Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live

ENEL TAN : Permata Bolasepak Negara Dilamar Kelab Terkenal Jerman

$
0
0


Pemain TABS Safa Bandaraya, Enel Tan mendapat tawaran menyertai Akademi Bolasepak Bawah 15 tahun VfL Wolfsburg, kelab Divisyen Satu Bundesliga Jerman.

Tawaran itu diterima daripada kelab berkenaan bulan lalu, menurut ayahnya, Danny Tan.

Danny berkata, berdasarkan tawaran itu, anaknya dijangka mengikat kontrak dengan kelab berkenaan antara dua hingga tiga tahun.

Katanya, beliau akan menghantar anaknya ke Jerman sebaik sahaja urusan visa selesai.

“Buat masa ini saya mengurus visa dan selepas memperolehnya, saya dan isteri akan menemaninya ke sana,” katanya.

Enel, 13, salah seorang pemain remaja yang digilap TABS Safa Bandaraya, badan yang mengendalikan program pembangunan bola sepak belia Sabah turut dipantau Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA).


Sebelum ini, pemain remaja itu turut terpilih mengikuti latihan selama dua minggu di Cardiff City, Wales.

Dalam perkembangan lain, Enel bersama rakannya Mohd Hizaz Lokman, 14, turut dipanggil Safa Bandaraya mengikuti latihan persediaan bersama pasukan bawah 18 tahun Sabah menghadapi Kejohanan Piala Borneo di Kota Kinabalu, 6 Januari ini.

Hizaz adalah pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian yang pulang ke Sabah sepanjang cuti persekolahan.

http://www.hmetro.com.my/node/20199

BB : Hmm....Teringat pada Titus James Palani, apa khabar dan perkembangan terbaru beliau?

KEJUTAN!!! Video Khairy Tergamam Dipeluk Wanita #Banjir2014

$
0
0


Misi Bantuan Banjir Khairy Jamaluddin bukan sahaja dipenuhi dengan jadual padat, bahkan pelbagai kisah, cerita dan pengalaman turut dikongsikan oleh mangsa banjir kepada beliau. 

Namun, satu peristiwa yang mungkin sukar dilupakan buat Khairy pada misi kali ini apabila dipeluk dengan tidak semena-mena oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Peristiwa yang menyayat hati ini berlaku di Machang, Kelantan apabila seorang wanita tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat rumahnya telah tiada lagi akibat dihanyutkan air banjir.


Klik Sini jika anda tidak dapat menontonnya.

Gambar-gambar dibawah menceritakan misi bantuan banjir yang disertai Khairy Jamaludin.









#PUTINGBELIUNG : Gambar Kejadian Di Perak Utara Petang Tadi

$
0
0


Ya Allah.....nampaknya bencana alam tidak putus-putus melanda negara kita. Selepas banjir di Pantai Timur dilaporkan mula surut, sebaliknya Sabah dan Sarawak mula menghadapi banjir. Terbaru fenomena puting beliung pula berlaku di Alor Pongsu, Perak.
Kejadian dilaporkan berlaku petang tadi di Kg. Air Hitam, Alor Pongsu berdekatan Bagan Serai, Perak.

Berita penuh akan menyusul.....






VIDEO : KJ Buat Hal Lagi Di Lokasi #Banjir2014

$
0
0


Entah apa pula yang dibuat Khairy kali ini. Memang tak terjangka dek fikiran beliau akan melakukannya ketika misi bantuan #Banjir2014 petang tadi.

KOTA BAHRU, 2 JANUARI 2015 - YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia memikul sendiri beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar Kota Bahru, video ini menceritakan semuanya.


Lagi himpunan gambar-gambar sepanjang misi bantuan #Banjir2014 melibatkan KJ di Pantai Timur









PENGUMUMAN:

Berikut adalah maklumat program sukarelawan ke Kelantan pada 4 hingga 7Januari 2015 untuk makluman semua.

MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Anjuran: Pertubuhan Belia Perdana
Kerjasama: Kementerian Belia dan Sukan.


Tarikh: 04-07/01/2015 (Ahad-Rabu)

Tempat: Kelantan

Tarikh Bertolak: 04/01/2015 (Ahad)

Masa Bertolak: 8.00 Malam

Tempat Berlepas: LRT Bukit Jalil

Tarikh Balik: 07/01/2015 (Rabu)

Masa Balik: 09.00 Malam

Pengangkutan: Bas

Penginapan: Masjid Kubang Kerian

Tempat Khidmat: Hospital Kubang Kerian,Tanah Merah

Sila bawa barangan berikut:

*Pakaian yang sesuai.
*Bekalan makanan sendiri.
*Lampu suluh.
*Sarung Tangan.
*Kasut But/Sesuai

*Bagi permohonan surat pelepasan, sila emailkan nama, IC, dan alamat Jabatan kepada suhailkamaruddin@gmail.com

*Tiada Elaun/T-Shirt/Topi/Sijil
*Segala risiko dibawah tanggungjawab sendiri

Sila hubungi:

Suhail - 019-2670609
Siddiq - 017-377 5007

DAFTAR SEGERA DI :

PANASSS!!!! Pendedahan Menteri Mengenai #AirAsia Yang Amat Mengejutkan!!!

