Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live

APA DAH JADI!!! Pelajar Terjebak Langgani Pelacur!!!

$
0
0


JALAN Thambypillai, Brickfields, Kuala Lumpur menterjemahkan betapa negara ini mempunyai kemajmukan bangsa selain mengiktiraf hak kaum lain selain orang Melayu. Ia turut menyingkap sejarah keterbukaan sistem Jus Soli pada tahun 1945 di bawah Malayan Union.

Perlaksanaan pada tahun berikutnya telah membuka laluan masuk hampir sejuta kaum asing terutama Cina dan India. Sistem yang diperkenalkan di Jerman pada peringkat awalnya diaplikasikan di Tanah Melayu sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan yang termeterai pada Ogos 1957.

Itu adalah fakta sejarah yang menyumbang kepada kewujudan Jalan Thambypillai. Namun, jalan yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan sekelilingnya dimonopoli hutan bata itu menyimpan kisah tersendiri apabila ia menjadi pusat pelacuran tertua dan gejala sumbang.

Lorong yang berlangitkan nafsu dan berlopakan dosa itu tidak hanya menjadi tumpuan satu kelompok usia sahaja, sebaliknya ia turut ditagih oleh golongan remaja. Fenomena itu dilihat sebagai satu kudis yang kian parah jika tidak dirawat.

Pelacur

Sekali imbas, memang agak sukar untuk mengesan sebarang aktiviti tidak sihat di lorong hitam ini. Namun itu adalah fakta kedua Jalan Thambypillai yang turut dihurung pelacur warga asing untuk mencari rezeki.

Malam itu, kelihatan beberapa kumpulan remaja sedang asyik berbual sambil ekor mata mereka memerhati pelacur-pelacur yang berlegar-legar di kawasan itu. Asap rokok turut tidak lekang di mulut mereka sambil merangkul erat tubuh rakan perempuan masing-masing. 

Penulis yang membuat tinjauan di kawasan tersebut cuba mendekati seorang remaja lelaki selepas mengetahui dia merupakan antara pengunjung bawah umur dan kerap hadir di lorong itu. Pemuda berkulit cerah itu sedia menerima pelawaan untuk minum bersama penulis.

Dia yang menyarung baju T berwarna hitam bercetak gambar kumpulan rock legenda tempatan dan berseluar jean pendek rona biru membahasakan diri sebagai Fitri. Fitri, 16, turut memperkenalkan seorang lagi rakan lelaki yang juga teman sekelasnya.

RUMAH merah di Jalan Thambypillai menjadi sarang kepada remaja memuaskan nafsu mereka. 

Menurut Fitri, dia sering berkunjung ke lorong itu jika rasa tertekan ekoran terbeban dengan lambakan kerja rumah dan latih tubi yang diberikan guru sekolah. Hatinya hanya tenang selepas menikmati gelagat kupu-kupu malam beraksi berahi sambil mencari pelanggan.

“Saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti pelacuran ini selepas dibawa oleh jiran sejak tiga tahun lalu. Ketika itu saya baru tingkatan satu dan saya gemar bergaul dengan orang yang lebih dewasa.

“Mereka memang mahir dengan selok-belok aktiviti ini selain kerap berkunjung di beberapa kawasan yang menawarkan aktiviti seks termasuk di Jalan Chow Kit dan lorong-lorong sunyi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,”jelasnya.

Menurut Fitri, pada umur yang masih muda, dia mula menjejakkan kaki ke kelab malam dan merokok. Dia mengakui gaya hidup sebegitu memberi ketenangan kepadanya. Ekoran gemar menghabiskan masa hingga lewat malam, dia sering ponteng sekolah akibat terlewat bangun. Ketika remaja lain sibuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah pada waktu malam, lain pula ceritanya dengan Fitri. Sekitar pukul 9 malam, Fitri dan rakannya sudah bersidai di Jalan Thambypillai sehingga awal pagi.

Ketika membuat tinjauan, mata penulis turut tertumpu pada satu pintu masuk yang menggunakan daun harmonika, namun di dalamnya diterangi pancaran cahaya berwarna merah. Bagi pengunjung tetap, ruang berkenaan merupakan syurga dengan layanan kelas pertama pelacur warga asing.

Menyembunyikan

Bagi memastikan segala kegiatan mereka berjalan lancar, ada dua lelaki yang ditugaskan berkawal di pintu masuk dan di dalam ruang itu.

Ruangan yang dipanggil ‘rumah merah’ itu turut memenuhi Jalan Thambypillai sepanjang 300 meter itu. Perniagaan haram tersebut ibarat mendapat permit sah selain menjadi lokasi tumpuan para remaja.

Fitri memberitahu, dia berjaya menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan ibu bapanya dengan alasan ke pusat tuisyen selain mempunyai perbincangan berkumpulan di rumah rakan.

“Mereka tidak banyak soal. Mereka juga jarang bertanya mahupun menghubungi saya jika pulang lewat ke rumah.

“Lagipun, saya bawa persalinan lain di dalam beg sandang. Selepas bergembira di lorong itu, saya akan tukar semula baju di tandas di stesen minyak berdekatan sebelum pulang ke rumah,” katanya yang berharap tiga adiknya tidak mengikut jejak langkahnya itu.

Paling mengejutkan apabila dia mengaku turut terjebak dalam aktiviti pelacuran itu dan melanggan seorang pelacur Indonesia pada harga serendah RM10.

“Mungkin nasib menyebelahi saya pada hari tersebut apabila seorang pelacur Indonesia menawarkan RM10 bagi menikmati tubuhnya.

“Kebiasaan, khidmat pelacur ditawarkan pada harga RM30 dan kami mampu membayarnya. Mereka tidak kisah dengan umur, janji ada pelanggan untuk berseronok.

