"Macam-macam, sekarang badak sumbu pun boleh masuk Sarawak naik kapal terbang tapi saya tak boleh. Ini maskot KEADILAN, badak ini berbeza dengan badak sedia ada yang sudah popular kerana #ADIL ada sumbu. Bagi mereka yang nak beli, tunggu maklumat selanjutnya".
Biadap betul Rafizi ni. Bahasa sindiran sinis itu pastinya ditujukan kepada kerajaan negeri Sarawak khasnya dan rakyat Sarawak amnya. Memang patutlah kena "ban" masuk Sarawak. Tiada adap dan rasa hormat langsung!

Terdahulu, Rafizi juga telah mengeluarkan posting menghina Perdana Menteri dan isteri :
“Saya agak kami nak ajak rakyat Malaysia langgar dan tanduk Najib Razak (Perdana Menteri) dan DS Rosmah (isteri Perdana Menteri) dalam PRU akan datang”
Itu satu lagi provokasi melampau oleh pakar propaganda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sewaktu mengulas tentang maskot badak sumbu PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
“Badak sumbu tidak mudah mengalah; ia gagah dan berani,” katanya dalam akaun Facebook beliau semalam.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR bagaimanapun mengambil pendekatan pengecut apabila menggunakan ayat “saya agak” sebelum menyebut tentang langgar dan tanduk Perdana Menteri itu dipercayai untuk mengelak disaman.

Beliau dalam pada itu berkata, keseluruhan idea dan penciptaan maskot itu hasil kerja pemimpin PKR, Sim Tze Tzin dan Darell Leiking. – SUMBER
Beginikah perlakuan pemimpin yang anda mahukan? Bila kehendak mereka tidak dipenuhi atau terhalang, maka makian, hinaan dan ugutan pula mereka gunakan. Itu belum dikira dari segi kesepakatan mereka dalam Pakatan Harapan. Sesama sendiri pun bergaduh dan bertanding menentang sesama mereka di PRN Sarawak kali ini.
Harap-harap Rafizi tidak memadamkan posting-posting beliau ini selepas ini. Dan satu lagi, mungkin Rafizi terlupa kot bahawa Rakyat Sarawak juga ada di merata-rata tanah air kita termasuk di semenanjung.
Harap-harap Rafizi tidak memadamkan posting-posting beliau ini selepas ini. Dan satu lagi, mungkin Rafizi terlupa kot bahawa Rakyat Sarawak juga ada di merata-rata tanah air kita termasuk di semenanjung.