$
0
0



Sudah lumrah kita, sesuatu isu atau perkara hanya akan diselidik apabila berlakunya masalah atau bencana walaupun adakalanya isu tersebut merupakan aspek yang amat penting. Begitu juga dengan isu yang melibatkan Air Asia Indonesia kali ini.

Agak mengejutkan juga membaca laporan berita ini, Airasia hanya bersandarkan laporan kajicuaca jabatan meteorologi semata-mata tanpa ada sebarang taklimat daripada pegawai yang mahir dalam kajicuaca.

Jika benar pendedahan ini Air Asia mungkin bakal berdepan dengan satu lagi tindakan tindakan tegas kerana melangkau prosedur penting dalam penerbangan. Itulah pentingnya SOP.

Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berang dengan AirAsia Indonesia yang didakwa tidak mematuhi prosedur, menurut laporan detik.com

Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara prapenerbangannya.

Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.

"Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar," kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.

Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.

"Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai cuaca.

"Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik (BMKG)," kata Hadi.

Sementara itu, akhbar Tempo melaporkan seorang pengarah AirAsia Indonesia yang tidak dinamakan mengaku penggunaan maklumat cuaca penerbangan dari BMKG adalah "cara tradisional" mereka.

Menurutnya dengan cara itu, juruterbang membaca terus laporan cuaca itu tanpa perlu mendengarnya dari pegawai operasi penerbangan.

Namun, menteri bertegas agar AirAsia Indonesia menambah bilangan pegawai operasi penerbangan agar kecelakaan yang sama tidak berulang. M Kini

PANASSS!!! Azmin Lancar Perang Dengan Khalid Ibrahim!!

$
0
0


Umumnya kita tahu hubungan  dingin antara Azmin dengan mantan Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim. Namun, berasaskan kedua-duanya daripada parti yang sama (Sebelum Khalid dipecat), kita tidak menjangkakan perang dingin itu akan merebak dan meletus akhirnya.
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengarahkan bekas kakitangan kepada menteri besar sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim mengembalikan pampasan sebanyak RM2.6 juta yang diterima.

Menurut Azmin, pembayaran itu tidak mematuhi beberapa tatacara dan peraturan kewangan berhubung syarat dan kontrak penggajian mereka.

Kata Azmin lagi, bayaran yang sepatutnya diterima mereka akan ditentukan dan hanya akan dibayar selepas wang tersebut dikembalikan.

“Setelah mendapat nasihat pihak peguam, pengurusan baharu memutuskan untuk menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu.

"Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka,” katanya seperti dilaporkan portal Selangorkini.

Lapan orang kakitangan Khalid itu diminta mengembalikan bayaran tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh surat itu.

Beliau dilaporkan bercakap kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor hari ini.

Sementara itu, bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Hussin berkata beliau akan mengulas perkara berkenaan selepas menerima surat tersebut.

"Saya belum menerima sebarang notis mengenainya dan akan komen apabila tiba waktunya," katanya kepada Malaysiakini.

Satu laporan audit yang oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pada 3 Disember 2014 mendapati berlaku kesalahan daripada tatacara dan prosedur pembayaran pampasan kepada lapan kakitangan Khalid.

Audit sama juga mendapati terdapat lebihan pembayaran kepada Faekah dan bekas Setiausaha Politik menteri besar, Mustapha Mohd Talib.

VIDEO : Astaghfirullah.... Taksub Melampau Walau Ditimba Musibah!!!

$
0
0


Ni ada satu citer just nak kongsi dengan rakyat Malaysia semua. Umumnya semua maklum sangat dengan situasi dan kesan banjir yang melanda Pantai Timur ketika ini. Memang teruk. Malah ada yang menyamakan situasinya seolah-olah sama dengan kesan tsunami.

Namun, rupa-rupanya ketaksuban Macai PAS kepada Nik Aziz tidak dapat disembunyikan walau ketika mereka ditimpa musibah. Mereka seperti "Beriman" bahawa gambar Nik Aziz terpelihara dan "dijaga" daripada terkena lumpur...... Tanda ia satu karamah.

"Allah 'selamatkan' gambar frame Tok Guru Nik Aziz saja?" 

Surau, masjid, mushaf2 Quran semua rosak kena lumpur tapi gambar Nik Aziz sekeping dalam frame tak kena (kononnya) macai Pas beriman adalah karamah.

Nik Aziz lagi suci dan mulia dari Al-Quran di sisi macai. 

Musykilnya, Nik Aziz sendiri menjadi mangsa banjir. Ni mmg lawak. Hahaha...

Cer korang tengok video ni sendiri....

Wallahu alam


KANTOI LAGI!! Malaysiakini Penyebar Fitnah #Banjir2014

$
0
0


Fitnah dan Malaysiakini berpisah tiada. Masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak menginsafi akan musibah dan bencana banjir yang melanda beberapa negeri. Fitnah demi fitnah tetap berlegar silih berganti.

Kini sumbangan beras pula dijadikan isu dengan fitnah kononnya setiap paket beras telah dicetak dengan wajah Perdana Menteri dan inilah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya kelewatan pengagihan.

