Cubaan pemimpin UMNO Kedah yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar disifatkan sebagai suatu gerakan mafia.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menjatuhkan Mukhriz itu hanyalah sebagai usaha untuk menyelamatkan UMNO dan bukannya mengatasi masalah rakyat.
“Saya sangat kesal dan kecewa tentang apa yang berlaku, kerana alasan yang diberikan adalah Mukhriz gagal mengukuhkan UMNO,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Ketua Whip PAS itu menyatakan, rakyat Kedah secara umumnya tidak mempunyai masalah dengan pentadbiran Mukhriz sebaliknya tidak selesa dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Orang banyak masalah dengan Najib. Afdhalnya adalah kita menukar Perdana Menteri dan bukannya tukar Menteri Besar.
“Kelemahan Perdana Menteri lebih besar dari kelemahan Menteri Besar. Mengekalkan Mukhriz adalah lebih baik dalam keadaan sekarang,” tegasnya.
Selain itu, Mahfuz menyatakan jika Mukhriz berjaya disingkirkan, kerajaan yang bakal dipimpin kelak merupakan pimpinan dari ‘kertas tandas’.
“Tindakan menyingkirkan Menteri Besar itu tidak melalui proses demokratik. Jika berlaku perubahan nanti, saya akan anggap ia hanya boneka dan kerajaan kertas tandas,” katanya. - FMT
Puiii..!!!
Ni satu lagi.... perasan bagus!!
Tindakan PKR menukar bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui "Langkah Kajang" dilakukan secara "tertib" berbanding tindakan sama yang cuba dilakukan Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Datuk Johari Abdul.
Ketua Whip Parlimen PKR itu berkata, dalam keadaan hari ini, tindakan Umno Kedah untuk menukar Mukhriz adalah tidak masuk akal kerana ia melibatkan pertelingkahan di peringkat nasional, susulan pergeseran antara kepimpinan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pada peringkat ini tidak masuk akal (untuk tukar Mukhriz) kerana memenuhi kehendak parti, kerana pertelingkahan antara Tun (Dr Mahathir) dan kepimpinan Umno. "Kalau pun nak berlaku mesti melalui tertib demokrasi.
Nak memaksa dengan paksaan ini memberikan kecelaruan di peringkat bawahan.
"Di Selangor kami laksanakan dengan tertib. Masalahnya Umno tidak melakukannya dengan cara tertib seperti kami," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Johari, yang juga ahli Parlimen Sungai Petani berkata, proses penukaran Khalid dilakukan PKR selepas rundingan secara tertutup dilakukan dengannya, namun disebabkan keengganan untuk berundur, PKR memulakan langkah menyingkirkannya.
Mungkin Johari ni buta dan tuli kot.... kan Tan Sri Rahim Tamby Chik dah buat pendedahan 2-3 hari lepas apabila beliau mengatur "perdamaian" antara Tun M dan Najib..... Bengap tak boleh diajar!
Ni pula tulisan blogger Omak Kau :
Bukankah juga timbul pergeseran dan pertelingkahan secara terbuka antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim???? .. Jadi apa bezanya masalah yang melanda UMNO Kedah dengan PKR Selangor tahun 2014???
Tahun 2014 PKR menggunakan akuan bersumpah dan cara yang sama diguna pakai oleh UMNO/BN Kedah kini. Tahun 2014 PKR/DAP kumpulkan para ADUNnya untuk dapatkan persetujuan .. langsung tidak ada beza dengan UMNO Kedah kini.
UMNO lakukan dengan pengetahuan rakan-rakanya dalam BN sedangkan PKR buat keputusan besar tanpa dimaklumkan terlebih dahulu rancangan Langkah Kajangnya dengan PAS dan DAP ... dah buat keputusan baru maklumkan kepada DAP dan PAS ... itu tertib murni dan demokratik kah dalam semangat Pakatan Rakyat????
Semasa krisis MB Selangor diperingkat bawahan dan akar umbi tidak bercelaru???? Ketika kes MB Selangor Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pun tak setuju.
Kes MB Selangor dengan penuh tertib sopan santun beradab PKR pecat Tan Sri Khalid Ibrahim .. MB Kedah Mukhriz Mahathir kena pecat ke???? .. tertib sangat dan berbudi bahasa tinggi ke PKR dalam hal ini???
Dalam kes MB Kedah tidak dilakukan roadshow jelajah satu Kedah dengan pelbagai tuduhan skandal dan alasan setebal 92 helai muka surat sehingga diheret ke Mahkamah Tinggi sampai mengaku bersalah secara terbuka ianya adalah fitnah jahat lagi jijik belaka.
Bersopan santun tertib dan demokratikkah PKR dalam isu ini?????