Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live

BANGSAT LA LU!!!! Siswa UTM Muat Naik Status Terlampau!!!

$
0
0


Selagi tiada tindakan TEGAS dan proaktif diambil kerajaan, selagi itulah puak-puak ektremis kaum dan agama akan mengambil kesempatan yang akan menghancurkan keharmonian yang kita kecapi selama ini.

Selepas satu isu, timbul pula isu baru yang saling berkait. Jangan sampai rakyat atau golongan ektremis satu pihak lagi mengambil tindakan drastik sepertimana yang berlaku di Kota Paris baru-baru ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai akan menyiasat status seorang mahasiswa berketurunan Cina yang dipercayai memuat naik status mencaci dan berbaur perkauman di Facebook baru-baru ini. 

Status itu dikesan selepas tersebar meluas hasil perkongsian pengguna di laman sosial berkenaan semalam. 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Profesor Dr Ismail Abdul Aziz berkata, pihak universiti memandang serius penyalahgunaan laman sosial oleh mahasiswanya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit.

"Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pemilik akaun terbabit adalah penuntut UTM atau sebaliknya. 

Sekiranya beliau adalah penuntut UTM,kes ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana UTM tidak mahu berkomporomi dalam soal itu," katanya ketika dihubungi tadi. 

CEROBOH!!! Bot Kita Kena Letup, Habis Bot Nelayan Indonesia Ni Macam Mana???

$
0
0


"Bot itu didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran dan nama. Awak-awak mengaku berasal dari Tanjung Labu, Indonesia dan telah keluar ke laut pada 3 Januari lepas untuk menangkap ikan,"


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan sebuah bot nelayan bersama empat awak-awak warga Indonesia kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara pada 11 Jan lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Abdul Razak Johan berkata bot itu ditahan di kedudukan lebih kurang lapan batu nautika dari barat Pulau Jarak oleh kapal APMM, KM Marlin.


Beliau berkata, bot sepanjang 12 meter, lebar tiga meter dan seberat tiga ton bersama empat awak-awak yang berusia antara 23 dan 45 tahun itu ditunda ke Lumut untuk siasatan lanjut.


Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1)(a) kerana disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia secara haram iaitu tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. 


Sebelum ini, Ketua Polis Sumatera Utara, Inspektor Jeneral, Eko Hadi yang menyaksikan proses penenggelaman bot nelayan Malaysia berkata : 

"Selepas mendapat kebenaran daripada ketua mahkamah daerah, kami menggunakan dinamit untuk meletup dan mengaramkan kapal berkenaan.

"Ini merupakan kali pertama polis wilayah tersebut menenggelamkan kapal asing yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan kawalan mereka," jelas Eko.

Sebelum ini, pihak berkuasa Pulau Riau bertindak membakar beberapa buah kapal nelayan haram yang memasuki perairan Indonesia untuk menangkap ikan.


Tindakan tersebut diambil sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan aktiviti pencerobohan kawasan maritim selain bagi memajukan sektor perikanan Indonesia.

Persoalannya, adakah kerajaan kita akan mengambil tindakan yang sama? Bagi penulis, tindakan yang bakal diambil nanti walau apa pun perlu lah memikirkan kesan selepas itu. Api tidak perlu dilawan dengan api. Sama-sama kita nantikan...

TERKINI : Ketua Penceroboh Lahad Datu Meninggal Dunia!!!!

$
0
0


Ingat lagi ketua kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah Febuari 2013... Agbimuddin Kiram lelaki tua yang mengaku dia Raja Muda Kesultanan Sulu?Khabarnya Agbimuddin meninggal dunia akibat serangan jantung di kampung halamannya Pulau Tawi-Tawi Selasa.


Media Filipina melaporkan Agbimuddin yang berjaya menyusup keluar dari kampung Tandou ketika serangn besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia pada 5 Mac 2013 sebelum ini 'menghilang' dari pandangan orang ramai.

Beliau dipercayai bersembunyi selepas kegagalannya dalam pencerobohan Lahad Datu.

Abangnya, 'Sultan Jamalul Kiram' meninggal dunia enam bulan selepas pencerobohan Lahad Datu di Manila juga kerana sakit jantung.

Menurut laporan Rappler.com, selain polis, tiga sumber yang berbeza mengesahkan Agbimuddin atau nama lainnya Datu Puing meninggal dunia di rumahnya di bandar Simunal Tawi-Tawi.

Agbimuddin adalah individu yang bertanggungjawab melatih ratusan 'tentera diraja Sulu, di Tubig Simunul, sebelum kira-kira 200 dari mereka menyerang Sabah atas alasan itu tanah warisan Kesultanan Sulu.

