Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live

ADA LAGI? BUKA TUDUNG UNTUK KERJA : APA PENJELASAN ADIDAS?

$
0
0



BULAN lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan isu anak penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor diminta untuk membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di premis Hamleys Malaysia yang terletak di pusat beli belah 1 Utama.




Terbaharu, juga di pusat beli-belah sama, seorang gadis bernama Fatin Diana meluahkan rasa kesalnya menerusi akaun Facebook kerana turut dikenakan syarat yang serupa, kali ini di premis perniagaan barangan sukan Adidas apabila bertanyakan kerja kosong di Adidas One Utama. 

Namun jawapan yang tidak disangka olehnya apabila dikatakan pihak Adidas One Utama meletakkan syarat perlu membuang tudung mereka akan ambil beliau bekerja. Nampaknya banyak lagi pihak kedai yang tidak serik dengan keadaan ini. 

Kita sebuah negara majmuk yang sepatutnya tidak melakukan diskriminasi dalam hal ini kerana kedai tersebut adalah kedai kasut bukannya pusat karaoke ataupun kelab malam.

Sejujurnya, penulis tidak faham apa masalahnya jika mengambil pekerja bertudung sedangkan premis ini turut dikunjungi oleh orang Islam.

Apapun, jika sahih dakwaan gadis ini, kita tunggu apa pula penjelasan pihak Adidas mengenai perkara ini.

VIDEO : Staff KFC Bergaduh Kini Viralll!!

$
0
0


Pergh......ganas beb. Siap "flying kick" lagi. Video yang berdurasi selama 37 saat dipercayai telah dirakam oleh salah seorang pelanggan yang berkunjung di premis berkenaan.

Didalam video tersebut kelihatan seorang staf perempuan mengeluarkan kata-kata kesat kepada salah seorang staf yang berada disebalik dinding di bahagian dapur premis tersebut.


Selain itu terdapat juga adegan sepak menyepak berlaku dimana seorang staff lelaki dilihat memberi aksi 'flying kick'.


Di laman sosial pula, orang ramai mempersoalkan etika di tempat kerja staf-staf berkenaan yang dikatakan tidak professional kerana bertindak sedemikian dihadapan pelanggan.



Berikutan penyebaran satu video yang memaparkan aksi pergaduhan staff KFC di dalam premisnya baru-baru ini, pihak KFC telah tampil meminta maaf atas insiden terbabit.

Menurut dari kenyataan maaf yang dimuat naik melalui laman Facebook rasmi KFC Malaysia itu, kejadian berlaku di KFC Jalan Raja Laut dan pihak KFC turut menyatakan kekesalan keatas insiden.

Menurut penyiasatan awal dari pihak KFC sendiri, insiden yang berlaku di antara dua adik beradik itu berpunca dari hal peribadi.

PANASSS!!! TMJ Bagi "Last Warning" Pada Sebuah Akhbar Tabloid!!!

$
0
0


“Ini merupakan amaran saya yang terakhir kepada pihak media di mana saya akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada lagi laporan yang memutarbelitkan kenyataan saya,” titah baginda.

“Saya terima keputusan berikut tetapi tidak semestinya saya bersetuju atau hormati keputusan yang diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”


Demikian tegas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung keputusan FAM berkenaan isu membabitkan pemain baharu Johor Darul Takzim (JDT), Gary Steven Robbat.

Justeru, baginda menyelar laporan sebuah akhbar tabloid tempatan kononnya baginda menghormati keputusan FAM mengenakan denda RM100,000 ke atas Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan RM50,000 ke atas Gary.

“Inilah mengapa perlunya kami (PBNJ) mempunyai laman sosial dan laman web rasmi yang diuruskan secara profesional, agar tidak ada media cetak mahupun elektronik boleh memutarbelitkan sebarang kenyataan saya.

“Saya terima keputusan berikut (status Gary) tetapi tidak semestinya saya bersetuju atau hormati keputusan diambil FAM berkenaan isu berkaitan seperti yang telah dilaporkan,” titah baginda dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.

Tegas Tunku Ismail, baginda berpandangan laporan akhbar itu tidak bertanggungjawab dan beretika kerana tidak merujuk kepada baginda terlebih dahulu.