“Mereka gembira dapat duit, kami pula senang hati dapat puaskan nafsu. Adakalanya disebabkan terlalu ketagihan, saya akan berjimat duit belanja RM5 sehari yang diberikan ibu bapa saya demi melanggan ‘ayam’,” ujarnya sambil memberitahu dia ketagihan seks selepas menonton video lucah bersama rakan.

Jalan Thambypillai yang sugul pada waktu siang berubah wajah menjelang malam. Perkhidmatan seks mendominasi perniagaan lain di lorong itu dan turut berkembang dek menampung permintaan pelanggan.

Di lorong itu, kedengaran bapa ayam merayu-rayu pelanggan supaya melanggan pelacur-pelacur di bawah seliaannya. Sementara itu, rakan Fitri yang hanya ingin dikenali sebagai Nick, 16, berkata, kehadiran mereka bukanlah sesuatu yang pelik. Bahkan, golongan dewasa menerima kunjungan mereka sebagai ‘tetamu’ di lorong itu.

Ikat perut

“Apa nak hairan, mereka yang datang ke sini pun kerana dahagakan seks. Golongan itu tidak akan memberi nasihat kerana mereka sendiri pun terjebak dalam perbuatan haram ini.

“Ada juga warga emas yang sudah beruban datang menempah pelacur. Kalau pelanggan yang kaya, mereka hanya singgah untuk mengambil seorang wanita masuk ke dalam kereta dan terus beredar,” katanya menggambarkan khidmat yang ditawarkan bak memesan makanan di restoran makanan segera secara pandu lalu.

Nick memberitahu, dia turut mengikat perut untuk mengumpul duit bagi melacur ‘ayam’. Malah dia sanggup berjudi di sebuah pusat perjudian yang menjalankan operasi secara rahsia di sebalik sebuah kedai makan yang terletak di jalan sama.

Penulis turut menghampiri seorang bapa ayam yang mengusahakan perniagaan pelacuran melibatkan wanita warga asing.

Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Richard, 50, berkata, sejak setahun lalu, kawasan ini kerap dikunjungi remaja sekolah.

“Jumlah itu dilihat semakin bertambah ekoran tiada tindakan daripada pihak berkuasa. Serbuan jarang dilakukan dan tahun ini hanya dua kali kawasan ini digempur polis.

“Selalunya, mereka hanya membuat rondaan bagi mencegah jenayah ringan seperti meleraikan kes pergaduhan dan ragut,” katanya.

Richard memberitahu, kebanyakan pelanggan bawah umur itu ketagihan seks angkara mereka sering mengakses laman web lucah dengan mudah. Malah ada antara mereka yang menonton video porno ketika melacur ‘ayam’ bagi mendapatkan kepuasan yang maksimum.

“Akibat ketagihan, akan timbul rasa ingin mencuba dan mempraktiskan aksi ditonton.

“Lama-kelamaan, ia menjadi kebiasaan dan mereka tidak kisah bercumbuan secara terang-terangan,” kata lelaki setengah abad itu sambil memberitahu penulis pelacur dari negara gajah putih baru saja tiba.


VIDEO : Ngeri!!! Pengalaman Juruterbang Melalui Awan Cumulonimbus!!!

$
0
0


Awan cumulonimbus merupakan igauan ngeri juruterbang. Ini kerana awan ini boleh menyebabkan kemalangan dahsyat. Oleh itu, tidak hairanlah bila awan yang selalu disebut awan CB ini ditakuti banyak penerbangan.

Bahkan, awan CB disyaki menjadi penyebab terhempasnya pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata pada 29 Desember 2014. Juruterbang Irianto yang menerbangkan QZ8501 menjadi korban awan tersebut.

Namun, bukan bererti awan CB tidak mampu diatasi. Tidak ramai juruterbang yang selamat dari kedahsyatan awan tersebut. Salah seorangnya, juruterbang Senior Garuda Indonesia Kapten Abdul Rozaq.

Dalam wawancaranya di Breaking News tvOne, pada 4 Januari 2015, Kapten Abdul Rozaqmengaku menjadi saksi kekuatan awan CB. Pesawat Garuda Indonesia yang kemudikannya terjebak dalam awan CB.

“Kejadiannya pada Januari 2002. Pesawat saya langsung masuk awan CB di ketinggian 32 ribu kaki. Tidak sampai 3 minit, kedua mesin pesawat langsung mati,” ujarnya.

Abdul menceritakan, gangguan yang dialami pesawatnya sangat dahsyat. Goncangan datang dari sisi kiri, kanan, depan dan belakang pesawat. Bagi para penumpang, pesawat bagaikan terbanting-banting dalam awan.

“Itulah yang menyebabkan mesin pesawat mati, karena tidak kuat menahan goncangan,”katanya.

Abdul terus bersiap sedia melakukan pendaratan kecemasan. Oleh kerana komunikasi dalam pesawat terputus, dia berkomunikasi secara manual dengan kru untuk mempersiapkan penumpang. Usaha Abdul dan pembantunya pada waktu itu, juruterbang Heryadi, terbayar. Pesawat berjaya mendarat cemas di Sungai Bengawan Solo. Tidak ada yang terkorban.

Belajar dari pengalaman tersebut, Abdul mengatakan komunikasi pilot dengan awak kabin saat keadaan darurat sangatlah penting. “Awak kabin bisa langsung menjalankan SOP untuk evakuasi penumpang,” ujarnya.

Selain itu, Abdul juga menyatakan juruterbang juga harus boleh menyiapkan serta mententeramkan hati penumpang ketika cuaca buruk menghadang. Meskipun begitu, Abdul menambah pesawat ketika ini sudah mempunyai peralatan yang lebih canggih untuk mengesan cuaca buruk.