Pencerobohan diketuai Agbimuddin, manakala timbalannya adalah bekas pegawai kanan dalam pasukan tentera Filipina Jeneral Haji Musa Abdulla yang kemudiannya terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Sepanjang pencerobohan pengganas Sulu yang berlarutan hampir dua bulan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia.

Mereka ialah Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46 (komando VAT 69) Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, (Cawangan Khas Bukit Aman), Asisten Supritendan Michael Padel, 36, (Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna), Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau, Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah), dan Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Selain itu, dua lagi askar turut gugur melibatkan Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja Tawau dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.

Kini, tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menganggotai kumpulan pengganas, merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas, yang didakwa dilakukan antara 12 Februari hingga 10 April 2013.

Semua mereka kini masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah, selama 76 hari dengan 43 saksi sudah pun memberi keterangan sehingga Oktober 2014.

Ia dijangka berterusan sehingga Jun 2015 dengan 10 hari ditetapkan untuk perbicaraan setiap bulan, melainkan pada Disember apabila perbicaraan diadakan selama lapan hari.-13/1/2015

APA DAH JADI? Ceramah Agama Dianggap Satu Provokasi?

$
0
0


Apa dah jadi dengan Malaysia ni beb? Maaf, penulis bukan cuba mencetuskan provokasi baru dalam isu ini, cuma terlintas di fikiran bagaimana sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan melihat ceramah agama sebagai satu tindakan provokasi?
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya”. 

Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.

Bagaimana pula dengan tindakan Pejabat Ketua Menteri Sarawak membatalkan satu program ceramah agama Islam semalam kerana kononnya dianggap sebagai provokasi terhadap agama Kristian. 

Menteri berkaitan hal ehwal Islam negeri itu, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya "menasihati" penganjur ceramah itu, Pusat Informasi Islam (IIC) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk membatalkan ceramah berkenaan susulan bantahan ditimbulkan Persatuan Gereja Sarawak (ACS), beberapa individu serta ahli politik. 

Ceramah yang dijadualkan berlangsung esok dan Khamis dilihat "tidak membantu meredakan ketegangan antara umat Islam dan Kristian" di negara ini. 

"Kami meneliti bantahan itu dan mendapati ada alasan kukuh," kata Daud.

“Kami tidak mahu mewujudkan suasana kekacauan antara kepelbagaian agama terutamanya Kristian dan Islam. 

"Ia memang tidak perlu," kata Daud, yang juga menteri di Pejabat Ketua Menteri ketika ditemui pemberita di Kuching hari ini. 

Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul itu bakal menampilkan sarjana Islam Iraq, Shaykh Afeefuddin Al-Jalani dengan tajuk "Nabi Muhammad di dalam Bible".

Ceramah berkenaan dijadualkan berlangsung di IIC esok dan Unimas, pada Khamis. 

Anglican Diocese of Kuching, Pembantu Biskop Aeries Sumping Jingan, berkata semalam, beliau bercakap dengan ketua pegawai eksekutif IIC dan pihak berkuasa agama menyatakan bantahan mereka. 

Sumping, yang mewakili pengerusi ACS Datuk Bolly Lapok, berkata, pendiriannya jelas, iaitu menuntut CEO IIC dan pihak berkuasa negeri membatalkan ceramah berkenaan. – 13 Januari, 2015.


** Penulis bukan mempersoalkan kredibiliti atau hak beragama di Malaysia, sekadar membangkitkan hak "kebebasan beragama" yang jelas termaktub dalam perlembagaan negara. Persoalannya, adakah Sarawak terkecuali dari semangat perlembagaan tersebut?

VIRALL!!! Aksi Panas Jururawat Dalam Kereta Tersebar!!!

$
0
0


Bangang, bebal dan amat memalukan..... tengah sangap sangat ke beb? Beberapa hari yang lalu, gambar seorang jururawat muda melakukan aksi terkutuk dalam kereta tersebar meluas di media sosial.

Gambar menunjukkan seorang jururawat sedang 'makan aiskrim' dalam kereta kekasihnya itu. Gambar itu dirakam oleh teman lelakinya sendiri. 

Tidak dapat dikenal pasti siapa yang menyebarkan gambar itu dan apa motifnya.


Siasatan mendapati, gambar-gambar itu mula dimuat naik oleh seorang blogger wanita popular tanahair. 

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci dari blogger berkenaan yang hanya sekadar berkongsikan gambar 'panas' itu di laman blognya.

Sedikit nasihat buat semua khususnya yang bakal bergelar suami atau isteri:

Kepada Bakal Suami

Andai berpurdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hati kamu. Andai berpurdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercala

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaian kamu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditangan kamu.

Kepada Bakal Suami,

Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya.

Kepada Bakal Isteri,

Andai kamu sudah berpudah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajipanmu. Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu.