Tunku Ismail menambah, tanggungjawab media adalah menyebarkan laporan tepat berdasarkan kajian dan fakta yang menyeluruh bukan sekadar mencipta cerita berunsur gosip semata-mata untuk mendapatkan rating yang tinggi. 

-MYNEWSHUB.CC

Anwar Semakin Nazak? Dah Buang Tabiat?

$
0
0


Politik.. oh.. politik.. semalam musuh, esok dan lusa belum tentu bermusuh... Apa motif Bang Non dengan tindakan terbaru ini?

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.


Ketua pembangkang itu bagaimanapun mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional ketika menjalankan tugasan itu.


"Jika mereka tanyakan saya, saya akan bekerjasama, tiada masalah. Itu tanggungjawab saya membantu siasatan. Tapi mereka perlu bersikap profesional," katanya selepas dialog bersama belia Selangor, di Petaling Jaya hari ini.


Beliau berkata mempunyai "bukti" penyalahgunaan kuasa Daim namun berkata ianya disembunyikan. Anwar tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata SPRM tidak seharusnya hanya menyasarkan kepada siasatan perniagaan perbankan Daim semata-mata.


Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Africa dan Eropah Timur menggunakan proksi.


Tiga hari lalu, Daim menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan SPRM, namun menolak campur tangan kumpulan pengkritik.


Dalam kenyataannya, Daim berkata, beliau yakin SPRM mampu menggalas tanggungjawab itu.


Daim sebelum ini dilaporkan mempunyai sebuah bank di Tanzania namun menafikan salah guna kuasa.


Beliau turut dilaporkan pernah disiasat dua kali berhubung perkara itu pada 1999, dan tiada kesalahan yang ditemui lapor The Malaysian Insider.

Hmm....nampaknya permusuhan antara Anwar dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir akan terus dibawa sampai ke mati. Serangan ke atas Tun Daim ini yang merupakan antara pemimpin paling dipercayai Tun M sudah pasti akan memberi tempias kepada beliau. Persoalannya, mengapa Anwar sanggup "menyebelahi" kerajaan pada ketika Tun M dan Tun Daim menyerang bertubi-tubi kepimpinan DS Najib pada ketika ini?

HINA ISLAM : Isteri Blogger Akui Terkejut!!!

$
0
0



Isteri kepada seorang blogger Arab Saudi yang didapati bersalah kerana menghina Islam berasa amat terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atas suaminya, Raif Badawi.

Blogger tersebut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan seribu sebatan pada Mei lalu kerana mengkritik ulama Arab Saudi dan menghina polis negara itu.


Ensaf Haider yang kini tinggal di Kanada bersama tiga orang anaknya bagaimanapun menegaskan, hukuman berkenaan tidak akan memutuskan semangat suaminya yang menjadi pengasas blog liberal.


Selain penjara dan sebatan, Raif turut diarah membayar denda satu juta Riyal atau bersamaan kira-kira RM930,000.



“Perkara paling sukar bukanlah berada di sebuah negara asing, tetapi keadaan anak-anak saya yang terpaksa hidup tanpa bapa mereka.


“Saya terkejut apabila Arab Saudi mengutuk tindakan ISIS, tetapi mereka sendiri menjatuhkan hukuman penyeksaan ke atas rakyatnya sendiri. Mereka boleh lakukan apa saja ke atas Raif namun ia tidak akan menghapuskan semangatnya,” katanya.


Semalam, pihak berkuasa Arab Saudi menangguhkan pusingan kedua hukuman sebatan ke atas Raif.


Ia susulan laporan doktor yang menyatakan luka akibat 50 sebatan pertama masih belum pulih.


Hukuman sebat itu perlu dilaksanakan selama 20 minggu dengan 50 sebatan setiap sesi.


Jabatan Amerika Syarikat dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah meminta pihak berkuasa Arab Saudi supaya membatalkan hukuman itu namun ia tidak diendahkan - ABN News

GST : Ustaz PAS Kantoi Fitnah Ulama, Perli Nik Aziz!!!

$
0
0


Inilah yang selalu terjadi di kebanyakkan dunia Islam bila seseorang yang bukan ahli bercakap sesuka hati menfatwakan itu haram ini tak betul semuanya salah tanpa lihat pada keseluruhan konteks.