Fakta sebenarnya adalah, hanya dibahagian atas paket sahaja ditampalkan dengan gambar Perdana Menteri bertujuan untuk mengasingkan sumbangan dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani MOA dengan agensi-agensi lain dan pengagihan telah pun dilakukan sejak 18 Disember yang lalu melalui jalan udara dan darat.

Seperti sedia maklum, sumbangan diterima dari pelbagai pihak. Dengan tindakan sedemikian, sumbangan dari pihak MOA tidak bercampur aduk dengan pihak lain dan dapat diagihkan kepada golongan sasar di kawasan-kawasan terjejas banjir

Ini disahkan sendiri oleh para sukarelawan yang melihat sendiri bahawa TIADA gambar Perdana Menteri pada setiap paket beras.

Sumbangan MOA meliputi makanan basah, makanan kering dan bahan bukan makanan seperti pakaian, lampin pakai buang bayi dan ubat nyamuk.

Tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang terlalu gemar menyebarkan maklumat palsu hanya semata-mata untuk meraih populariti kerana jelas tindakan ini hanya mengangguk di air yang keruh.

SUMBER

#AIRASIA LAGI!!! Penumpang Cerita Detik Enjin Pesawat Mati!!!

$
0
0


Hmm...... lepas satu-satu. Di saat syarikat penerbangan tambang murah ini sedang jadi perhatian disebabkan tragedi pesawat QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang terhempas di Laut Jawa dan mangsa nahas masih dicari hingga sekarang, berlaku satu situasi cemas melibatkan pesawat AirAsia semalam, juga di Surabaya.


Memetik laporan portal berita Metrotvnews.com, sebuah pesawat yang membawa 120 penumpang laluan Surabaya-Bandung diberitakan tiba-tiba mati enjinnya ketika sudah bergerak di landasan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Apa lagi, suasana ini mencetus panik dalam kalangan penumpang yang ketika itu telah siap memakai tali pinggang keselamatan untuk diterbangkan.

“Pesawat sudah sedia untuk berlepas dan mulai bergerak sebelum bunyi enjin yang bising tiba-tiba mati dan pesawat mulai berundur sendiri.

“Kami semua panik hinggalah pesawat ditarik mundur ke posisi awal kami menaikinya. Krew penerbangan kemudiannya meminta kami segera turun,” cerita salah seorang penumpang pesawat terlibat, Yusuf Fitriadi.

Difahamkan, pesawat yang sepatutnya bertolak jam 9 malam tersebut mengalami masalah enjin yang berpunca daripada monitor starter dan segera diperiksa dan dibaiki oleh juruteknik pesawat.

Yusuf berkata, ketika penumpang berada di ruang menunggu seorang lelaki berpakaian juruterbang muncul lalu menjelaskan bahawa enjin utama pesawat mati disebabkan monitor starter disebabkan tersilap urutan. Justeru ia telah diset semula dan pesawat kembali sedia untuk diterbangkan.

Meskipun begitu ujar Yusuf, majoriti penumpang memilih untuk membatalkan perjalanan udara mereka menaiki pesawat tersebut kerana bimbang jika masalah berulang ketika berada di udara.

Rata-rata mereka yang mengambil keputusan itu juga berpendapat, alasan yang diberikan sebagai penyebab enjin pesawat mati secara tiba-tiba kurang meyakinkan.

Ekoran itu, wang yang telah dikeluarkan oleh penumpang yang mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan mereka dikembalikan semula oleh AirAsia.

SEDIH DAN MEMILUKAN : Anggota Penyelamat Kongsi Pengalaman Mencari #AirAsia #QZ8501

$
0
0


Sayu dan sedih. Itu gambaran diberikan anggota pasukan Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Bung Tomo ketika melakukan pemeriksaan ke atas lima mayat masih terikat di kerusi penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, kelmarin. 

Keinginan untuk membantu menyebabkan pasukan berkenaan sanggup berhadapan cabaran ombak besar dan angin kencang semata-mata untuk mengangkat mayat berkenaan ke atas kapal. 

Dua baris kerusi penumpang iaitu masing-masing tiga kerusi bergabung kini berada di geladak KRI Bung Tomo.

Masih terdapat genangan air laut pada kerusi beberapa bahagian kerusi penumpang itu. 

Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan berkata, ketika pihaknya melakukan pemeriksaan, keadaan ombak bergelora disertai angin kencang namun atas semangat mahu membantu, mereka tetap mahu mengambil kerusi yang masih terikat tiga mayat dan terumbang ambing dibawa arus. 

"Dipercayai tiga mayat itu membabitkan ibu bapa dan anak serta masing-masing masih berada di atas kerusi sambil memakai tali pinggang keledar. Hati kami cukup sayu. -AP

TERBAIK!!! "Sentuhan Diraja" Membantu Sukarelawan #Banjir2014

$
0
0


Kejutan.....Tak percaya..... mungkin itulah yang bermain di fikiran sukarelawan-sukarelawan misi bantuan banjir yang dikendalikan oleh Kementerian Belia Dan Sukan di Pengkalan TUDM, Subang apabila disertai "sukarelawan Diraja" pada 2 Januari yang lalu.


Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor telah mencemar duli untuk bersama-sama sukarelawan menyumbang tenaga dalam membuat pengagihan dan penyusunan barangan bantuan.

