
Petronas sekali lagi menerbitkan sebuah video sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Video selama tiga minit itu mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ani yang tinggal di kampung, serta perjalanan keluarganya ketika persiapan dan sambutan Hari Raya.
Ianya juga mengimbau suasana sambutan Hari Raya sewaktu kanak-kanak dan gelagat masing-masing ketika rumah dipenuhi ahli keluarga dan saudara-mara. Selamat menonton.