Ada kalangan mereka sesuka hati menfatwakan Islam mengharamkan GST atas alasan pada zaman Rasulullah s.a.w tidak ada GST, tidak ada cukai barangan dan jualan.

Mereka juga berhujah zaman Rasulullah s.a.w cukai tidak dikenakan ke atas umat Islam, yang dikenakan cuma zakat fitrah.

Manakala jizyah atau cukai dikenakan keatas rakyat bukan Islam kerana mendapat perlindungan dari kerajaan baginda.


Percukaian zaman selepas Rasulullah s.a.w

Pada zaman kekhalifahan cukai jizyah diperluaskan ke wilayah-wilayah Islam yang baru dibuka seperti tanah-tanah Empayar Byzantine dan Sassanid milik orang-orang atau rakyat bukan Islam sebagai syarat mereka menerima perlindungan dari pemerintahan Islam.

Begitu juga kharaj iaitu cukai atau duti yang dikenakan ke atas rakyat bukan Islam diperkenalkan apabila sesebuah negara ditakluk oleh tentera Islam samada dalam peperangan atau perjanjian damai sebagai syarat mereka tunduk menyerah dan menerima kedaulatan pemerintahan Islam. 

Kharaj tidak pun disebut di dalam Al Quran dan Hadis tetapi ia diadakan hasil kesepakatan para ulama, pentadbir dan pakar-pakar ekonomi Islam dizaman silam.

Di dalam undang-undang syariah, kharaj adalah cukai ke atas tanah-tanah pertanian yang dicipta berdasarkan adat dan tradisi dalam masyarakat Islam sesuatu tempat atau dikenali sebagai urf. 

Jadi adakah umat Islam melakukan bida'ah dengan mengada-adakan cukai yang tidak pernah diadakan zaman Rasulullah s.a.w? 

Hasil-hasil dari kharaj, zakat, sedekah dan sebagainya disimpan, ditadbir dan diagih-agihkan secara saksama oleh Baitulmal atau di zaman moden ia setaraf dengan Perbendaharaan atau Treasury.



GST tak perlu...boleh pinjam bank asing?

Jika tanpa wang kutipan GST dimanakah lagi sumber kewangan kerajaan di masa hadapan setelah SST dimansuhkan? Tambahan lagi hasil negara kini semakin susut apabila harga minyak semakin turun menyebabkan pendapatan negara semakin berkurangan.

Adakah para ostad ini suruh kerajaan meminjam dari negara asing...kononnya pinjam dari negara-negara Arab-Islam yang tak mengenakan sebarang faedah kononnya mereka menolak riba...

Siapa kata, siapa nak bayar gaji staff bank-bank mereka?....Berniaga mesti nak untung!

Meminjam dan berhutang dari negara-negara asing banyak mudaratnya wahai ostad-ostad kerana ia melemahkan kedaulatan kita. 

Adakah para ostad ini menyuruh kerajaan memaksimakan hasil dalam negara untuk menambah pendapatan negara. 

Nak suruh tebang balak berekar-ekar, jual tanah balak, pasir dan air pada warga negara asing atau tokey-tokey sepet?

Jika itulah pemikiran singkat ostad-ostad ini nampaknya itulah yang terjadi di Kedah yang dahulunya diperintah oleh ostad-ostad yang bukan pakar ekonomi. 

Sama seperti yang berlaku di Kelantan akibat gila menarah hutan dan bukit, bila banjir besar habis semua kena sapu dek tsunami lumpur dan balak. 

Sepatutnya ostad-ostad ini belajar habis-habis dahulu dari pakar-pakar ekonomi Islam yang mempunyai ilmu tentang perekonomian dan percukaian sebelum bercakap.


Cukai arak boleh pulak ye?

Di kala negara aman masa inilah hasil percukaian amat penting digunakan untuk membina kekuatan ketenteraan sebagai persediaan menjaga keselamatan dari ancaman musuh-musuh yang kita tahu atau tidak kita ketahui.

Hasil dari percukaian itulah juga akan digunakan apabila keadaan memerlukan seperti menghadapi bencana alam seperti banjir, kemarau, kerosakan tanaman dan sebagainya.