“Pesawat moden saat ini sudah bisa mendeteksi awan CB dari jauh, jadi harusnya bisa dihindari,” katanya.



PADAN MUKA!!! Blogger Macai Kena Penjara!!

$
0
0


Mahkamah Persekutuan Jatuhkan Hukuman Penjara 3 Bulan Keatas Blogger Sharpshooter...Amizudin Ahmat Atas Kesalahan Menghina Mahkamah !!


Blogger Sharpshooter aka Amizudin Ahmat telah dijatuhkan hukuman penjara 3bulan berkuat kuasa hari ini atas tuduhan menghina mahkamah atas engkar tidak membuang artikel "menteri rogol amah" yang melibatkan bekas Menteri Komunikasi, Multimedia dan Kebudayaan Tan Sri Dato;' Seri Utama Rais Yatim.


Sepanjang prosiding Amizudin Ahmad diwakili peguam Sivarasa Rasiah yang juga Ahli Parlimen PKR/PR Subang.

- SUMBER


Blogger Amizudin Ahmat hari ini dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah bersabit dengan penerbitan artikel-artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ini kerana dia gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah kerana berterusan menyiarkan artikel memfitnah Rais dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.

Barisan panel lima hakim diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Amizudin, 44, selepas menolak permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

Beliau berkata Amizudin tidak boleh mendapatkan kebenaran kerana persoalan undang-undang yang ditimbulkannya tidak memenuhi keperluan minimum mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Perayu dalam kes sivil mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan yang berupa mahkamah yang lebih tinggi.

Hakim Ahmad memerintahkan Amizudin menjalani hukuman penjara mulai hari ini.

Sebaik sahaja mahkamah menyampaikan keputusan, Amizudin digari oleh anggota polis yang ditempatkan di mahkamah.

Suasana sedih menyelubungi Amizudin, keluarganya dan penyokong yang hadir di mahkamah. Amizudin dan anggota keluarganya kelihatan mengesat air mata.

Sebelum Amizudin dihantar ke lokap polis, dia melambaikan tangan sambil berkata kepada anggota keluarga dan penyokongnya "Assalamualaikum, lawan tetap lawan".

Pada 21 Nov, 2011, Rais, 72, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin berhubung dengan saman sivil yang dikemukakannya.

Rais menang kes saman yang dikemukakannya di Mahkamah Tinggi yang pada 19 Julai, 2011 memerintahkan Amizudin membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada bekas menteri itu.

Rais memfailkan saman pada 31 Jan, 2011, terhadap Amizudin kerana memfitnahnya berhubung dengan artrikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.

Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan ganti rugi RM300,000 kepada Rais tetapi mengurangkan kos daripada RM100,000 kepada RM50,000.

Amizudin juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan hukuman penjara tiga bulan. Rayuannya ditolak pada 23 Julai, 2013. Dia kemudian memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Peguam R Sivarasa yang mewakili Amizudin berkata anak guamnya akan dihantar ke Penjara Kajang.

Mahkamah yang juga dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali sebelum itu mendengar penghujahan oleh Sivarasa.

Mahkamah menyampaikan keputusannya selepas memaklumkan kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais bahawa beliau tidak perlu menjawab hujah Sivarasa.

- Bernama

VIRAL!!! Video JPJ Kena Buli Pemandu Lori!!!

$
0
0


Sebuah video yang dimuatnaik ke laman sosial Facebook oleh akaun 'Chandara Lawan Tetap Lawan' telah menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.

Video rakaman amatur berkenaan, yang menyaksikan sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba menahan sebuah lori yang dikatakan membawa lebih muatan.

Pemandu lori tersebut memandu secara melulu selepas menyedari dirinya dalam pemerhatian pihak berkuasa.

Walaupun akhirnya lori tersebut berhenti, pemandu lori berkenaan mengambil kesempatan melarikan diri selepas pihak berkuasa memberhentikan kenderaan mereka.

Menariknya, pelayar Facebook yang menonton video berkenaan memberikan reaksi yang berbeza-beza.

Ada yang menghentam pihak berkuasa yang terlibat tanpa sebab, tak kurang juga yang seratus peratus menyalahkan pemandu lori yang memandu secara merbahaya.

Lokasi dan waktu kejadian gagal ditentukan.

#BANJIR2014 : Giliran Artis Wanita Ini Pula Dikecam!!!

$
0
0


Manusia ni tidak pernah berpuashati dengan apa yang insan lain lakukan. Pasti ada saja yang tidak kena, tidak betul. Itulah nasib artis wanita ini.

Sebelum ni gambar pelakon, Fizo Omar yang membantu mangsa banjir telah dikecam.. Puncanya adalah sesetengah pihak yang mengatakan tindakan Fizo mengambil gambar menolong mangsa banjir seperti nak menunjuk-nunjuk.. Selalunya ni kerja ‘keyboard warrior’ la..

Kerja nak menghentam dan mencari kesalahan orang je.. Perkara yang sama berlaku pada pelakon jelita, Fouziah Gous.. Fouziah dan suami telah terlibat aktif dalam misi bantuan mangsa banjir..


Tetapi, nak dijadikan cerita salah satu gambar Fouziah membantu mangsa banjir yang dimuatnaik dilaman Facebook milik media tempatan telah mendapat kritikan hebat..


Isu yang mereka ni timbulkan adalah isu tudung.. Teruk jugak Miss A tengok Fouziah kena hentam. hmm.. Kecian Fouziah, buat baik pun kena kutuk..

Dalam banyak-banyak komen orang duk kutuk tu.. Ada satu komen yang buat Miss A tergelak tau! Kelakar.. korang nak tahu tak, ada sorang kakak ni ingatkan gambar Fouziah tu ialah Man Kidal.. Serius kak ni memang kejam!haha..

