Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

DAULAT TUANKU : MB Terengganu Dikembalikan Gelaran Datuk Seri

$
0
0

“Syukur Alhamdulillah”, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepadanya.
Razif ketika dihubungi bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara tersebut bagi mengelak salah faham.

Razif menerima Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kira-kira 8.30 malam tadi, dan disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja.

Kenyataan itu berbunyi: “Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini”.

Pada 22 April lepas, semua gelaran terhadap beliau dilucutkan setelah menerima gelaran yang sama pada April 2015 dan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012.

Razif yang juga Adun Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882