Kalau duit negara dah tak ada adakah para Ostad-Ostad ini suruh kita meminta sedekah melalui tabung-tabung tin milo dan mengharapkan ihsan dari negara-negara lain? 

Itulah bila tak faham jangan memandai-mandai keluarkan pendapat, belajar dan tanya dulu jika tidak nanti keadaan menjadi lebih buruk. Akhirnya kita ditertawakan kerana kejahilan kita.


Bagi Lagi Pencerahan GST DISINI

AMEKKAU!!! Blogger Pro PR Dipenjara 2 Tahun!!!

$
0
0


Penulis blog, Milosuam, atau nama penuhnya Yusuf Al-Siddique Suratman dijatuhkan hukuman dua tahun penjara, hukuman maksimum kepada individu yang didapati bersalah di bawah Seksyen 505 Kanun Kesiksaan.


Pada 2013, Yusuf memuat naik dua posting, satu daripadanya dokumen yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi mengenai pencerobohan militan Sulu di Sabah, dan satu lagi mengenai pasukan polis membuang undi awal.

Namun, dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Lawyers for Liberty berkata, mahkamah membenarkan hukuman itu tidak dijalankan sementara rayuan kes itu dibuat.

“Milosuam didakwa di Kota Kinabalu walaupun dia berpangkalan di Selangor/Kuala Lumpur. Dia ditahan di Kuala Lumpur pada Mei 2013 dan tidak pernah menjejakkan kaki di Kota Kinabalu ketika posting itu dibuat.

“Perbicaraannya di Kota Kinabalu dikutuk sebagai diadakan secara sewenang-wenangnya dan ia tidak perlu,” tulis Lawyers for Liberty.

Seksyen 505 Kanun Kesiksaan adalah hukuman menyebabkan gangguan awam.

Di bawah seksyen itu, sesiapa yang menyebabkan, menyiarkan atau menyebarkan kenyataan, khabar angin dengan niat untuk menyebabkan atau akan menyebabkan gangguan awam antara pasukan bersenjata atau orang awam boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Yusuf menyiarkan sepucuk surat yang diedarkan kepada ketua polis daerah berkenaan tindakan keselamatan ketika pencerobohan militan.

Dia turut mendakwa pasukan polis membuang undi awal, yang dinafikan oleh pihak polis walaupun terdapat kemungkinan sebahagian anggota polis membuat undi pos. (SUMBER)

JURUTERA TERLAMPAU!!! Rakyat Malaysia Akui Cabul 31 Mangsa Di Singapura!!!

$
0
0


SINGAPURA: Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun dalam tempoh tiga tahun.
Kes ini dianggap jenayah seks paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki.

Yap Weng Wah berkawan dengan kanak-kanak lelaki berkenaan di Facebook menggunakan identiti yang berbeza dan mula berbual-bual dengan mereka di laman sosial itu sebelum memujuk mereka untuk berjumpa dengannya.

Antara November 2009 dan Jun 2012, dia memujuk 30 kanak-kanak lelaki untuk mengadakan hubungan seks dengannya di beberapa lokasi seperti rumah pangsa sewaannya, tandas awam di pusat beli-belah, kompleks renang, bilik hotel dan taman awam.

Yap juga merakamkan perbuatan itu di telefon bimbitnya.

Dia kemudian menyimpan rakaman tersebut di dalam komputer ribanya dengan teliti seperti meletakkan dalam ruang khas yang merekodkan nama, umur dan tahun dia mengenali kanak-kanak itu.

Selepas mengadakan hubungan seks kali pertama dengan Yap, sebahagian daripada mangsa terus berjumpa dengannya dan melibatkan diri dengan perbuatan tidak bermoral itu.

Ia berterusan sama ada mereka sememangnya selesa berkawan dengan Yap mahupun kerana bimbang rakaman aksi mereka akan disebarkan.

Bagi seorang lagi mangsa, Yap meminta kanak-kanak berusia 12 tahun untuk menghantar video melakukan perbuatan lucah kepadanya.

Pegawai polis yang menyerbu rumahnya selepas salah seorang mangsa membuat laporan menemui lebih 2,000 klip video dalam komputer ribanya.

Jumaat lalu, Yap mengaku bersalah di mahkamah terhadap 12 tuduhan kesalahan seksual.

Yap bekerja di Singapura sejak 2009.