Mesti sedih hati Fouziah bila dapat tahu.., dah la kena kutuk..Ni orang samakan dia dengan Man Kidal pulak.. Ni semua kamera 'trick' la.. hehe.. Macam sama ke? Miss A/UtaraNews.com

SYABU : Siapa Pegawai Khas ADUN Yang Ditahan?

$
0
0


Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan berhubung penemuan 0.4g dadah dipercayai syabu yang disembunyikan di pusat khidmat wakil rakyat berkenaan di sebuah kawasan persisir pantai di bahagian tengah negeri ini.
Mahkamah mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah terlarang.

"Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan dadah yang ditemui adalah untuk kegunaan suspek sendiri. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dia terlibat dalam kegiatan pengedaran bahan terlarang itu," katanya ketika dihubungi.

Penahanan lelaki itu dibuat dalam serbuan pada 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah ke atas pusat khidmat seorang wakil rakyat tersebut yang terletak 70km dari Mukah berikutan aduan awam mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah. – Bernama, 8 Januari, 2015.

TERKINI : Hishamudin Rais, Tian Chua Didapati Bersalah!!!

$
0
0


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati aktivis politik dan bekas wartawan, Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut dengan menggesa orang ramai untuk ke jalan raya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam sebuah forum dua tahun lalu.

Hakim Azman Mustafa ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

"Tertuduh tidak menafikan bahawa beliau mengucapkan kenyataan meminta orang ramai turun ke jalan raya untuk memprotes dan menggulingkan kerajaan BN," katanya.

"Dia tidak sepatutnya menghasut orang ramai ke jalan raya kerana tidak gembira dengan keputusan pilihan raya umum," katanya.

Peguam Hishamuddin Syahredzan Johan kini sedang cuba untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Hishamuddin, 64, mengeluarkan kata-kata menghasut itu di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 13 Mei, 2013.

Hishamuddin dan lima lain bercakap pada forum diadakan tidak berapa lama selepas PRU13 menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) digulingkan kerana pilihan raya yang tidak adil.

Hakim Azman kini masuk ke kamar mahkamah selepas mendengar rayuan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kee Way Loon dan Syahredzan Johan.

Enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Hishamuddin, juga didapati bersalah atas kesalahan menghasut.

Mereka adalah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, bekas pemimpin PAS Tamrin Ghafar, aktivis Anything But Umno (ABU) Haris Ibrahim, bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang dan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim.

Masing-masing dibicarakan berasingan.

Chua yang juga merupakan ahli Parlimen Batu, dan Haris masih berusaha melawan dakwaan menggunakan alasan kesalahan tersebut menghalang kebebasan bersuara mereka.

Tamrin, 64, diarahkan memberikan kesnya minggu lepas dan akan bersambung pada 15 Januari.

Safwan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada 5 September sementara Adam Adli dijatuhkan penjara setahun dua minggu selepas itu.

Kedua-duanya memfailkan rayuan terhadap dakwaan dan hukuman mereka. – 9 Januari, 2015.

Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PAS???

$
0
0


Berita mengejutkan dari Ibu Pejabat PAS. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya, kata Ishak Surin.


Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, ‎tindakan memecat Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.

"‎Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketiga-tiga mereka pengarang Harakah itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Ishak pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada 1986.

Katanya, tindakan meminta Ahmad Lutfi Othmanmeletakkan jawatan sewaktu beliau masih cuti sakit adalah tindakan yang tidak beretika, biadap bahkan zalim.

"Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada saat-saat PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh merudum," katanya.

Beliau turut mempersoalkan motif sebenar tindakan pemimpin PAS memberhentikan 3 kakitangan Harakah terbabit.

Ishak tidak menolak kemungkinan tindakan itu dibuat akibat krisis kepimpinan dan konflik antara golongan yang sedang bergolak dalam PAS.

Akibatnya, mereka menjadi mangsa yang tidak berdosa dan mangsa pentadbiran zalim dan tidak bertanggungjawab.

"Apakah ini sebagai permulaan semakin terdedahnya wajah sebenar manusia munafik yang selama ini memperalatkan Islam?" katanya.

Katanya, pemimpin PAS yang tidak betul dan zalim perlu ditentang terlebih dulu sebelum menentang Umno kerana ia merosakkan imej Islam.

Ishak yang juga yang dipertua PAS Kawasan Batu berkata, pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada Mustafa pada 2 Januari lalu, tetapi masih tiada jawapan.

Kolumnis Harakah Shamsudin Othman turut serta pada sidang media di Gombak, hari ini.Sementara itu, kolumnis Harakah Shamsudin Othman yang dikenali sebagai Dinsman berkata, ini bukan kali pertama beliau mengkritik pemimpin PAS, tetapi tidak pernah diambil tindakan.

Beliau yang mula menulis di Harakah sejak 2008 berkata, beliau difahamkan ia berkaitan artikelnya bulan lalu yang mengkritik ulama PAS.

"Saya mengkritik dengan tujuan jika selama ini ulama dianggap kebal, saya cuba menerobos kekebalan itu," katanya yang kolumnya kali terakhir diterbitkan di Harakah pada Disember lalu.

Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi) Rozan Azen Mat Rasip pula menuntut pengurusan Harakah membenarkan kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan prihatin terhadap kebajikan pekerja.

"Kami mohon penjelasan ulama PAS dalam perkara tersebut. Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami menuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa," katanya.

Gerakan Media Marah (Geramm) dalam kenyataannya bimbang isu permintaan supaya Lutfi meletak jawatan dibuat atas motif lain, bukan atas faktor kesihatan.

Penyelaras Geramm Fazallah Pit berkata pihaknya khuatir wujud unsur penindasan melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.

"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.

