
Berita terpanas hari ini pastinya berita yang diterbitkan oleh BBC News yang melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengesahkan sejumlah RM2.6 Bilion (USD $681m = £ 479m) telah disumbangkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sebagai dana politik bagi membantu beliau memenangi pilihan raya 2013.
Kebimbangan Arab Saudi ke atas pengaruh Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) antara faktor yang mendorong kepada derma tersebut menurut sumber.
Menurut sumber Saudi lagi yang tidak mahu namanya didedahkan, derma tersebut diluluskan oleh pihak "tertinggi Saudi", Almarhum Raja Abdullah dengan menggunakan dana peribadi dan kerajaan.

Tujuan sumbangan itu adalah mudah, kata sumber tersebut; ia adalah untuk membantu Najib dan parti pimpinannya (Barisan Nasional) memenangi pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada wilayah Sarawak, dan pembiayaan program-program sosial semasa kempen parti.
Ditanya adakah dana itu sesuatu yang pelik, sumber Saudi itu memberitahu ianya tidak, malah dana seperti itu turut diberikan kepada Jordan, Mesir, Morocco dan Sudan.
Ditanya adakah dana itu sesuatu yang pelik, sumber Saudi itu memberitahu ianya tidak, malah dana seperti itu turut diberikan kepada Jordan, Mesir, Morocco dan Sudan.
Semalam, Dato' Sri Najib berkata berikutan isu sumbangan kini selesai sepenuhnya, sekarang masanya bagi rakyat Malaysia untuk bersatu dan bergerak ke hadapan.
Perdana menteri berkata isu berkenaan telah menjadi gangguan tidak wajar terhadap negara ini.
Dalam entri terbaru akaun Facebooknya, Najib memberi keutamaan untuk Malaysia bergerak ke hadapan.
“Saya akan menggandakan tumpuan saya terhadap isu-isu yang menjadi keutamaan Malaysia, terutama memerangi ancaman pengganas dan mengukuhkan ekonomi ketika berdepan cabaran global.”
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.

Bercakap di Putrajaya, Mohamed Apandi berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.
“Tiada apa-apa kesalahan jenayah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini berhubung hasil siasatan kes berkenaan.
Najib berkata beliau mengalu-alukan kenyataan Mohamed Apandi berhubung perkara itu.
“Hasil keputusan itu adalah menerusi siasatan terperinci oleh pelbagai institusi berkaitan, dan beliau mengesahkan apa yang saya pertahankan selama ini – tiada kesalahan jenayah dilakukan.”
Najib berkata beliau sedar bahawa pembiayaan politik merupakan topik yang menjadi perhatian orang ramai.
Katanya sebab itu beliau memulakan cadangan pembaharuan dana politik pada 2010, tetapi malangnya ia dibantah oleh pembangkang pada masa itu.
“Bagaimanapun, saya mengarahkan mereka mengusulkan semula (cadangan itu) untuk dibincangkan,” katanya.