Sebenarnya, penglibatan Tengku Amir dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sukarela bukanlah perkara baru. Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor. Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.




Kali ini, Tengku Amir telah meluangkan masa sekitar 1 jam untuk membuat agihan barangan bantuan serta menyumbangkan makanan buat para sukarelawan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim turut bergotong royong bersama sukarelawan mengasingkan pakaian terpakai yang diterima di gudang Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia, Subang pada 1 Januari.

Beliau bersama beberapa pegawai Jabatan Belia Dan Sukan Negara menghabiskan kira-kira dua jam untuk membuat pengasingan pakaian terpakai yang disumbangkan orangramai sebelum dimasukkan kedalam kotak khas untuk dihantar mengikut destinasi yang terlibat banjir.





Datuk Hajah Hatipah sebelum itu bertemu sukarelawan yang bertugas dan memberi sokongan moral kepada mereka.

Beliau yang terharu dengan sokongan para sukarelawan di pangkalan udara ini berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil sebagai sukarelawan bagi membantu dalam gerakan pasca banjir dalam masa terdekat.

Di atas keperluan yang mendesak pada ketika ini, KBS telah melanjutkan gerakan sukarelawan di Pengkalan TUDM Subang sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Ayuh, anak muda...... Hari Ini Hari Mereka, Esok Mungkin Hari Kita....


** Sumber gambar dan berita dari KBSMalaysia

TIDAK ADIL : PAS Diancam Solidariti Dari Penulis Harakah Sendiri!!!

$
0
0


"Hari ini pimpinan PAS jadi tidak boleh ditegur. Tegur saja terus melenting dan gunakan kuasa apa yang ada untuk hentikan teguran. Saya ingatkan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (bekas menteri besar Kedah) saja yang macam itu dulu. Rupa-rupanya kebanyakan ulama yang ada dalam PAS sekarang pun macam itu juga. Maka tersingkirlah Datuk Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid daripada Harakah, dan Ahmad Lutfi Othman pun diminta supaya berhenti".

Mulanya Tarmizi diberhentikan sebagai pengarang Harakah, 1 Oktober 2014. Kemudian di pertengahan Disember Roslan pula diberhentikan, khabarnya kerana dialah editor yang bertanggungjawab menyiarkan 2 tulisan saya yang mengkritik ulama. Dan saya juga diberhentikan daripada menjadi kolumnis ‘Wacana Budaya’ di Harakah.

Terakhir ialah Ahmad Lutfi, ketua pengarang Harakah sendiri, yang sedang bercuti sakit, diminta meletakkan jawatan. Barangkali kerana dia sedang mengalami sakit yang dipercayai oleh mereka akan menyebabkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya, atau sebab-sebab lain, tidak dapat dipastikan.

Tetapi khabarnya waktu diminta berhenti itu tidak ada apa-apa alasan diberi, dan hal sakitnya itupun tidak ditimbulkan.

Saya bukannya menghina ulama pun. Gilakah saya hendak menghina ulama yang diperakui Rasulullah sendiri ulama adalah pewaris para nabi? Saya hanya mengkritik segelintir ulama dalam pimpinan atasan PAS yang berkelakuan tidak seperti ulama, malah merosakkan imej mulia ulama.

Beberapa tulisan saya itu bertujuan cuba memperbaiki keadaan. Mereka yang mengikuti tulisan dalam Wacana Budaya tentu tahu bagaimana pandangan saya terhadap golongan tertentu di kalangan mereka yang dikatakan ulama dan pendakwah dalam masyarakat kita. Ramai di antara mereka itu yang bukan ulama sebenarnya. Mereka hanya mengambil kesempatan daripada gelar dan status ulama. Mereka itu sebenarnya sedang memburukkan imej ulama. Ini yang saya kritik.

Adapun berita Lutfi diminta berhenti itu menggemparkan beberapa pihak tertentu. Cikgu Ishak Surin, yang dipertua PAS Kawasan Batu (Kuala Lumpur) misalnya, menjadi begitu marah dan berang kerana sebelum ini Tarmizi, naib YDP PAS kawasannya sendiri pun disingkirkan daripada Harakah.

“Sekarang Ahmad Lutfi Othman pula!” katanya. 

“Bukankah dia sedang bercuti sakit?” Soal Cikgu Ishak kepada saya dan beberapa kawan yang sedang berkumpul di Madrasah Seni (Madrasah Tarbiyah, Kg Banda Dalam) kerana membincangkan persiapan menganjurkan Malam Baca Puisi “Bebas”, pada Jumaat 9 Januari ini.

“Ini satu tindakan zalim,” katanya lagi. “Bagaimanakah sebuah akhbar Islam, yang menjadi suara kepada parti Islam di negara ini, tetapi pihak pentadbirannya tidak berakhlak Islam? Perbuatan zalim ini bukan akhlak Islam. Dulu Tarmizi disuruhnya berhenti dengan serta merta. Tak ada proses nasihat atau amaran dan sebagainya.”

Memang marah betul Cikgu Ishak pada petang itu. “Aku tak boleh diam lagi kali ini,” katanya. Selepas itu khabarnya dia menulis surat kepada pengerusi Harakah, merangkap setiausaha agung parti PAS, Datuk Mustaffa Ali – menyatakan protesnya terhadap tindakan yang dikenakan ke atas tiga wartawan kanan akhbar tersebut.