Peguamnya, Daniel Koh berkata anak guamnya itu mengaku pernah mengadakan hubungan seksual selama sembilan bulan bersama guru lelakinya ketika berusia 12 tahun. - The Straits Times/ANN

TRAGEDI : Anak Polis Maut Jatuh Dari Tingkat 6

$
0
0


Seorang remaja lelaki yang juga anak anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat enam kuarters Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Padang Tembak, Air Itam, 1.15 petang semalam. 
Mangsa, Mohd Hizri Jaafar, 18, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut lima minit sebelum ambulan tiba di lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. "Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi. 

-Metro

KISAH BENAR : Pendedahan Penjawat Awam Mangsa Cubaan Rogol!!

$
0
0


Baru-baru ini telah viral satu kes jenayah kejam dimana seorang staff kerajaan di Putrajaya yang dipukul oleh objek keras sehingga berlumuran darah. Beberapa individu mendakwa suspek juga cuba untuk merogol mangsa tersebut.

Melalui kiriman dari salah seorang rakan pejabat mangsa yang dikenali sebagai Mai (Umaira), beliau menceritakan kepada bagaimana punca kejadian mengikut kronologi yang wajib anda tahu agar ianya dapat dijadikan iktibar kepada wanita-wanita di luar sana.




Berhati-hatilah. Syaitan Bertopengkan Manusia ada di mana-mana. Elakkan berada dalam situasi yang boleh mengundang bahaya baik lelaki mahupun wanita.

STATUS SEMASA EKONOMI NEGARA : Perutusan Khas YAB Perdana Menteri

$
0
0



Umumnya penjawat awam dan rakyat Malaysia menantikan apa yang bakal diumumkan oleh YAB Perdana Menteri berikutan perkembangan terkini ekonomi dan pembangunan negara.

Semoga ucapan YAB Perdana Menteri mampu memberi ransangan kepada pertumbuhan ekonomi Negara yang dijangka lembab bagi fasa terakhir Wawasan 2020.

Antara intipati dalam Perutusan Khas ini, YAB Perdana Menteri menyatakan;

Di sini dapat dirumuskan 6 perkara sebagai 'key take-away points' daripada perutusan khas sebentar tadi:

(1) Kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti tahun-tahun 1997 dan 1998 bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan

(2) Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian (adjustment) berikutan faktor luaran di luar kawalan

(3) Akaun semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit

(4) Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit walaupun mengalami penyesuaian ketika ini akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh, Insya-Allah

(5) Perbelanjaan Pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan. Ini termasuklah projek2 bersifat "people economy" yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan; infrastruktur pengangkutan. Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT3 dan High Speed Rail Kuala Lumpur Singapura akan tetap diteruskan

Pada bulan Mei nanti, saya akan bentang RMK11 bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020

(6) Perbelanjaan Mengurus dijangka dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar2 diperlukan sahaja.



PERUTUSAN PENUH YAB PERDANA MENTERI

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

(Mukadimah)

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8. Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro.

66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69. Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70. Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71. Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

VIDEO : Adik "Istimewa" Ainaa Amanda Teruja Dengan "Tangan Baru"

$
0
0


Rasanya semua kenal dengan kanak-kanak istimewa yang bernama Ainaa Amanda. Video kanak-kanak yang dilahirkan tanpa telapak kanan ini telah viral di media sosial baru-baru ini. Melalui video tersebut Ainaa yang berpakaian seragam sekolah sedang petah berbual-bual dengan ibunya. 



Rezeki itu memang luas dan begitu juga dengan rezeki Ainaa Amanda. Seorang hamba Allah yang telah menonton video terbabit telah menghadiahkan tangan mekanikal kepada Ainaa Amanda.

Ainaa begitu teruja dengan hadiah tersebut dan beliau berkata tidak sabar untuk ke sekolah. Ibu kepada Ainaa bersyukur dengan pemberian ini.

Menurut penderma tangan mekanikal ini, beliau menyiapkan tangan ini dalam masa dua hari dengan bantuan seorang rakan. Beliau rasa terpanggil untuk membantu adik Ainaa setelah melihat video tersebut di laman sosial.

Ainaa kelihatan begitu teruja dengan tangan mekanikal tersebut.

