti malah ia tidak mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan oleh parti.

“Keputusan tersebut dibuat secara gopoh sedang saya dilantik oleh ahli Umno yang memilih” katanya sebentar tadi.

Nampaknya, Muhyiddin lebih bijak dari Mahathir dalam isu UMNO ini.

Selain daripada itu juga, Muhyiddin Yassin berkata pihakanya akan terus bersuara demi menjaga kepentingan rakyat.

Beliau ketika sidang akhbar khas sebentar tadi berkata tidak takut dengan sebarang tindakan yang mungkin akan diambil terhadap dirinya.

“Saya tidak takut dengan apa-apan pemecatan dan sebagainya dan saya akan kekal bersuara malahan akan lebih lantang supaya rakyat lebih faham kerana saya tidak mahu kepercayaan rakyat hilang terhadap Umno.

“Kita tunggu dan lihat” katanya ketika ditanya apakah tindakan yang akan beliau lakukan sekiranya Umno mengambil keputusan untuk memecat keahliannya.

Muhyiddin turut menjelaskan pihakanya akan turut hadir dalam perhimpunan anti-Najib yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

“InshaAllah kerana himpunan itu untuk tujuan yang baik, saya akan turut sertai” ujarnya lagi. - PRU14.TV

KLIK SINI UTK VIDEO SIDANG MEDIA TSMY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882