Kepada Bakal Pengantin

Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya.Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri. Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri.

PANASS TAPI BERNAS!!! Ridhuan Tee Belasah Program Gegar Vaganza!!!

$
0
0


Apa sudah jadi Malaysia? Penulis setuju sangat-sangat dengan tulisan selebriti dakwah televisyen, Dr Ridhuan Tee Abdullah yang mengkritik rancangan realiti di televisyen yang disifatkannya sebagai menjengkelkan melalui adegan-adegan hina untuk tujuan publisiti murahan.

Beliau mempertikaikan kewajaran mengejar tarikan penonton sehingga mengetepikan soal haram dan halal serta dosa dan pahala.

Malah ujarnya, program realiti yang bersifat keagamaan juga tidak semestinya mendatang barakah jika di dalamnya berlaku kemunafikan dan mengabaikan amal makruf nahi mungkar.

Sehubungan itu, Profesor di Univerisiti Sultan Zainal Abdin (UniSZA) itu berkata, ”Bersyukur sebelum musibah melanda. Bukan sebaliknya. Musibah melanda baru insaf. Itupun masih ada yang tidak insaf.”


”Saya diberitahu, adegan program realiti gegar tv, penyanyi berusia dipeluk oleh pelakon muda di atas pentas, atas alasan dibolehkan, kononnya suami atau isteri masing-masing mengizinkan perilaku hina itu,” tulisnya dalam ruangan mingguan beliau di Sinar Harian dengan judul Banjir dan program realiti TV.

”Begitu juga adegan melamar di atas pentas. Bila ditegur, melenting tak tentu pasal. Budaya apakah ini? Sanggup melakukan apa sahaja bagi mengejar rating,” tambah beliau.


Dr Ridhuan turut mengkritik rancangan realiti tv bercorak keagamaan yang disifatkannya sebagai menyedihkan kerana mengetepikan aspek ketinggian ilmu.

Jelasnya, pemilihan para peserta untuk program itu lebih memberi penekanan kepada aspek penyampaian dan menidakkan kepetingan ilmu dan keintelektualan sehingga menyebabkan matlamatnya tersasar jauh.

Beliau menambah, program realiti terbabit mengutamakan peserta yang pandai menyanyi dan melawak, sementara juri hakim tidak memiliki kelayakan ilmu tetapi hanya memberi tumpuan kepada aspek pengucapan awam.

”Kita disuruh seru dengan hikmah, atas nama dakwah. Malangnya krew yang terlibat, majoriti tidak pula diseru untuk sujud dan tunduk kepada Allah. Munafik apakah ini? Barakah apa yang dicari?” tulis beliau.

Tambahnya, ”Janganlah kita beranggapan oleh kerana musibah banjir tidak melanda stesen tv kita, maka Allah redha apa yang kita lakukan. Sudah sampai masanya kita bertaubat.”


Kata Dr Ridhuan, rancangan realiti semakin mengarut termasuk meliputi aspek penajaan.
"Ini belum termasuk kontroversi penaja rancangan yang mempromosikan air jampi. Jika begitulah mujarabnya, bawa sahaja ke penjara, minta banduan minum, selepas itu, bukalah pintu penjara, agar mereka keluar menjadi baik.”



Sabda Nabi saw bersabda:

“Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu mencegah dengan tanganmu. Kalau kamu tak mampu, maka cegahlah dengan lisan. Jika kamu tak mampu, maka cegahlah dengan HATI. Maka itu(mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman…”

ERIC PAULSEN : PKR Bangsat!! PAS Macam Mana Pula?

$
0
0



Budaya ancam-mengancam? Taik kucing la PKR!!

PENGARAH Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstrem setiap Jumaat telah ditahan pihak polis. Namun apa yang menyedihkan, PKR yang majoritinya dianggotai oleh Melayu dan beragama Islam telah mengutuk pula penahanan tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan di Portal Keadilan Daily seperti berikut:

KUALA LUMPUR 14 JAN: KEADILAN membantah penahanan peguam hak asasi yang juga Pengasas NGO Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen mengikut Akta Hasutan 1948.

Ketua Penerangannya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar seolah-olah memberi gambaran penahanan itu merupakan kejayaan besar polis menahan penjenayah besar yang cuba melarikan diri.

“Walaupun saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Eric yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang, namun saya juga tidak bersetuju beliau ditahan begitu rupa.

“Apatah lagi disusuli dengan tweet Ketua Polis Negara tentang penangkapan Eric seolah-olah dia penjenayah besar yang cuba melarikan diri,” tegasnya dalam kenyataan.

Eric ditahan melalui satu serbuan melibatkan 20 anggota polis di ibu negara sedangkan peguam itu sebelumnya bersetuju memberi kerjasama kepada pihak polis untuk disiasat.