Marilah kita sama-sama doakan semoga adik Ainaa insan istimewa ini berjaya dalam apa juga bidang yang akan diceburi di masa-masa akan datang. 

(SUMBER)



" width="450">

" width="450">

" width="450">

ASTRO : Lagi Perkongsian KISAH BENAR!!!

$
0
0


Assalamualaikum wbt

Peringatan: Entri ini bukan sebab mahu ajak pulaukan atau berbau sentimen membenci Astro apatah lagi usaha sabotaj.

Ianya hanya entri peribadi.

Sejak ogos 2014, berakhirlah kisah cinta keluarga saya dengan Astro. Dulu, suka dan duka di lalui. Walaupun Astro hanya setia ketika langit cerah, itu tidak mematahkan semangat kami nak bayar yuran langganan tiap-tiap bulan. Walaupun mendung kejap sahaja Astro sudah merajuk, kami tetap pujuk.


Sudah beberapa kali juga Astro menaikkan yuran, kami masih menagih khidmatnya. Kalau ikutkan, bukanlah banyak sangat kami langgan. Basic package tambah pulak dengan sukan. Tapi kalau mahu sukan kena la juga beli pakej kecik lain, jadi mahu tidak mahu kami beli la yang ada National Geographic dan History itu.

Jadi, kenapa pulak ditutup ini?

Sebenarnya, kami ini bukan banyak sangat masa nak tengok TV. Serius. Walaupun saya ini duduk rumah tangga hampir sepanjang masa, berita pun tidak sempat tengok tahu!

Kadang-kadang bukak hanya mahu bagi ada suara jadi tidak la macam duduk dalam gua. Apa yang TV itu membebel pun kita bukan ambil kisah.

Banyak lagi benda lain nak buat. Masak, cuci baju, sidai baju, masak lagi, cuci pinggan, sapu umah, layan customer Shaklee, siram pokok, layan lagi customer yang sama, mandikan anak, layan customer yang sama lagi sekali, update blog (eh?) dan macam-macam lagi tahu.

Mana sempat layan sinetron. Apatah lagi drama Korea k-pop meletop, bahkan muka hensem hero pun saya tidak kenal.

Sudahnya, anak pertama dan kedua yang selalu buka. Sudah buka itu tiada channel lain lah,

611

bukak mata 611
gosok gigi 611
makan sarapan 611
nak tido tengahari 611
lunch 611

Mujur juga tidak pasang TV di toilet. Kalau tidak sambil melepas hajat pun 611. Waktu itu pula mengandungkan yang ketiga. Jadi dengan rasa kelibut dan rimas dan semput, kalau nak bagi mereka diam memang senangnya buka 611.

Ini memang salah.
Salah yang teramatnya!

Nasib baik benda ini berlaku agak tidak lama (8 bulan kamu kata tidak lama Salwa?) Saya menjadi insaf dan rasa mereka terpengaruh dengan kartun dan tidak patut asyik tengok kartun sahaja.

Dengan penuh tekad dan semangat, saya pun berbincang dan suami pun setuju. Dia lagi jarang di rumah cuma dia concern la juga kalau ada game bola macam mana?

Saya jawab; “macam itu laaa”

So, deal. TUTUP ASTRO

Mula-mula itu takut la juga mereka tidak dapat terima hakikat sudah NO more 611. Tapi, secara jujurnya, kita yang control anak kita. Mereka boleh sahaja dengar cakap. Cakap sahaja elok-elok. Mula-mula sahaja mereka pelik dan agak mengamuk tapi selepas tu OK sahaja. Alhamdulillah.

Keypoint nya, cakap elok-elok dan terangkan sebab apa.
Itu sahaja. Lepas itu doa la supaya anak-anak itu dengar cakap

Sampai sekarang sudah hampir 5 bulan ini pun tidak mintak 611. Best gila

Apa kami buat dengan duit yang sepatutnya dibayar ke Astro itu?
Kami belikan insurans dan medical card untuk anak ketiga.
Top up sedikit sahaja

JAUH lebih menguntungkan dan dapat perlindungan lagi
Siap ada simpanan untuk education

Jadi, siapa kata perlu sangat bergantung kepada Astro dan TV?

