Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

KECOH : Najib Dikepung Mat Motor Di Jom Berambeh Anak Muda Sarawak

$
0
0

Kecoh dan gamat suasana tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Serbaguna, Kampung Pinang Jawa selepas menunaikan solat Isya' di Masjid Al-Taqwa.


Kunjungan Najib adalah bagi menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam bersama penduduk di sini diiringi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong Fazzruddin Abdul Rahman.

Najib turut sempat beramah mesra dengan kumpulan anak muda dan membuat gimik pelepasan konvoi motosikal utk program berambeh bersama anak muda yang disertai lebih 100 buah motorsikal.


Kira- kira lebih 1000 orang penduduk mengunjungi dewan ini untuk meraikan kehadiran YAB Perdana Menteri.

Terdahulu, selain menghadiri majlis tersebut, Najib pada siangnya telah menemui dan beramah mesra dengan penduduk menerusi program 'walkabout', meninjau Klinik Kesihatan Siburan dan meneruskan 'walkabout' di sekitar pekan Serian. 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882