Saya sebenarnya turut berasa terlibat dalam kemelut itu, kerana jelas Roslan disabitkan dia harus ditamatkan khidmatnya ialah kerana dia meluluskan tulisan saya yang mengkritik ulama itu. Dan saya sangat khuatir apakah Ahmad Lutfi juga diminta berhenti itu disebabkan dua tulisan saya itu?

Sebenarnya kritikan terhadap ulama di dalam PAS itu bermula di sini – dalam The Malaysian Insider ini, dengan tulisan berjudul Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya, terbit pada 5 Disember 2014. Diikuti dengan “Apabila ulama kehilangan keyakinan diri” dalam Harakah 8 Disember; dan disusuli dengan “Penjelasan Dinsman: Imej ulama tercalar” (judul yang diubah daripada judul asalnya “Imej ulama sedang alami kerosakan besar”).

Saya bukan tidak menjangka yang tulisan itu akan menimbulkan semacam kemarahan di pihak pimpinan tinggi parti tersebut. Dan saya pun bukanlah secara tiba-tiba saja menulis kritikan tersebut. Perkara imej ulama yang tercalar di dalam PAS itu sebenarnya bukan satu perkara baru. Ia sudah lama menjadi buah mulut orang ramai. Sudah diperkatakan di mana-mana. Hanya barangkali ia tidak sampai ke telinga pihak yang berkenaan saja.

Maka saya melihatnya sesuatu yang tidak harus dibiarkan begitu, kerana khuatir ia akan menjadi bertambah buruk. Pihak tertinggi parti mesti tahu apa yang sedang menjadi buah mulut ahli-ahli di peringkat akar umbi. Maka saya memberanikan diri mengambil risiko untuk “berkata benar walaupun pahit”. Saya mulakan dengan wacana yang agak umum, dan memfokus kepada isu lain, “Krisis MB Selangor lebih rumit daripada isu Hudud?” (Harakah 15 September, 2014).

Seminggu kemudian melalui artikel “Apa sebenarnya PAS mahu sekarang?” (22 September, 2014), isu mengenai imej ulama yang merosot itu diperkatakan dengan jelas. Dan pada 17 Oktober saya menyebutnya dengan lebih jelas lagi: “Pemimpin tahu bila masanya dia harus berundur”, tetapi tulisan itu diolah agar sasarannya kelihatan sesuatu yang umum dan tidak ditujukan kepada seseorang pemimpin tertentu. Dan semua itu diterbitkan dalam kolum ‘Wacana Budaya’.

Pemberhentian wartawan Harakah yang dibuat secara sewenang-wenang itu juga mendapat perhatian rakan-rakan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi). Selama ini Pakatan Rakyat termasuk PAS selalu mengkritik pihak penguasa Barisan Nasional yang dikatakan tidak menghormati hak kebebasan bersuara, menggunakan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak secara sewenang-wenang dan sebagainya. Tiba-tiba sekarang mereka pula yang bertindak buruk seperti itu.

Maka Paksi yang kebetulan sedang membuat persiapan untuk memulakan program Baca Puisi Bulanan di Madrasah Seni (Jalan Gombak, Kuala Lumpur) pada 9 Januari ini, mendapati waktunya sangat sesuai untuk menunjukkan solidariti kepada rakan-rakan di Harakah tersebut.

Lalu diputuskan, di samping meraikan penyair Chan Yong Sin dengan antologi puisi “Bebas” yang ditulisnya sewaktu dalam tahanan ISA selama 11 tahun itu, majlis itu juga akan meraikan Ahmad Lutfi dan rakan-rakan wartawan Harakah yang dianiaya.

Datanglah beramai-ramai kita menunjukkan semangat solidariti sambil menghantar mesej kepada pimpinan PAS, khasnya pimpinan Harakah, supaya menyemak semula tindakan mereka yang berkenaan, agar ia tidak menambah burukkan lagi imej ulama PAS yang sudah tercemar itu.

Dan pada majlis itu juga Cikgu Ishak berharap agar dapat dibuat kutipan derma untuk mangsa banjir di Kelantan yang mengalami kemusnahan rumah dan harta benda dalam banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

Jadinya, malam 9 Januari menjadi malam tiga dalam satu – pembacaan puisi daripada antologi “Bebas” karya Chan Yong Sin; solidariti untuk Ahmad Lutfi dan kawan-kawan di Harakah; dan derma untuk mangsa banjir di Kelantan. – 6 Januari, 2015.

GAMBAR : Ya Allah!!! Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul!! #Banjir2014 @KhairyKJ @KBSMalaysia @Rakanmudalah

$
0
0


Allahu Rabbi.... itulah perkataan pertama yang terkeluar dari pasukan Misi Belia Prihatin KBS-MBM apabila melihat kesan bencana banjir yang melanda Temerloh ini. Misi yang diketuai sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan, YBhg. Datuk Jamil Salleh bersama-sama pegawai dan kakitangan dari kementerian dan JBS Negeri Pahang.