"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.

"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," katanya.

Beliau berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya. 

~malaysian insider

PANASSS!!! STATUS FB PELAWAK OTAI SINDIR MANGSA DI KELANTAN #Banjir2014

$
0
0


Panasss....memang pasti akan panasss!!!! Selepas kita melihat dan mendengar perihal artis yang menjadi isu panas dalam misi membantu mangsa banjir melibatkan Fizo Omar, Fouziah Gous dan Abby Abadi, kini muncul pula artis atau pelawak otai Abon yang telah memuatnaik status yang seolah-olah menyindir mangsa banjir di Kelantan.
Abon Artis dalam komen FBnya  berbunyi :

"Niat suci kami untuk turun ke Kuala Krai mungkin dibatalkan klu benar rakyat klntan x mau menerima kami.....nampaknya sumbangan keperluan dan wang drma menjadi reski rkyat pekn pahang......"



Yang menjadi persoalan, kepada siapa Abon tujukan status tersebut dan mengapa mereka menolak bantuan dan sumbangan dari kumpulan bantuan yang disertai Abon?

Kita tunggu penjelasan dari Abon berkenaan perkara ini.....

Dikemaskini :

Dari status di bawah ini nampaknya seperti akaun FB tersebut di atas adalah akaun palsu (fake account) yang menggunakan gambar dan nama yang sama.

Kita lihat luahan Abon di akaun FBnya :


Sebaik-baiknya Abon perlu tampil membuat kenyataan terbuka untuk membersihkan namanya kalau benar akaunnya telah "dipergunakan".

TERKINI!!! Paris Bergegar Lagi!!!

$
0
0


KERETA polis menyekat laluan di timur Paris apabila seorang lelaki bersenjata dilaporkan menahan seorang tebusan di sebuah kedai runcit. - Foto AFP


PARIS: Satu lagi insiden tembakan berlaku di timur Paris dengan seorang lelaki bersenjata dilaporkan menahan seorang tebusan di sebuah kedai runcit.

Lelaki bersenjata itu disyaki individu sama yang membunuh seorang polis wanita di selatan Paris semalam serta dipercayai mempunyai kaitan dengan mereka yang menyerang pejabat Charlie Hebdo kelmarin. - AFP

Dalam perkembangan yang lain, sokongan buat anggota polis yang mati ditembak dalam kejadian di pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris datang mencurah-curah selepas beliau dikenal pasti sebagai seorang Muslim.

Orang ramai memuji Ahmed Merabet, 40 tahun, yang disanjung kerana berani dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang anggota polis peronda berbasikal, lapor The Guardian.

Beliau juga dipuji kerana gugur ketika mempertahankan hak sebuah penerbitan untuk memperolok-olokkan agamanya.

Pengguna media sosial Facebook dan Twitter giat memuatkan slogan #JeSuisAhmed (Saya Ahmed) di laman mereka sebagai tanda sokongan kepada Ahmed.

Slogan itu muncul sehari selepas orang ramai melaung-laungkan slogan #JeSuisCharlie (Saya Charlie) semalam.

Menurut seorang pegawai polis, Ahmed Merabet diarahkan ke tempat kejadian bersama seorang rakan setugas wanita.

Beliau tiba sewaktu kereta hitam yang dinaiki dua penembak itu baru sahaja meninggalkan pejabat Charlie Hebdo.

"Beliau sedang berjalan dan terserempak dengan pengganas tersebut.Beliau mengeluarkan senjatanya. Itu kerja dan tanggungjawabnya," kata Rocco Contento, seorang rakan sekerja Ahmed dari balai polis tempatnya bertugas.

Kesatuan sekerja polis Perancis memuatkan slogan #jesuispolicier (Kami polis) di laman web dan kain rentang Twitter mereka bagi memperingat dua rakan setugas mereka yang mati.

Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan dua orang penyerang yang berpakaian hitam dan bertutup muka keluar dari kereta dan menembak bahagian celah kangkang seorang anggota polis.

Anggota polis itu kemudian rebah dan mengerang kesakitan sambil mengangkat tangannya seperti melindungi dirinya.

Pada masa sama, penembak kedua berlari-lari anak ke arah anggota tersebut dan bertanya dalam bahasa Perancis, "Kau nak bunuh kami?"

Ahmed Merabet menjawab,"Tidak, semuanya OK". Penembak kedua itu kemudian menembak Ahmed Merabet di kepala sambil berlalu pergi.

Selain Ahmed, serangan itu mengorbankan 11 yang lain termasuk empat kartunis Charlie Hebdo.

Berita Palsu : Silbi Natiays @ Iblis Syaitan Ditahan Polis!!! #Banjir2014

$
0
0


Polis Kelantan menahan seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kuantan, Pahang, pada 10 pagi semalam.


“Suspek dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial Facebook kononnya bekalan makanan yang dibawa sebuah badan bukan kerajaan untuk dihantar ke Kuala Krai telah disekat oleh pihak berkuasa.

“Perkara ini menjadi viral pada 27 Disember lepas dan kita telah buat laporan pada 29 Disember seterusnya menahan seorang lelaki yang juga seorang juruteknik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman.
Mazlan berkata, lelaki itu kini direman tiga hari sejak semalam bagi membantu siasatan.

Menurut Mazlan polis kini sedang menjejaki seorang lagi lelaki berusia 30-an kerana dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp.

“Kita telah kenal pasti suspek dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat…suspek dipercayai menyebarkan maklumat kononnya terdapat mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai,” katanya.

Mazlan berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA 7 Januari 2015

PANASSS!!!! Video Seks Tun Daim Tersebar - Tengok Ni!!!

