Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

GEMPAR!!! Bekas Pekerja McDonalds Dedah Gambar Menjijikkan

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Eiii.... memang jijik dan meloyakan. Itulah ayat pertama yang akan keluar apabila melihat gambar-gambar yang didedahkan ini. Seorang individu yang mendakwa dirinya kakitangan di sebuah restoran makanan segera, McDonald’s, berkongsi gambar yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim restoran berkenaan, lapor Daily Mail.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Individu yang menggunakan nama ‘Nick’ di Tiwtter dan tinggal di Louisiana ini berkongsi gambar-gambar yang menjijikkan dan viral di media sosial.

Gambar menunjukkan bekas besi yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim yang mengandungi sisa-sisa kotor berwarna kehijauan.

“Benda ini diambil dari mesin aiskrim McDonald’s, jika ada yang tertanya-tanya apakah benda ini,” tweetnya pada 14 Julai lalu dan telah diretweet sebanyak 14,000 kali dan beribu-ribu tweet dari netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Nick juga memuat naik gambar mesin aiskrim tersebut dan menegaskan bahawa bekas besi yang diambilnya itu bukanlah perangkap sisa atau kotoran yang terletak di bawah mesin tersebut.

“Gambar sisi mesin aiskrim. Ia bukan dari perangkap sisa/kotoran.”

Pada gambar ketiga, Nick menunjukkan perangkap sisa/kotoran di Twitternya jika ada yang mendakwa dia cuba menipu netizen.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Nick kemudian memuat naik lagi beberapa gambar dalam dapur restoran yang didakwanya restoran makanan segera, McDonald’s, yang jelas sekali kelihatan kotor dan berminyak. Dalam gambar itu juga, tertera logo McDonald’s pada cawan.

Menurut Nick, dia telah dipecat dari McDonald’s dan dia memang sudah merancang untuk melakukan pendedahan itu kerana dia akan bekerja di tempat baru, Jumaat ini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

“Saya dipecat dari McDonald’s. Saya rancang semua ini sebab saya akan mula bekerja di tempat baru, Jumaat ini,” katanya.

Tweet Nick itu mengemparkan orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia.

Sehingga kini, pihak media antarabangsa masih menunggu kenyataan rasmi dari Syarikat McDonald’s berhubung gambar dan dakwaan yang dimuat naik oleh Nick itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882