KBS Gerakkan Skuad Pasca Bencana #Banjir2014

Selain daripada Datuk Jamil, Program Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015 Negeri Pahang ini turut disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg. Datuk Hajah Hatipah Ibrahim dan lebih 150 orang sukarelawan Rakan Muda sekitar Temerloh.

Misi pasca bencana ini lebih memberi tumpuan kepada kerja-kerja baikpulih dan pembersihan yang digerakkan bersama IKBN Temerloh. Memang sukar dan banyak cabaran yang ditempuhi. Namun memikirkan nasib dan situasi mangsa banjir itu sendiri, misi pasca bencana ini digerakkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin.



Pembersihan kawasan terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh.






Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Datuk Jamil Salleh bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg. Datuk Hajah Hatipah Ibrahim meninjau lokasi yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Kampung Buntut Pulau. Dalam masa yang sama skuad Misi Belia Prihatin turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.








Program Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015 di Tadika Kampung Tengah, Temerloh.
Sumbangan barangan keperluan harian, bantal, toto, selimut, pakaian sekolah turut diberikan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.





Di bawah adalah gambar-gambar kesan daripada banjir yang yang sempat dirakam oleh pegawai dan sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kali ini.



















Walaubagaimanapun, sukarelawan dan individu yang terlibat dengan kerja-kerja pasca banjir dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penyakit berjangkit seperti cirit birit, jangkitan bakteria Escherichia Coli atau E.coli serta leptospirosis (penyakit kencing tikus).

Selain mangsa banjir, sukarelawan dan individu yang terlibat juga mudah terkena penyakit yang berkaitan dengan alahan dan infeksi kulit iaitu gatal-gatal dan luka berdarah akibat terpijak paku, kayu tajam dan serpihan kaca yang tidak nampak di dalam air.

Orang ramai yang terlibat dengan banjir perlu menjaga kebersihan dengan memastikan mendapat sumber air bersih untuk diminum, serta meminimumkan penggunaan air tidak masak.

Mereka juga perlu mengurangkan mengunjungi kawasan yang mempunyai air yang masih berlopak dan bertakung semasa dan selepas banjir kerana dikhuatiri air tersebut telah tercemar dan menyebabkan jangkitan berlaku.

- Kredit : KBSMalaysia

PANASSS!!! Artis Wanita Tidak Malu Beraksi Mesra Di Khalayak?

$
0
0


Gara-gara telah memuatnaik gambar mesra bersama seorang lelaki di laman Instgramnya.. Pelakon jelita Izreen Azminda telah membuat ramai peminatnya bertanda tanya tentang statusnya sekarang..


Maklumlah gambar yang dimuatnaik oleh Izreen tu mesti buat ramai orang curiga.. Tu yang boleh timbul macam-macam spekulasi..

Tetapi Izreen telah tampil dan menyatakan hubungan sebenar dia dengan pelakon baru Nazrief Nazri itu hanya sebagai kawan biasa.. Dia pun anggap Nazrief ni macam adik je.. Hmm.. macam adik er? Makan sampai bersuap-suap pun anggap macam adik.. Miss A dengan adik pun tak pernah makan bersuap-suap..Pelik!

“Tidak mungkin saya bercinta dengan Nazrief kerana menganggap dia seperti adik sendiri dan gambar itu diambil oleh salah seorang teman kami semasa keluar makan.

“Dia seorang yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah sebagai pelakon jika dia benar-benar fokus terhadap kerjayanya,” katanya..

Izreen mangakui yang dia rimas dengan gosip yang sering mengaitkan dirinya dengan lelaki yang berlakon disampaingnya atau menerusi gambar yang dimuatnaik di Instanya.. Hmm.. Biasalah kalau dah bergambar mesra macam tu siapa yang tak curiga.. Tak gitu? Sendiri bikin panas, sendiri pulak yang rimas..

Alah.. kalau ada jalin hubungan pun peminat tak bising.., lagi suka Miss A rasa.. Dah memang lumrah manusia perlukan teman.. Lagi pun anak lelakinya tu pun perlukan kasih sayang seorang ayah.. Tak gitu? Miss A/UtaraNews.com

DERMA BANJIR : Kerajaan Tidak Akan Potong Gaji Penjawat Awam!!!

$
0
0


SHAH ALAM – Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mengesyorkan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, dana bagi membantu mangsa banjir boleh dijalankan dengan mengutip derma bukan melalui kaedah pemotongan gaji penjawat awam.

“Saya tidak setuju. Mereka boleh kutip derma bukan paksa. Kerajaan tak akan potong,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Online, hari ini.

Semalam, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

“Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan,” katanya.

Azih berkata, Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk membeli peralatan sekolah termasuk pakaian seragam kepada pelajar yang terjejas dengan banjir.

“Masih ramai yang tiada baju sekolah, yang mana beli awal memang sudah rosak, nak beli untuk kali kedua duit pun sudah habis,” katanya yang turut mencadangkan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditangguhkan. – SINAR HARIAN

#Banjir2014 : Komen Panas Pembaca Buat "The Red Warrior!!!"

$
0
0



Salam.

