Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

BONGKAR : Panik Dan Khayal Punca Model Sambilan Pandu Lawan Arah!!!

$
0
0

Panik. Itu punca seorang remaja perempuan bertindak memandu keretanya melawan arus di Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam, sehingga menyebabkan seorang maut.

Sumber yang terlibat dalam siasatan kejadian itu memberitahu pemandu berusia 19 tahun itu terlanggar di bahagian belakang 2 kereta dekat Plaza Tol Sungai Dua (arah selatan), kemudian cemas dan cuba melarikan diri.

Saksi kejadian memberitahu polis, remaja tersebut kemudian memandu memasuki bukaan jalan untuk kenderaan kecemasan membuat pusingan U, sebelum meluru sejauh 5 km ke arah Seberang Jaya.

Peristiwa itu turut dirakamkan seorang pemandu dari arah bertentangan, menunjukkan Gen-2 tersebut dipandu laju di waktu puncak, ketika ramai sedang menuju tempat kerja.

Kereta itu kemudian melanggar sebuah Perodua Kelisa dipandu Mohamad Fandi Rosli, 26, menyebabkan dia maut serta merta.

Gen-2 tersebut kemudian hilang kawalan, berpusing-pusing lalu melanggar 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van mengangkut pekerja kilang dan motosikal.

Walaubagaimanapun ia masih belum mendapat pengesahan daripada polis tentang urutan peristiwa tersebut.

Yang pasti polis mendapati remaja tersebut positif dadah methadone, dan juga percaya pemandu dalam keadaan mabuk.

Pemandu terbabit, seorang model bekerja separuh masa di acara pelancaran dan pameran kereta, dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Difahamkan juga dia pernah terlibat dalam sebuah pertandingan ratu cantik di Juru.

Sementara itu, New Straits Times melaporkan keluarga Fandi terkejut dengan kejadian itu.

Fandi yang berasal dari Sungai Petani sedang pulang selepas seharian bekerja di sebuah kilang di Seberang Jaya, Prai.

Isterinya, Norashikin Abdul Halim, seorang jururawat di Hospital Selayang, tiba di Hospital Seberang Jaya pada petang semalam untuk menuntut jenazah.

Norashikin tidak dapat menahan perasaan, dan beberapa kali pengsan di bilik mayat, menurut NST.

Ayah Fandi, Rosli Lin, 57, berkata dia terkejut melihat klip video menunjukkan bagaimana sebuah Gen-2 meluru laju melawan arus trafik, beberapa saat sebelum melanggar Kelisa dipandu anaknya.

“Kami serahkan kepada polis menyiasat, tetapi kami mahu keadilan,” kata Fandi.

Jenazah Fandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pokok Assam, Sungai Petani malam tadi. Arwah juga meninggalkan ibu, Noor Suraini Ismail, 47, dan seorang adik perempuan. (SUMBER).


Profil Pemandu Gen2

Sebelum ini mungkin ada yang sudah tahu siapakah perempuan yang memandu secara merbahaya itu, Nama di laman sosial Facebook miliknya tertera nama Cindy Ng. Tapi malangnya, akaun tersebut telah ditutup (tidak aktif), mungkin disebabkan ramai yang menyerang melalui akaun Facebook. 


Namun, Cindy Ng mungkin terlupa untuk menutup fanpage Facebook miliknya yang juga tertera nama Cindy Ng. 


Selain itu Fanpage Facebook Cindy Ng masih boleh diakses seperti biasa dan ramai yang memberi kecaman di fanpage tersebut. No tel dan We Chat ID pun ada.


P/S : Jangan nanti ada pula peguam DAPig yang menawarkan khidmat guaman untuk kononnya membela "kaki dadah" ni.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882