Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

VIDEO : NGO Lapor Shafie Apdal Ke SPRM Kes RM100 Juta

$
0
0

“Mohd Shafie boleh disifatkan sebagai seorang yang gagal, dan secara tidak langsung juga sudah hilang integriti sebagai seorang pemimpin. Secara peribadi, saya sifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang sudah tidak layak menjadi pemimpin.


Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM) hari ini sekali lagi tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung projek bekalan air bernilai RM100 juta.

Menurut Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, seharusnya projek bekalan air untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah pada tahun 2011 itu sudah menikmati air bersih, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Apa yang memeranjatkan kami adalah projek ini telah diluluskan pada tahun 2011, namun apabila pihak kami melakukan pemeriksaan ke kawasan tersebut, masih terdapat banyak keluhan yang disuarakan rakyat berkenaan bekalan air bersih ini, khususnya mereka yang menetap di Pulau Gaya.

“Meskipun kes ini telah di gembar-gemburkan di laman blog dan beberapa media tempatan, namun tiada sebarang laporan rasmi dibuat. Namun, dengan pelbagai bukti yang dikeluarkan oleh kedua-dua sumber berita ini maka kami berasa rakyat berhak mengetahui perkara sebenar,” ujarnya ketika ditemui di SPRM hari ini.

Jelas Zulkarnain, projek tersebut telah mendapat peruntukan yang besar dari pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu sebanyak RM100 juta semasa masih di bawah tanggungjawab Mohd Shafie dan kegagalan menyempurnakannya adalah menjadi suatu persoalan yang sangat besar untuk diperjelaskan.

Sementara itu, beliau turut menggesa Mohd Shafie supaya bertanggungjawab terhadap kegagalan projek berkenaan selain menyifatkannya sebagai seorang yang gagal

Tambah Zulkarnain, meskipun kegagalan projek tersebut cuba diperbaiki oleh Menteri KKLW yang baru, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, namun Mohd Shafie seharusnya bertanggungjawab terhadap projek berkenaan sekaligus menyelesaikannya.-SuaraTV


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882