Beliau ditahan ekoran tweetnya sebelum ini yang didakwa mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Terdahulu, Khalid berkata, Eric antara yang wajar disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran tindakan itu.

Malah Khalid memuat naik gambar Eric di twitter beliau dengan tulisan “biadap”.

Justeru, Syed Ibrahim menggesa semua pihak menolak budaya ancam mengancam yang semakin membimbangkan dan menangani konflik yang timbul dengan berdialog secara baik dan berhikmah sebagaimana disarankan Islam melalui Al-Quran.

“Saya percaya ada beberapa perkara dasar di sini yang perlu difahami dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai agama, kaum dan budaya.

“Islam mengutamakan kepentingan atau ‘kemaslahatan’ umum tanpa menafikan hak asasi manusia termasuk hak berbicara sebagaimana yang difahami melalui maqasid syariah selain menganggap tegur menegur kerana hak dan kebenaran sebagai prinsip utama dan sebahagian prinsip mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan,” jelasnya.

Sambung Syed Ibrahim, perkara dasar ini akan hanya tinggal dasar jika kefahaman dan pelaksanaannya bercelaru atas motif politik dan emosi serta sentimen semata-mata.

Beliau bersedia memainkan peranan penting bersama KEADILAN bagi kembali menyuburkan budaya dialog perbincangan serta mengelakkan budaya ancam mengancam serta ugutan.

“Saya menyarankan semua pihak sama ada kerajaan, PDRM, Jakim, saudara Eric, parti politik dan NGO untuk kembali kepada dasar ini jika kita ingin benar-benar membebaskan negara kita daripada unsur ekstrimisme,” kata bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu.


Beberapa tangkapan di bawah Akta Hasutan telah dibuat sebelum ini. Bagaimanapun polis telah memberikan jaminan dan melepaskan mereka sementara menunggu hari perbicaraan. Namun ada di kalangan mereka seperti Ali Abdul Jalil dan blogger porno, Alvin Tan telah melarikan diri ke luar negara dengan bantuan pihak-pihak tertentu sebelum melalak di sana.

Eric Paulsen juga besar kemungkinan akan melakukan perkara yang sama apatah lagi dia mempunyai keupayaan untuk berbuat begitu dari segi kewangan.

PDRM tidak seharusnya membebaskannya sama ada menerusi jaminan individu mahupun jaminan polis.

Dalam kes ini penulis nak tanya sikit. Di mana PAS, Apa Pendirian mereka? Adakah parti yang kononnya memperjuangkan ISLAM hanya mampu melihat dan akur sahaja dengan sahabat mereka dari PR? Adakah parti mendahului agama?

MELAMPAU!!! Astro Hina Dan Tindas Wanita Bertudung?

$
0
0


Tak habis-habis Islam dipersenda.... Tak habis-habis juga Astro mengambil tindakan yang membangkitkan amarah rakyat Malaysia. Mohon sangat-sangat andai benar seperti yang didakwa wanita ini, tindakan tegas diambil bagi memberi pengajaran kepada pihak ASTRO.

Kalau sebelum ini kita dihebuhkan dengan cerita anak aktor popular Rosham Nor yang tidak diterima bekerja di sebuah restoran makanan segera kerana bertudung, kini nampaknya tindakan yang sama dilakukan pihak Astro.

Markonah Sood dalam laman twitternya berkongsi kisah di mana beliau menerima tawaran untuk temuduga di pejabat CEO Astro. Melalui perbualan telefon, beliau telah diminta untuk menghantar gambar terkini beliau.

Apa yang mengejutkan ialah, selepas menghantar gambar sepertimana yang diminta, pihak Astro menghubungi beliau semula dan memaklumkan bahawa mereka (Astro) mencari individu yang tidak memakai skaf (tudung).


Mohon pihak Astro tampil menjelaskan isu ini. Adakah mereka juga mengamalkan diskriminasi agama? Atau hanya individu-individu tertentu sahaja yang berada di dalam Astro yang mengambil tindakan seolah-olah Astro itu milik bapaknya!!!

Kesian : Nasib "Hero" Selepas Selamatkan Wanita BOG*L!!

$
0
0




Seorang wanita yang terjun ke dalam sungai dalam keadaan berb*gel di bandar ini berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki dan dijaga dengan baik oleh orang ramai yang berkerumun di tebing.

Gambar diatas (kiri) menunjukkan wanita b*gel itu sebelum terjun ke dalam sungai dan gambar kanan menunjukkan lelaki yang menyelamatkannya terpaksa memanjat sendiri untuk naik ke tebing.

Wanita itu dilihat terjun ke dalam sungai berkenaan petang kelmarin. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki turut dilihat terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkannya. Gambar di laman web di China menunjukkan orang ramai mengerumuni wanita itu selepas dia berjaya ditarik naik ke atas.

