From Hero To Zero? Daripada seorang Negarawan, bekas pemimpin yang dihormati dan disanjung, kini mencari cercaan dan penghinaan pada hujung-hujung usianya hanya kerana kehendaknya tidak dipenuhi?
Ketika dia menjadi Perdana Menteri dahulu, dia mengajar rakyat Malaysia agar tidak sama sekali mengkhianati negara sendiri dengan menjemput kuasa atau rakyat luar untuk mengajar Malaysia. Malah cerita yang sangat masyhur ialah bagaimana dia 'menghina' perwakilan daripada British ketika kemuncak kempen 'Buy British Last' dengan menyediakan kerusi yang sangat kecil untuk mereka yang menemuinya, untuk menunjukkan dia seorang yang sangat patriotik.
Malah media-media asing yang beroperasi di negara ini, bahkan yang beroperasi di Hong Kong dan Singapura yang banyak membuat laporan negatif tentang Malaysia termasuklah membabitkan projek-projek mega, tidak sahaja diharamkan, malah turut dikekang penerbitannya di Malaysia.
Campurtangan peguam-peguam asing yang datang ke Malaysia untuk kempen penghapusan hukuman gantung sampai mati juga, ditentang oleh Mahathir dan kempen-kempen yang dibuat selepas itu ialah, pihak asing dengki dengan kejayaan Malaysia.
Namun keadaan sudah berubah.
Kini Mahathir sudah bertukar sikap.
Sebuah akhbar Australia hari ini menyiarkan sebuah artikel yang mendedahkan Mahathir telah meminta kerajaan-kerajaan asing agar campurtangan dalam politik dan halehwal Malaysia.
Mahathir ternyata terlalu terdesak sehingga menjemput kuasa-kuasa asing untuk campurtangan dan mencemarkan kedaulatan Malaysia.
Adakah hanya kerana kemahuannya tidak dituruti dan majoriti rakyat Malaysia pula sudah bosan dengan sikapnya, maka Mahathir berasakan hanya kuasa asing sahaja yang dapat memenuhi kehendaknya?
Apa sudah jadi dengan semangat kemelayuannya selama ini?