Berdiri belakang berbaju hijau
Sayang...... wajah dah cantik dan comel, namun ada tompok hitam yang menyaluti hatinya. Ya, kita tidak sempurna, namun bukan dengan asyik menyalahkan orang lain dan mempertikaikan kekurangan, sebaliknya bersyukur dan menghargai kelebihan dan bantuan yang diterima.
Terima kasih kepada Facebooker Hazlyn Ismail yang berkongsi detik-detik "bersejarah" ini. Semoga ia mampu menjadi ikhtibar kepada semua anak muda kita supaya berlapang dada dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Apatah lagi tidak mensyukuri segala apa yang dinikmati di bumi bertuah Malaysia ini.
Jom Terjah :
Terima kasih kepada Facebooker Hazlyn Ismail yang berkongsi detik-detik "bersejarah" ini. Semoga ia mampu menjadi ikhtibar kepada semua anak muda kita supaya berlapang dada dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Apatah lagi tidak mensyukuri segala apa yang dinikmati di bumi bertuah Malaysia ini.
Jom Terjah :
Saya baru balik daripada kuliah Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak. Ada pulak pelajar perubatan tanya soalan bangang. Soalan dia, "Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?
Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba." Soalan si gadis itu diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).
Dr Zakir pun tanya balik, "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". Student tu pun jawab, "RM3600 setahun". Terkejut Dr Zakir. Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah USD100k. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah.
Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali. "But please dont blame your government," katanya.
Padan muka budak tu. Nak cari kesalahan kerajaan sangat, last2 diri sendiri yang malu. Tu la, pegi la dengar ceramah politik lagi. Elok2 otak tu cerdik, terus jadi bangang.Rata-rata komen yang diberikan oleh facebooker nyata tidak menyebelahi adik manis ini.
MENANGKIS PROPAGANDA BARAT
Media Islam perlu memainkan peranan dalam menangkis propaganda yang dicetuskan pihak barat sekali gus berperanan dalam membangunkan minda ummah.
Media Islam perlu memainkan peranan dalam menangkis propaganda yang dicetuskan pihak barat sekali gus berperanan dalam membangunkan minda ummah.
Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik berkata, peranan besar dimainkan media Islam berupaya menangkis gambaran salah yang digembar-gemburkan pihak barat terhadap Islam.
“Menerusi peranan dan tanggungjawab yang dimainkan media Islam, pandangan umum mengenai sesuatu isu dan peristiwa yang dikaitkan dengan Islam berupaya dibentuk sekali gus memberi gambaran sebenar agama suci ALLAH,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi tazkirah sempena Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini, semalam.
Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat negeri, pengarah-pengarah jabatan dan agensi serta pengamal media.
Dr Zakir yang juga Pengasas dan Presiden Islamic Research Foundation (IRF) berkata, atas kesedaran terhadap ancaman propaganda barat, pihaknya telah menubuhkan sebuah saluran satelit Islam pada 2006, Peace TV bagi mempromosikan kebenaran, keadilan, moral, keharmonian, kebijaksanaan dan keamanan bagi seluruh umat manusia.
Beliau berkata, Peace TV yang bersiaran selama 24 jam setiap hari itu adalah saluran agama yang mempunyai penonton paling ramai dari seluruh dunia.
“Barat menggunakan media sebagai alat untuk menyerang Islam jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan persepsi salah itu kepada masyarakat dunia,” katanya.
Dr Zakir kini dalam siri jelajah di Terengganu dan dijadualkan menyampaikan syarahan umum di Stadium Tertutup Gong Badak malam tadi diikuti hari ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Masjid Hadhari, Besut (12 April) serta di Dewan Sri Amar, Chukai, Kemaman (13 April).
Kunjungan pertama pendakwah kelahiran Mumbai, India di negeri ini adalah atas jemputan peribadi Menteri Besar dalam satu pertemuan di Korea sebelum ini.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, syarahan umum tokoh intelektual itu di empat daerah di negeri ini akan disiarkan di saluran Peace TV yang secara tidak langsung dapat mempromosikan Terengganu di mata dunia.
“Kehadiran Dr Zakir ke sini merupakan kisah kejayaan terbaharu kita dan saya harap seluruh rakyat termasuk di negeri jiran dapat memanfaatkan acara ini,” katanya.
Dan inilah videonya : Zakir Naik Terengganu Tour: Pelajar Perubatan Termalu Dengan Soalan Provokasi