Mereka bagaimanapun tidak mempedulikan lelaki yang menyelamat wanita itu hingga dia terpaksa memanjat sendiri untuk naik ke tebing.

Menurut laporan, penyelamat itu ialah pelajar sebuah universiti di Nanjing. - Agensi

PELIK!!! Berbaju Kurung Menjadi Satu Kesalahan Di Sekolah???

$
0
0


Dalam kes ini penulis akui agak kabur mengenai peraturan pemakaian pelajar perempuan di sekolah. Tapi tak sangka la pula memakai baju kurung menjadi satu kesalahan bagi seorang pelajar perempuan. Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa, anak perempuannya dihalang untuk masuk ke kelas.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekolah baru anaknya yang terletak di Cheras, semenjak Isnin hingga hari ini.

Menurut Lawrence Jayaraj, pihak sekolah terbabit hanya membenarkan pelajar wanita Melayu sahaja memakai baju kurung.

Memetik kenyataannya dari portal The Rakyat Post, “Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya.

Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah.”

Akibat dari larangan untuk anaknya masuk ke kelas, dia terpaksa ke sekolah tersebut dan mengambil anaknya semula.

Ujarnya Lawrence lagi, isu tersebut masih gagal diselesaikan antaranya dan guru penolong kanan sekolah itu kerana dia tetap bertegas dengan peraturan tersebut.

Bukan itu sahaja, Lawrence turut mendakwa, guru terbabit menyuruhnya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan persalinan sekolah baru buat anak perempuannya.

Namun demikian, ketika kejadian berlaku, pengetua sekolah berkenaan tidak berada di situ.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan meminta pihak berkenaan membawa isu tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. – MYNEWSHUB.CC

Hmm.....sekali fikir, macam agak kelakar bunyinya. Secara logik pun, persoalan timbul mengapa pemakaian sebegitu tidak dibenarkan kepada pelajar perempuan bukan Melayu. Sopan dan manis ape berbaju kurung. Bukannya memakai pemakaian yang menjolok mata.

Dan apa yang lebih penting, pemakaian tersebut bukannya di atas paksaan mana-mana pihak sebaliknya di atas kerelaan pelajar dan keluarganya sendiri. Adakah peraturan pemakaian pelajar sekolah sampai begitu "rigid" sebegini? Bukankah ia akan lebih merapatkan jurang perbezaan antara kaum?

Undang-undang atau peraturan yang ntah apa-apa!!!

GAMBAR : Sukarnya Menjadi Pramugari Di China!!!

$
0
0


Di China, menjadi pramugari adalah satu pekerjaan yang serius. Jawatan ini dianggap berprestij dan ribuan wanita bersaing untuk kerja yang sangat didambakan walaupun layanan teruk, gaji rendah, dan keadaan yang sangat melelahkan, menurut Times Global.
China Southern Airlines, salah satu syarikat penerbangan terbesar di negara ini, baru-baru ini telah mengadakan satu pertandingan ala ratu cantik untuk pengambilan pramugari baru.


 

Berpuluh-puluh ribu permohonan di terima oleh syarikat penerbangan itu. Proses temuduga tersebut seolah-olah menjadi seperti rancangan realiti TV "Amerika Idol", dan dikatakan 98% peserta tidak berjaya melepasi temuduga pertama.

Berikut adalah syarat yang di perlukan untuk temuduga China Southern Airlines:
  • Berumur tidak lebih 25 tahun atau lebih muda
  • Mereka mestilah single
  • Ketinggian mestilah di antara 5 dan 5'9 "
  • Kaki mereka tidak boleh berbentuk "X atau O "... 
  • Terdapat juga sekatan ke atas nisbah berat-untuk-ketinggian mereka
  • Tidak memakai cermin mata atau berparut....
  • Dan lain pula ceritanya dengan syarikat penerbangan Hong Kong Airlines! syarikat penerbangan itu melatih semua prmugari mereka dengan kekuatan fizikal dan kungfu.


Apa pandangan?

KPop : Video dan Lagu PARODI Ayuh Tinggalkan Dia

$
0
0


Kecewa dengan tindakan beberapa gadis Melayu memeluk dan dicium artis K-pop B1A4, seorang penyanyi tempatan, Muhammad Hafidzuddin Roslan, 28, menciptakan lagu berjudul Fitnah Terhadap Gadis sebagai pengajaran isu itu.

Dia yang lebih dikenali Fidz berkata, lagu itu yang akan siap sepenuhnya hujung minggu ini ditujukan khusus buat golongan hawa supaya menjaga adab serta maruah Islam.