Melihat kepada scenario keadaan banjir di Kelantan yang melibatkan 9 Jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan tempat terjejas teruk seperti Manek Urai, Latarek Luloh, Dabong dan banyak lagi.Rata-rata, rakyat Kelantan drp kawasan banjir ini sekarang "Menangis Tidak Berlagu", "Termenung Mereka sendiri akan Masa Depan Yang amat Kelam", akan tetapi harapa yang sekian lama diletakkan dan dibanggakan ke atas Para Pucuk Pimpanan PAS berbagai Peringkat, hanyalah seperti pegar memakan padi.

Para Pemimpin PAS sungguh pandai bermain kata-kata, menunding jari kesana kemari, tanpa memperdulikan apa nasib mangsa banjir. Segolongan mereka yang digelar Ustaz, Ulama, Alim Agama iniyang rata-rata memiliki Sejemput Janggut di Dagu ini, menunjukkan kedangkalan tahap keImaman masing2.. Mereka yg digelar beriman ini, mula menunjukkan sikap dan tamak haloba, ego, bongkak dan sombong terlampau apabila mereka-mereka ini mengeluarkan kata-kata yang tiada satu pon yang dapat menghilangkan kegusaran, menghapus penderitaan, apatah lagi bersimpati dengan musibah banjir yang melanda.Jauh sekali mereka ingin atau mahu memohon maaf di atas kedhaifan dan kurang cekapan mentadbir urus musibah banjir, malah mereka mengemukan pelbagai alasan seolah lari drp tanggungjawab dan tiada pon sifat mahu muhasabah diri.. Ini ker Islam Pas???

Sudah dinyatakan bahawa Kerajaan pusat jugaklah yang akan mengeluarkan danan sebanyak RM52.5 juta mungkin lebih untuk membina kembali rumah-rumah yang di hanyutkan airbah yang deras dan laju. Tetapi jumlah ini akan naik sekali ganda, mungkin berganda-ganda, apabila diwartakan semua penempatan di perairan sungai tidak selamat di diami, maka akan berdondong-dondong lagi yang akan merayu memohon bantuan perumahan drp Kerajaan.

Masalah Utama yang menyebabkan Air Bah Laju dan Deras naik mendadak di kawasan 9 Jajahan tersebut adalah keranan kerakusan Pihak Pentadbiran Negeri Kelantan di Bawah Kerajaan PAS dalam memberikan sejumlah 4,000 hektar tanah kpd Jahanam Bga dan Ngeh Bersaudara drp DAP, yg mana secara fizikalnya boleh dilihat kekayaan mereka bertambah selepas projek balak & tanah diperolehi drp Kerajaan Pas Kelantan..

Anak-anak Kelantan diSERU agar menuntut Pembentangan dan penjelasan drp Kerajaan Kelantan:

1. Berapakah Hasil Kerajaan Pas perolehi daripada Hasil Penjualan Balak & Tanah di kawasan terbabit?

2. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan kelulusan ke atas aktiviti pembalakkan tersebut?

3. Apakah pemberian ini mengikut prosedur dan tatacara urusan Tanah Kelantan?

4. Kemanakah Wang Hasil Penjualan Balak dan Tanah dibelanjakan.

5. Jika sekiranya di Selangor, MB Azmin Ali menuntut semula pembayaran balik wang sejumlah RM2.6 juta yang dikatakan dibayar dengan tidak mengikut peraturan dan prosedur tertentu...APAKAH boleh Anak-Anak Kelantan mendesak Kerajaan PAS menuntut ganti rugi drp DAP Bangsat Nga & Ngeh Bersaudara ke atas kerugian yang mereka alami akibat drp Banjir Besar melanda. Ini adalah Hak Mereka sebagai Rakyat yang tertindas dan teraniaya akibat drp Kerakusan DAP Bangsat meneroka dan membotakkan kawasan Tadahan Hujan.

6. Rakyat Kelantan kesemuanya mestilah bangun menuntut Hak dan Kebenaran drp Kerajaan Pas Kelantan.. Kalau Hak sendiri pon tak mampu dibela, jangan harap Banjir seperti ini tidak berulang kerana Kerajaan Pas akan memberikan lebih banyak kawasan Balak demi untuk mendapatkan DANA PILIHANRAYA ke 14.

Apakah Rakyat Kelantan "THE RED WARRIOR" ini betul-betul berani? atau hanya gah pada slogan saja?

PENANG LAGI!!!! Bebola Ikan Jijik, Kilang Diarah Tutup!!!

$
0
0


Beberapa ekor lalat menghurungi kek ikan (Fish Cake) yang dijemurkan di sebuah kilang memproses bebola ikan di Jalan Paya Terubong di Georgetown hari ini. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di sini diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.
Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata, dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.

"Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.

MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna. - Bernama

#AirAsia : Penerbangan Ke Chennai Terpaksa Mendarat Di Sri Lanka

$
0
0


Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Chennai, Tamil Nadu adalah antara beberapa penerbangan yang ditunda dan dilencongkan ke bandar raya berdekatan kerana kabus tebal menyelubungi lapangan terbang di bandar raya selatan India itu semalam. 
Semakan data penerbangan mendapati penerbangan AK11, yang sepatutnya mendarat di Chennai pada jam 7.25 pagi waktu tempatan dilencongkan ke Colombo, Sri Lanka. Pesawat yang membawa 168 penumpang itu kemudian mendarat dengan selamat pada jam 11.15 pagi waktu tempatan apabila jarak penglihatan bertambah baik. 