$
0
0


Usaha melagakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan pemimpin veteran UMNO berterusan apabila muncul sebuah video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan ancaman kononnya untuk mendedahkan skandal seks Tun Daim Zainuddin.
Video ini dimuat naik oleh satu akaun baru youtube yang dikenali sebagai Shahid Islam pada 6 Januari 2015. Akaun ini tidak mempunyai sebarang subscriber dipercayai bertujuan melagakan Mohd Najib dengan Tun Daim.

Video ini hanya diketahui umum apabila didedahkan oleh penulis Zaharin Mohd Yassin yang banyak mengkritik pentadbiran Mohd Najib kebelakangan ini.

Dipercayai video ini dimuatnaik bagi tujuan menuduh Pejabat Perdana Menteri sebagai dalang video ini.

Ini akan mewujudkan perang antara kem Dr Mahathir Mohamad – Daim Zainuddin dengan pasukan Mohd Najib Tun Razak.


KAH..KAH..KAH..... GUAN ENG BUKTIKAN TIADA RAKYAT PENANG YANG BOLEH DIPERCAYAI!!!!

$
0
0


Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng diberi jawatan sebagai Ketua Bahagian untuk Perkhidmatan Harta, Perdagangan Pembangunan Hartanah, Pembinaan dan Jawatankuasa Pengurusan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, lapor R Ed Mikael.

Betty Chew adalah isteri Lim Guan Eng yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka.


“Dan suami Betty Chew iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri.


“Kini isu tanah dimonopoli sepenuhnya oleh keluarga Lim Guan Eng. Jika ini dilakukan oleh pemimpin BN, maka namanya nepotisme. Jika ini dilakukan oleh PR, namanya entah apa, saya pun tidak tahu,’ ulas R Ed Mikael.



Menurut R Ed Mikael, Dewan Perdagangan Cina Pulau Pinang (PCCC) adalah sekutu rapat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng


“Pengerusi PCCC adalah Tan Sri Tan Kok Ping, salah seorang Pengarah syarikat yang bertanggungjawab dalam soal pembersihan tanah haram atau skandal “Botak Hill” yang juga merupakan sekutu rapat Lim Guan Eng,”ulasnya lagi.


Sementara itu, Antarapos melaporkanBendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim tidak dilantik semula sebagai anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang diumumkan kerajaan negeri pimpinan DAP itu hari ini.


Bagi menggantikan Iszuree yang sebelum ini disingkir daripada semua jawatan Jawatankuasa Tetap MPPP, kerajaan negeri mengumumkan pelantikan Yang Dipertua PAS Tanjung Yacoob Omar.


Exco Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow ketika mengumumkan barisan baharu anggota majlis bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini bagaimanapun tidak menyatakan sebab Iszuree tidak dilantik semula sebagai anggota majlis MPPP.


Turut hadir pada sidang akhbar mengumumkan pelantikan anggota majlis MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Iszuree dilapor disingkir daripada semua jawatankuasa tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor Bahru yang mengkritik kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.


Chow berkata, selain Iszuree, lima lagi anggota majlis MPPP sebelum ini juga tidak disambung perkhidmatan iaitu Tay Leong Seng, Mohd Hariszuan Jaharudin, Muhammad Sabri Md Osman, Aidi Akhbal Mohd Zainon dan Mohd Foaz Hamid.


“Enam muka baharu yang dilantik ialah Goh Choon Keong dan Syerleena Abdul Rashid daripada DAP, Felix Ooi Keat Hin (PKR), Yaacob (PAS) dan dua daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Sha’ari Md Salleh dan Mohamed Yusoff Mohamed Noor,” katanya.


Beliau berkata, senarai anggota baharu majlis iaitu 10 daripada DAP, lapan PKR, dua PAS dan empat NGO itu telah mendapat persetujuan daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat.


Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu enggan memberi komen ketika diminta mengulas penyingkiran Iszuree Ibrahim.


“No komen, tiada komen apa-apa lagi. No komen!,” katanya kepada Antarapos.

OPPSS!!! Pondan Dilarang Pandu Kenderaan Di Rusia!!!

$
0
0


MOSCOW – Pemerintah Rusia akhirnya berjaya meluluskan undang-undang kontroversi yang mengharamkan pondan dan khunsa daripada memandu kenderaan, sekali gus mencetuskan kritikan daripada aktivis hak asasi manusia.

Undang-undang yang berkuat kuasa minggu ini melarang sesiapa sahaja yang didiagnosis dengan masalah pelbagai personaliti dan gangguan identiti jantina, termasuk pondan, bapuk, maknyah dan transeksual daripada mengemudi kenderaan.

Ini termasuk individu yang ada obsesi seksual, pengintai dan fedofilia atau seks dengan budak kecil, serta kaki judi dan pencuri namun pada masa sama undang-undang Rusia melarang diskriminasi terhadap rakyat hanya kerana jantina mereka.

Meskipun dibantah keras, undang-undang terbaharu itu bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang tinggi kadar kematian di Rusia dengan mengambil kira faktor pemandu dengan ada penyakit tertentu di luar jalan raya.

Persatuan peguam bela Rusia berkata undang-undang larangan untuk transgender, khunsa, pondan, atau berpakaian bukan jantina asal dan orang yang memerlukan pembedahan pembetulan jantina jelas bercanggah dengan standard antarabangsa.

Beberapa pengamal undang-undang menegaskan bahawa larangan itu akan meliputi banyak pelawak dan bintang pop popular di Rusia, termasuk Verka Serdyuchka, yang sering muncul menerusi program televisyen popular, Eurovision.

“Jika pemandu lelaki berpakaian seperti wanita dan dirakam kamera polis, dia akan ‘hilang’ lesen memandu,” tulis seorang peguam, Kolya Bakhtinov dalam laman web berita untuk golongan lelaki songsang tempatan, Gay.ru. – Agensi

SOKONG!!! Kenyataan Terbaik Dari Bukit Aman!!!