Katanya, lagu itu berkisar mengenai gadis Melayu yang leka dengan anasir luar sehingga melupai adab sopan masyarakat Islam.

“Sejak dua tiga hari lalu, kecoh isu gadis Melayu memeluk dan dicium anggota B1A4 ketika persembahan di KL Live Centre, Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, saya ciptakan lagu ini sebagai nasihat supaya mereka menjaga adab dan nilai Islam,” katanya.

-metro

Sementara itu, Video parodi juga dibuat oleh seorang penyanyi amatur yang dikenali sebagai "Gitar Taiko Tuaran"

Jom Layannnn....

"KPOP : Parodi Ayuh Tinggalkan Dia" on YouTube

" width="450">

Opss.....Zizan Didapati Bersalah!!

$
0
0


Amacam Zizan? Mahkamah Seksyen memerintahkan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak tidak menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana produksi selepas bekas pengurus peribadinya, Marina Juki berjaya mendapatkan injuksi sementara terhadapnya kerana melanggar kontrak.
Hakim Hassan Abdul Ghani memberikan perintah injunksi sementara itu kepada Marina, 31, ketika mendengar permohonan injunksi wanita itu semalam terhadap Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Razak, 31.


Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu berkuat kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan sama ada membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi tetap atau sebalik­nya terhadap Zizan pada 6 Mac depan.

Prosiding tersebut dihadiri oleh peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyane Abdul Rahman yang mewakili Marina sebagai plaintif dan peguam Gandhi Mohan bagi pihak Zizan (defendan).

Bagaimanapun, Marina dan Zizan tidak hadir.

Ketika ditemui pemberita, Harjit memberitahu, anak guamnya berjaya mendapat perintah injunksi sementara itu dan mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua belah pihak sebelum injunksi tetap diputuskan pada bulan Mac depan.

sumber : Kosmo!

GAMBAR : Panasss..... Aksi Spontan Najib Bakal Undang Kontroversi!!!

$
0
0


Adoiiii..... Cukup-cukuplah DS Najib. Sudahlah aksi ini berlaku di tempat terbuka, pasti ramai yang memerhatikan. Apatah lagi paparazi yang sentiasa mengekori dan mencari ruang untuk merakamkan gambar-gambar yang boleh dijadikan isu panasss buat mereka.

Tapi jangan salah faham ye. Sebenarnya, sekalung tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak yang membuat lawatan mengejut dengan menaiki LRT dari PWTC ke KL Sentral petang ini. Kehadiran beliau mendapat sambutan orang ramai walaupun masih terkejut dengan kehadiran Perdana Menteri bagi "merasai apa yang rakyat lalui dan rasakan".

"Berdasarkan pengalaman saya pada hari ini, saya lihat masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Insya-Allah, kita akan kenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat".


Kerajaan akan mengenalpasti cara terbaik memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara yang dilihat masih ada ruang untuk penambahbaikan demi keselesaan rakyat.

“Insya-Allah.. kita akan kenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat,” 

“Selepas menunaikan solat Jumaat tadi, saya telah menaiki LRT dari PWTC ke KL Sentral bersama-sama warga ibu kota yang lain.

“Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah… mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita,”

- Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak


Kenyataan dibuat selepas Najib menaiki perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dari stesen Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke KL Sentral.

Berikut gambar-gambar yang sempat dikutip dari laman-laman sosial dan blog rakan-rakan:











PANASSS!!! Pelakon Rogolll Remaja Di Hotel Selepas Uji Bakat!!!

$
0
0




Menggemparkan!!!! Itulah yang boleh penulis katakan dengan pendedahan yang dibuat oleh seorang remaja perempuan ke atas perlakuan terlampau pelakon lelaki ini selepas hadir ke uji bakat di sebuah hotel selepas melihat iklan mencari bakat baru dalam bidang pengiklanan, lakonan dan model dengan bayaran sehingga RM500 sehari di internet.

Seorang gadis berusia 22 tahun telah membuat laporan polis baru baru ini mendakwa beliau telah diperkosa seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun ketika satu sesi uji bakat yang diadakan di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur baru baru ini.

Lebih kejam lagi, pelakon lelaki yang pernah membintangi beberapa drama tempatan itu juga telah mengugut untuk menyebarkan video mangsa dinodai sebelum memaksa gadis itu membayar RM1,000 ke dalam sebuah akaun bank.

Suspek mendakwa akan membayar gaji RM500 sehari sekiranya mangsa lulus sesi temuduga itu. Pelakon itu kemudian bertemu mangsa di sekitar Ampang sebelum membawa gadis itu ke sebuah hotel di Ampang Waterfront. Mangsa juga dipaksa untuk berbogel kononnya sebagai syarat wajib untuk lulus,” menurut sumber seperti dlaporkan Harian Metro.

