Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

PULAK!!! Pemandu Gen2 Sebabkan Kemalangan Punyai Kad OKU

$
0
0

Macam-macam..... Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang maut, dilaporkan memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kad OKU milik remaja berusia 19 tahun itu tersebar di laman sosial, dikategorikan sebagai mempunyai ‘masalah pembelajaran’.

Pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan bahawa kad OKU yang dimiliki remaja itu adalah sah, dan ia dikeluarkan pada tahun 2011.


“Doktor mencadangkan dia menjalani program pendidikan khas apabila berada di tingkatan satu,” kata pegawai itu.

Perkara sama turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid yang dipetik daripada laporan China Press.

Dilaporkan, seorang mangsa cedera turut mendakwa ibu remaja berkenaan memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, seorang pekerja kilang maut apabila kereta Proton Gen2 dipandu melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal. Ujian air kencing mendapati suspek berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.

Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Bagaimanapun, polis semalam berkata “ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina”.

Amfetamina ialah ubat yang lazim digunakan untuk gangguan defisit perhatian (ADD).

Semalam, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja itu selama 4 hari sehingga Sabtu ini bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia turut disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882