![]() |
Sekadar Hiasan |
KUALA TERENGGANU – Pembelian minyak masak secara pukal perlu dirujuk kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu atau mana-mana cawangannya di negeri ini.
Pengarahnya, Azlan Abdul Samat berkata, ia bagi memudahkan pembelian terutama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana jabatan dan agensi kerajaan yang mahu menggunakan minyak masak itu untuk keperluan mangsa banjir.
“Apabila dirujuk kepada KPDNKK, pihak kami akan mengeluarkan surat arahan pengawal yang membenarkan syarikat yang membungkus semula minyak masak atau pemborong menjual minyak secara pukal kepada NGO atau jabatan dan agensi kerajaan itu.
“Ini juga bertujuan untuk memastikan pembelian pukal direkodkan agar tidak berlaku salah faham terhadap pemborong atau syarikat yang membungkus semula minyak masak berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Ditanya mengenai arahan di sesetengah pasar raya untuk mengehadkan pembelian minyak masak kepada pengguna, beliau berkata, ia bagi mengelak pembelian panik dalam kalangan orang ramai. – Bernama