$
0
0


Ketua polis negara hari ini mengambil contoh kejadian di Paris menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan Putrajaya perlunya meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelak kejadian serupa berlaku di negara ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya hari ini, meminta rakyat Malaysia mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Paris di mana serangan “ala militant” berlaku di Paris  pada Rabu.

"Ambillah ikhtibar kejadian di Paris. Itu lah sebab nya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama...," katanya menerusi satu postingnya di laman sosial Twitter pagi ini.


Dalam kejadian yang disifatkan Presiden Perancis Francois Hollande sebagai "serangan pengganas" itu, tiga orang bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, insiden seumpama itu tidak boleh diambil mudah dan ancaman itu boleh berlaku di mana-mana negara.

"Apa yang dilakukan di Paris bukan ajaran Islam. Tindakan mereka adalah salah dari sisi agama," katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap keselamatan negara susulan serangan yang berlaku di Paris dan Australia.

Katanya, biarpun setakat ini tiada sebarang ancaman yang diterima, namun PDRM tetap mengambil langkah memantau aktiviti kumpulan dan individu tertentu di negara ini.

Di Sydney, pada 15 Disember lalu, dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh setelah polis Australia bertindak menyerbu sebuah kafe bagi menamatkan pengepungan lebih 16 jam oleh suspek yang menawan 17 orang sebagai tebusan.

Khalid menerusi akaun Twitternya juga menambah, undang-undang seperti Akta Hasutan berupaya membantu polis membanteras masalah pelampau dari awal.

"Paris attack – Laws like the Sedition Act will surely help @PDRMsia nip the problem in the bud before it escalates. Think bef saying..., (Serangan Paris – Undang-undang seperti Akta Hasutan pasti akan membantu PDRM mengekang masalah ini daripada awal sebelum jadi lebih teruk. Fikir sebelum berkata-kata)," katanya.

Khalid juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah dan menghasut yang akan hanya menyebabkan tindakan boleh diambil terhadap mereka.

"Hati2 lah dalam memperkata kan sesuatu. Jgn 'berkata kata' yg akan mengundang @PDRMsia mengambil tindakan. Berani cakap berani lah tanggung."

Pada November, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno, mengumumkan ketika persidangan agung tahunan parti itu yang undang-undang zaman penjajah itu akan dikekalkan setelah meneliti maklumbalas dari berbagai pihak.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan yang perubahan akan dibuat terhadap beberapa peruntukan di bawah akta itu.

Najib mengumumkan rancangan memansuhkan akta itu pada bulan Jun 2012, untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Akta Hasutan 1948setakat ini dipinda lima kali dengan yang terakhir pada tahun 1975.

Kebelakangan ini, terdapat ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis sosial dan badan bukan kerajaan menyeru akta itu dimansuhkan memandangkan ramai yang dikenakan undang-undang itu termasuk ahli politik.

Bagaimanapun, rancangan Najib memansuhkan akta itu menerima bantahan pemimpin Umno dan kumpulan sayap kanan Melayu. Kejutan Dari Bukit Aman. ~malaysian insider

Astaghfirullah Al Azim..... Penangan K-POP, Anak Gadis Melayu Rela Diperlakukan Apa Saja!! Gambar Dan Video

$
0
0



Beberapa gambar dan video yang memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi di internet. Gambar dan video tersebut telah mendapat respon dari netizen yang rata-rata mengkritik perbuatan tersebut.

Difahamkan,  gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER.





Jika dilihat pada Twitter, aksi tersebut telah mendatangkan respon yang negatif dari netizens. Ramai yang melihat aksi itu tidak sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu gadis bertudung tersebut dan juga artis Kpop itu.




Satu video yang memaparkan aksi yang sama juga turut tersebar secara meluas di Internet.

Rasanya perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab memberi kebenaran persembahan ini dijalankan di Malaysia. Bukan apa, tapi, kegilaan terhadap Kpop dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan muda-mudi Malaysia terutamanya golongan wanita. - Siakapkeli.com.my

BERITA PALSU : Suami Isteri Penyebar Fitnah Ditahan Polis!!! #Banjir2014

$
0
0


Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan bah kuning yang melanda negeri ini menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Pasangan berumur 45 dan 43 tahun itu ditahan jam 12 tengah hari semalam oleh anggota Jabatan Siastaan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suami isteri yang berasal dari Bachok, Kelantan dan Kodiang itu dikatakan menyebarkan maklumat palsu yang menyatakan sukarelawan menemui banyak mayat bergelimpangan di dalam rumah selepas air banjir surut.

Tambahnya, kedua suspek ditahan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi serta Multimedia 1998.

Pada 7 Januari lalu, seorang juruteknik ditahan polis kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu mengenai banjir di laman Facebook.

Suspek ditahan di rumahnya di Kuantan, jam 10 pagi.

Penahanan ini dpercayai yang ketiga sejak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Muslti Media (SKMM) berusaha mengesan individu yang terbabit menyebarkan berita palsu berkaitan banjir.(SUMBER)

K-POP : Mereka Bukan Lelaki Sejati, Carilah Yang Tinggi, Gelap Dan Tampan!!! @KhairyKJ

$
0
0


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati.


Video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan.

Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.


Perjumpaan bersama peminat yang dianjurkan TGM Events itu menetapkan tiket dari RM199 sehingga RM799 untuk caj 'berjumpa' kumpulan berkenaan.

B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Kumpulan dianggotai lima ahli iaitu Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik, membuat penampilan sulung pada tahun 2011 dengan single "O.K".