Pelakon lelaki itu bagaimanapun sudah diberkas polis daripada Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 10.00 malam kelmarin. Beliau kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Gadis-gadis di luar sana yang memang mencari peluang untuk menjadi pelakon dan model dalam dunia penuh glamor ini perlu lebih berhati hati selepas ini. Bilik hotel petanda nombor satu ada sesuatu yang tidak kena. Saja berpesan. (rtky/m)

VIDEO : Fobia Dan Takut!!! Pengakuan Najib Kejutkan Perwakilan!!!

$
0
0


Perdana Menteri DS Najib Razak hari ini telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan apabila secara terbuka mengakui beliau takut dan fobia untuk melakukan apa yang anak muda lakukan hari ini.

Dalam ucapannya, beliau akui adalah menjadi sesuatu yang sukar atau fobia untuk beliau mengenakan stokin merah sepertimana tren yang diikuti oleh anak muda sekarang.


Datuk Seri Najib Razak dalam majlis tersebut telah menggariskan enam perkara atau tindakan dikenali 6E yang perlu dilakukan pemimpin belia dalam usaha memperkasa anak muda di negara ini.

Perdana Menteri berkata, perkara itu ialah 'engagement' (mendekati), 'empowerment' (pengupayaan), 'education' (pendidikan dan kemahiran), 'experience' (pengalaman), 'entrepeneurship' (keusahawanan) serta 'enterprise' sosial.




"Belia ini suka didekati, bagaimana bentuknya...kita mesti wujudkan pelbagai platform, bukan yang sedia ada tidak cukup...tapi kalau kita perluaskan lagi, maka maklum balas yang diterima akan lebih komprehensif dan menyeluruh.


"Sebab itu kita buat Parlimen Belia, kita lebihkan 'engagement'. Keadaan kini berbeza, orang muda dulu dia dengar, sekarang dia bertentangan. Kalau yang ini kita tak faham, kita tak akan faham apa kita lakukan," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM Ke-63 di Hotel Istana, di sini.




Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dan timbalannya, Datuk M Saravanan, KSU KBS Datuk Jamil Salleh serta Presiden MBM, Mohamad Maliki Mohamad Rafiee.

Menyentuh pengupayaan belia, Najib memberi contoh kajian semula terhadap konsep Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan merangkumi ciri melahirkan belia yang berkemahiran, berdisiplin serta memiliki sifat patriotisme yang tinggi.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan bersedia untuk memberi lebih banyak peluang dan peruntukan tambahan kepada persatuan belia yang aktif dan berjaya melaksanakan program dan aktiviti yang bermanfaat dan berguna kepada masyarakat.

"Dalam konteks MBM (Majlis Belia Malaysia), kalau lebih aktif, lebih banyak lagi peluang tambahan akan diberikan.

"Kalau boleh ada penarafan dan penilaian diberikan terhadap program yang dibuat, buatlah program yang boleh beri manfaat dan belanjalah secara berhemat," katanya

Najib turut menyambut baik dan memuji persetujuan dicapai semua pihak terutama pemimpin belia supaya had umur belia yang kini di bawah 40 tahun diturunkan kepada 30 tahun.

Usaha itu kata beliau akan membolehkan Malaysia selari dengan penarafan standard antarabangsa yang mentafsirkan golongan belia adalah di bawah usia 30 tahun.




Dalam perkembangan lain, pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal 2015-2016 bakal menyaksikan muka baru bagi kerusi Presiden memandangkan penyandangnya ketika ini iaitu saudara Maliki Mohd Rafiee telah melepasi had umur belia.

Ketika ini, calon yang telah mengumumkan secara rasmi untuk mengambil alih teraju kepimpinan tersebut ialah saudara Muammar Ghadafi yang juga merupakan Timbalan Presiden bagi penggal yang lalu.



MBM yang secara tradisinya merupakan platform buat anak muda melonjakkan diri dalam pentas politik tanah air merupakan antara pertubuhan yang telah bertahan lama dan masih menjadi ikutan anak muda khususnya yang meminati aktiviti beruniform, rekreasi, kepimpinan dan antarabangsa.

Kepada semua perwakilan yang akan membuat pilihan pada Ahad ini, pastikan calon atau pemimpin yang bakal anda pilih terbukti mampu membawa perubahan kepada anak muda, mudah didampingi dan tidak "elitis".

Selamat Bermesyuarat Dan Selamat Mengundi....

ROGOL!!! Tragedi Buat Wanita Di Pejabat Kementerian!!! (GAMBAR)

$
0
0


PUTRAJAYA - Seorang penjawat awam wanita, cedera parah di bahagian muka akibat diserang oleh seorang lelaki di sebuah bangunan kerajaan di sini. 

