Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882

#KedahBergolak : Najib Mengadap YDP Agong? Mukhriz Minta Penyokong Bertenang

$
0
0

Dalam suasana yang kelihatan agak tegang bagi iklim politik Kedah, hari ini media dikejutkan dengan kehadiran kenderaan rasmi Perdana Menteri memasuki perkarangan Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Apakah ini satu petunjuk terbaru berhubung isu pertukaran Menteri Besar Kedah yang sedang hangat diperkatakan?

Mukhriz berhadapan dengan krisis ketidak percayaan terhadap kepimpinan beliau yang menyebabkan hampir 100% pemimpin UMNO di pelbagai peringkat meminta Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO supaya bertindak segera untuk menyelesaikan kemelut UMNO Kedah ini.

Fokus utama mereka adalah untuk memenangkan Barisan Nasional pada PRU14 yang akan datang.

Kemunculan Perdana Menteri ke Istana pagi ini sememangnya menguatkan lagi spekulasi pertukaran Menteri Besar di Kedah. - BicaraNews



MUKHRIZ MINTA PENYOKONG JANGAN BERDEMO

Datuk Seri Mukhriz Mahathir minta penyokongnya dan rakyat Kedah supaya bertenang dan menggunakan hak bersuara secara tertib untuk berdepan kemelut kepimpinan semasa yang boleh menyebabkan beliau kehilangan jawatan Menteri Besar.

Beliau berkata, hak untuk bersuara itu tetap terjamin dan ia masih boleh dilakukan dalam suasana aman dan tertib.

Menurutnya, sebarang kekacauan seperti mengadakan demonstrasi bukan cara betul dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini.


“Kita tidak perlu buat demonstrasi dan kekacauan kerana itu bukan cara kita. Kita masih ada hak bersuara dan ia boleh dilakukan dalam majlis seperti ini. Walaupun kecil, kita masih boleh menyampaikan isi hati kita,” katanya.

Beliau berucap di hadapan kira kira 1,000 penyokongnya di Kampung Sanglang Jerlun malam ini ketika krisis kepimpinan negeri memuncak dengan desakan supaya beliau meletak jawatan Menteri Besar.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Datuk Aminuddin Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif.

Mukhriz turut membidas penentangnya yang disifatkan tiada modal untuk dijadikan senjata bagi menjatuhkannya.

“Mereka kata saya jarang ada di Kedah dan susah nak jumpa, jadi tiada jalan lain, lucutkan jawatan, mudahnya. Ini semua kalau benar berlaku pun bukan satu isu yang patut menjadi penyebab berlakunya gerakan ini. Ada cara lain yang lebih baik,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan, apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan kelantangannya menyuarakan isu rakyat yang semata-mata dilakukan untuk memperkukuhkan kedudukan parti di hati rakyat. - BNBBC

BB : Apa pun, perkembangan terkini yang diperolehi majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru tidak akan dibuat pada hari ini sepertimana yang dijangkakan atas faktor-faktor yang tidak dapat dinyatakan disini walaupun perkenan YDP Agong telah diperoleh.

Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan harmoni dan bijaksana.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3882