"Juruterbang pesawat sangat telus. Beliau berkata lapangan terbang Chennai tidak membenarkan penerbangan mendarat kerana jarak penglihatan cuma beberapa meter kerana kabus," kata Ketua Penyunting, Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Bernama, M. Govind Nair, yang merupakan seorang daripada penumpang ketika dihubungi. 

Beliau berkata di lapangan terbang Colombo, pesawat menunggu selama dua jam di landasan tetapi semua penumpang berada dalam keadaan ceria. "Semua penumpang bertepuk tangan apabila juruterbang mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Chennai selepas melalui beberapa situasi yang bergelora," kata Govind. 

"Keadaan kabus tebal yang jarang berlaku itu telah mencetuskan situasi kelam-kabut di lapangan terbang Chennai selama beberapa hari. Bukan penerbangan AirAsia sahaja yang terjejas. Penerbangan yang ditunda atau dilencongkan ialah penerbangan yang dijadualkan mendarat atau berlepas dari pukul 6 pagi hingga 8 pagi semalam, kata seorang pegawai yang berpusat di lapangan terbang Chennai. 

Keadaan kabus tebal adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh lapangan terbang di utara India semasa musim sejuk tetapi tidak di bandar raya di selatan India. Ketika ditanya mengapa penerbangan dilencongkan ke Colombo, pegawai itu berkata setiap lapangan terbang mempunyai ruang untuk menerima penerbangan yang dilencongkan dan biasanya lapangan terbang paling dekat akan dipilih. 

"Ia merupakan amalan biasa dalam industri penerbangan," katanya kepada Bernama. Laporan Times of India pada Isnin berkata jarak penglihatan mula merosot pada tengah malam Sabtu sehingga 50 meter dan sejak itu beberapa penerbangan yang dijadualkan mendarat dan berlepas dari Chennai telah terjejas. 

Ia memetik seorang pegawai Pejabat Meteorologi sebagai berkata bahawa kabus jarang berlaku di Chennai tetapi ketumpatan air akibat tiupan angin dari utara dan tahap kelembapan udara yang tinggi menjejaskan jarak penglihatan selama kira-kira lima hari dalam setahun pada dua minggu pertama Januari. Justeru, keadaan yang serupa kemungkinan akan berterusan selama beberapa hari lagi, kata beliau. - Bernama

BREAKING NEWS!!! Tony Fernandez Akhirnya Mengaku Salah!! #AirAsia #QZ8501

$
0
0


Pihak Kementerian Perhubungan Sosial, Ignasius Jonan sudah berbincang dengan CEO AirAsia, Tony Fernandez mengenai penerbangan pesawat QZ8501, Surabaya-Singapura yang tidak mendapat kebenaran dan telah dibekukan oleh Kemenhub. Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan pada 28 Disember lalu.
“Tony Fernandez mengaku pesawat itu terbang tanpa kebenaran rute,” ujar Jonan di Pejabat Kementerian Perhubungan, Jakarta.

Namun, Tony Fernandez masih berharap supaya laluan penerbangan Surabaya-Singapura masih dapat diteruskan seperti biasa.

Sebaik sahaja siasatan mengenai insiden pesawat AirAsia QZ8501 selesai, beliau akan berbincang semula dengan pihak Kemenhub berkenaan pembekuan laluan penerbangan Surabaya-Singapura. 

#Banjir2014 : Abby Bikin Panasssss!!

$
0
0


Hmm...lama tak dengar citer dan tak muncul di media sosial. Mungkin dah membawa diri atau merajuk dengan PAS yang tidak lagi menggunakan khidmatnya. Apa yang diketahui ialah Abby baru saja pulang dari mengerjakan umrah dan khabarnya telah membuat komen di akaun Instagram yang mengkritik sukarelawan yang membantu mangsa banjir di Pantai Timur kerana tidak menutup aurat.

Dalam kenyataannya juga Abby mengkritik pihak media yang menayangkan sukarelawan atau mangsa banjir yang tidak menutup aurat. Tindakan Abby ini mendapat kritikan sumber kami yang enggan dinamakan. Beliau berkata:
Bro, ustazah express Ni bru blik umrah, sesuke hati nk mngata org2 yg bntu banjir..Who’s she to judge people – die rase die Mmg dh confirm ahli syurga agaknya.

Memang mengagumkan keprihatinan Abby terhadap aurat, rasanya sudah berkali-kali dia memberikan komen tentang aurat sebelum ini.


Apa yang dikatakan mungkin ada betulnya tetapi tidak dinafikan, cara tegurannya disampaikan mungkin menyakitkan hati pelbagai pihak. Maklumlah dalam keadaan bencana seperti banjir, sukarelawan mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya jika ada aurat yang terselak kerana sibuk menolong mangsa banjir dan pihak media pula perlu melapor berita kerana orang ramai ingin tahu dan memberi bantuan.

Diharap Abby dapat memberikan komen tentang permasalahan lain juga melibatkan agama selepas ini bagi perkongsian ilmu. Apa pendapat anda?

Viewing all 3882 articles
Browse latest View live