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam tadi, mangsa cedera diserang oleh seorang lelaki yang juga bekerja sebagai juruteknik di bangunan berkenaan, dipercayai cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa.


Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan untuk meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan agar dia boleh meneruskan kerja lebih masanya di pejabat. 


Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan, naik ke tingkat pejabat mangsa di tingkat 24 dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.


Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka, menyebabkan mangsa dipukul oleh suspek di bahagian kepala sehingga berdarah. 



Mangsa rebah dan pengsan di cafe

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan. 


Hasil dari tindakan segera, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.


TERKINI!!! Muamar Ghadafi Jamal Presiden MBM Yang Baru!!!!

$
0
0


Telah terang lagi bersuluh.... Tutup sudah tempoh penamaan calon bagi menduduki barisan kepimpinan yang baru Majlis Belia Malaysia (MBM) Penggal 2014-2016. 




Maklumat yang diterima mengesahkan Muamar Ghadafi Jamal, Presiden 4B Malaysia yang juga merupakan Timbalan Presiden MBM penggal sebelum ini telah memenangi kerusi Presiden MBM tanpa pertandingan.

Ghadafi akan mengambil alih teraju kepimpinan belia Malaysia daripada Saudara Maliki Mohd Rafiee yang sebelum ini memegangnya untuk dua penggal.

Selain Ghadafi, jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap juga dimenangi tanpa bertanding.

Berita penuh akan menyusul.......

DIHARAMKAN : Awas!!! Epal Granny Dan Gala Boleh Membunuh!!

$
0
0


Sila ambil perhatian!!! Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat berikutan beberapa kes kematian dipercayai disebabkan epal yang tercemar oleh jangkitan Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Menurutnya, sekatan dilakukan setelah notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya memetik laporan Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik kesemua epal jenis itu yang sudah berada di pasaran Malaysia kerana isu ini melibatkan soal pemakanan yang berada dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Selain itu, sebuah portal asing melaporkan penularan bakteria tersebut dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal di Bidart Bros, Bakersfield, California yang melibatkan epal yang disaluti dengan karamel.


Listeriosis adalah jangkitan baketeria boleh menyebabkan kematian dan antara simpton seseorang itu dijangkiti dengan Listeriosis termasuklah demam, sakit kepala yang teruk, loya dan leher tegang. - Siakapkeli.com.my

OLIMPIK 2016 : Malaysia Belasah Ukraine

$
0
0


KUALA LUMPUR 18 Jan - Malaysia memulakan misi memburu slot ke Sukan Olimpik Brazil 2016 dengan langkah kanan apabila menewaskan Ukraine 5-1 pada perlawanan pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Singapura, semalam.


Pada perlawanan kumpulan A di Stadium Hoki Sengkang di sini, Malaysia seperti diduga menguasai perlawanan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi jaringan padang oleh Muhammad Faizal Saari.

Skuad bimbingan Tai Beng Hai itu kemudian menambah gol kedua menerusi pukulan penalti oleh kapten, Muhammad Razie Rahim pada minit ke-19.

Tercabar dengan kedudukan itu, Ukraine merapatkan jurang menerusi jaringan padang Vitalii Kalinchuk pada minit ke-24.

Bagaimanapun, Malaysia mengukuhkan kedudukan apabila pakar pukulan sudut, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menyempurnakan dua percubaan pada minit ke ke-36 dan 53 sebelum Muhammad Haziq Shamsul menutup tirai jaringan pada minit ke-57.

Walaupun meraih kemenangan mudah namun Beng Hai anggap anak didiknya mampu memberikan keputusan yang lebih baik.

"Memang pada awal perlawanan, mereka nampak sedikit tidak teratur terutama di kawasan 25m dan D kerana selalu terlepas bola," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati kerana dapat mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan dan yakin dapat menampilkan prestasi yang baik jika dapat mengekalkan momentum pada perlawanan seterusnya.

Malaysia akan menentang Oman, Isnin ini sebelum melengkapkan jadual kumpulan dengan menentang Singapura pada hari berikutnya.

Kumpulan B terdiri daripada Jepun, Bangladesh, Poland dan Mexico.

Kejohanan Liga Hoki Dunia ini adalah antara kejohanan pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Tiga pasukan teratas di sini akan mara ke peringkat separuh akhir di Belgium dan Argentina, Jun ini.

Mengikut format kelayakan ke Sukan Olimpik 2016, pasukan tuan rumah akan layak secara automatik diikuti lima juara benua dan enam pasukan teratas Liga Hoki Dunia.


KEPUTUSAN : -

Kumpulan A:
MALAYSIA mn Ukraine 5-1
Oman mn Singapura 3-2

Kumpulan B:
Poland mn Mexico 6-0
Jepun mn Bangladesh 5-1.
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live