Dalam pada itu, laman Twitter turut dibanjiri 'hashtag" #menentangkejahatankpop yang memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Ada yang memberikan reaksi menolak perlakuan itu dan ada juga yang menyalahkan gadis-gadis itu jerana terlalu obses sehingga mengetepikan ajaran agama.

-Astro Awani

**** Gambar dan video aksi memalukan anak gadis Melayu KLIK SINI

BIADAP DAN MELAMPAU!!! Eric Paulsen Semakin Keterlaluan!!!

$
0
0


Bangkitlah saudara islam aku lihatlah dengan mata hati kamu keatas apa yang diperlakukan oleh Eric Paulsen. hari demi hari dengan bongkaknya menghina satu persatu tentang islam Malaysia.

Bermula dengan hukum hudud, menghina ulama malaysia, menghina amalan mencintai rasul oleh masyarakat islam Malaysia dan yang terbaru melebelkan khutubah jumaat sebagai himpunan ekstremisme ini antara twitternya:

“Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia,”

"golongan ulama adalah seperti raja/ Tuhan - tidak boleh dikritik"

"Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni. Syirik besar ni."

"tak tau lah mana lagi Islamik - belanja RM200 ribu buat Jom Heboh agama atau derma kepada mangsa banjir."

Itu belum lagi tindakannya mempersendakan hukum hudud dan hak termatub agama islam agama resmi Malaysia.

Wahai saudara islam ku lihatlah jentera biaDAP bekerja memecah belah anda dan wahai sahabat-sahabat bukan islam kami tidak pernah sama sekali menghina apa jua anutan rakyat Malaysia yang lain.

Kita di bawah satu Malaysia telah lama dibudayakan moyang-moyang kita dengan perpaduan menghormati satu sama lain. Sesungguhnya manusia seperti Eric Paulsen tidak layak menjadi warga negara malah tidak layak dibiar bebas diluar. Sebaik-baik dihumban ke sangkar besi di bawah akta haustan yang paling berat. - SUMBER



Dalam perkembangan yang lain, Eric Paulsen dilihat telah memadamkan twitternya yang sengaja dibuat kontroversi dan menimbulkan kemarahan orang Islam di Malaysia dalam usahanya untuk membuktikan yang umat Islam sangat mudah meruap dan mengikut emosi semata-mata. 

Serangan demi serangan yang dibuat ke atas Islam selama ini, mendatangkan akal kepadanya untuk meneruskan serangan kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan besar dan tegas diambil terhadap golongan sepertinya. Apatah lagi dia adalah seorang peguam dan sebagai peguam di Malaysia, dia berasakan dirinya sangat besar dan mengatasi undang-undang di Malaysia.

Kenyataannya telah dipadamkan dan Eric Paulsen memulakan langkah dengan menyalahkan cybertrooper pro-UMNO seolah-olah dia telah difitnah dan kenyataan kontroversi tersebut telah dibikin oleh cybertrooper pro-UMNO.

Menariknya yang memberikan nasihat kepadanya agar memadamkan twitter tersebut adalah Muhammad Khalil Abdul Hadi yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang juga merupakan anak lelaki Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Hanya padamkan sahaja Twitter tersebut dan tanpa perlu meminta maaf selain berikrar untuk tidak mengulangi provokasi seperti itu!



Lebih menarik lagi ialah apabila Ambiga Sreevanasan, bekas Presiden Majlis Peguam yang sebenarnya merupakan salah seorang daripada pejuang pemurtadan dan liberalisme di Malaysia, turut menyokong Eric Paulsen. Menurut Ambiga, Eric Paulsen seharusnya kekal dengan pendiriannya dan membiarkan dirinya diseret ke mahkamah. 

Sebabnya semasa perbicaraan nanti, JAKIM perlu mendedahkan semua khutbah-khutbah Jumaat yang dikeluarkan dan pada masa itu, golongan yang menentang dan memperlekehkan Islam dapat membuktikan bahawa JAKIM sebenarnya menggalakkan ekstrimisme sepertimana yang didakwa oleh Eric Paulsen dalam Twitternya.




Kepada Ketua Polis Negara.....Rakyat khususnya umat Islam di Malaysia menantikan tindakan anda!!!

BREAKING NEWS : Akhirnya Kotak Hitam Berjaya Ditemui!!! #AIRASIA #QZ8501

$
0
0


Akhirnya, benda yang dicari-cari berjaya ditemui. Penemuan yang bakal merungkai misteri ke atas tragedi pesawat Air Asia QZ8501 yang membawa 162 orang dan terhempas berdekatan Laut Jawa.
Kementerian Pengangkutan Indonesia bagaimana memaklumkan mereka masih gagal untuk mengeluarkan kotak hitam itu kerana ia tersekat di bawah serpihan bahagian utama pesawat berkenaan.

“Penyelamat tentera laut di wilayah Jadayat berjaya menemui peralatan yang amat penting itu iaitu kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501,”kata Pegawai Kanan kementerian itu, Tonny Budiono.

Sebelum itu, Tiga kapal yang terlibat dalam operasi pencarian mendakwa berjaya mengesan kedudukan kotak hitam.

3 kapal itu dilaporkan berjaya mengesan ‘pinger’ yang sama, kira-kira jam 8.15 waktu Indonesia Tengah.

Pinger daripada kotak hitam yang kini menjadi sebahagian fokus pencarian berada di kedalaman sekitar 30 meter di dasar Laut Jawa.

Pada Sabtu, ekor pesawat jenis Airbus 320-200 itu berjaya diangkat ke permukaan menggunakan belon terapung, tetapi tanpa kotak hitam yang dipercayai tertanggal dari posisi asalnya.

Pesawat itu, yang membawa 162 penumpang dan anak kapal, terhempas selepas mengalami cuaca ribut pada 28 Disember dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, mengorbankan semua di atas kapal.
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live