Lagipun, pihak Astro menawarkan kami dengan Njoi.
Free. Tidak ada bayar apa pun sebab kami sudah ada decoder katanya


Barang free kan, siapa mahu tolak
Dapat la juga tengok TV1, TV2, TV3, Prima, Oasis, 501, TV Hijrah, TV9, NTV7 dan beberapa channel lain. Ok apa…

Kurang Ajar!!! Nik Aziz Belum..... Tapi Ulama Jadian PAS Bersukaria!!!

$
0
0


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang ini.

“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.

“Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” kata anaknya Nik Abduh.

Menulis di Facebook sebentar tadi, Nik Abduh meminta orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya.

Beliau akan memaklumkan perkembangan berkaitan daripada masa ke semasa.

“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

“Doakan semoga ayahanda kembali sihat,” tulis Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Semalam uzur biasa

Nik Abduh semalam berkata ayahnya yang juga bekas menteri besar Kelantan cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit baru-baru ini.

Walaupun keletihan, menurut Nik Abduh lagi, ayahnya berada di rumah dengan aktiviti biasa, termasuk berjalan, membaca dan rehat.


KEWUJUDAN PasMa

Kewujudkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memaksa PAS untuk memutuskan sama ada parti Islam itu mahu kekal atau meninggalkan Pakatan Rakyat, kata presiden NGO itu Datuk Phahrolrazi Zawawi.


Phahrolrazi berkata PAS perlu memutuskan perkara itu segera dan tidak boleh kekal “tidak bergerak” kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU) semakin menghampiri.

Bekas exco kerajaan Kedah itu berkata, muktamar pemilihan PAS akan berlangsung pada Jun ini dan tumpuan tentunya sama ada perwakilan akan memutuskan berkaitan kedudukan parti itu dalam Pakatan.

Perkara itu juga, katanya, antara sebab kenapa PAS kelihatan berhati-hati terhadap anggota PasMa, kerana NGO itu “teguh” berdiri di belakang Pakatan.

Ditanya sama ada PAS rasa terancam dengan kehadiran PasMa, Phahrolrazi membalas:

“Ia hanya nampak begitu di peringkat jawatankuasa pusat, bukan di peringkat negeri”.

Katanya, PasMa bergerak dengan baik di peringkat negeri dan telah membentuk sekretariat di banyak negeri.

“Malah penyokong kami di luar negara, seperti mahasiswa di United Kingdom, bertanya sama ada PasMa akan ditubuhkan di tempat mereka,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Alor Setar semalam.

“Kami kuasa ketiga, jika ada keperluan untuk kami sokong Pakatan Rakyat semasa pilihan raya, kami akan lakukannya.

"Jika ada yang kurang, kami akan melengkapkannya,” tegasnya.

Landasan salur kritikan

PasMa ditubuhkan pada 10 Ogos tahun lalu di tengah-tengah krisis menteri besar Selangor yang menyaksikan PAS menolak calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Krisis itu membawa kepada penggantungan dua wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan terbuka terhadap pilihan PKR dan DAP itu untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (bawah) dengan Azizah.

Bagaimanapun, selepas ketegangan hampir dua bulan, sultan Selangor akhirnya memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, orang nombor dua selepas Azizah dalam parti itu, sebagai menteri besar.

Phahrolrazi menjelaskan isu itu dan peranan PAS sentiasa menjadi tajuk paling hangat dibincangkan dalam forum dan pertemuan anjuran mereka.

“Ia menjadi sebab kenapa PasMa jadi popular.

“Ia juga jadi landasan untuk anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat mengkritik kepimpinan PAS,” katanya.


Sejarah Awal PAS

Seawal penubuhannya, Pas dicadangkan dengan nama Persatuan Ulama, tetapi dengan beberapa perkiraan dan bacaan 'tawaqqu' pada waktu itu, akhirnya Pas dikenali sebagai Persatuan Islam yang mengandungi Dewan Ulama yang bertindak sebagai 'pengawal selia' Pas supaya tidak lari dari dasar Islam yang diperjuangkan.


1982, berlaku era kepimpinan ulama, maka ramailah para lulusan pengajian Islam menyertai kepimpinan Pas dipelbagai peringkat, kerana ingin dilihat sebagai 'ulama' samaada secara sedar atau tidak.

Gelaran 'Ustaz' (tiada masaalah untuk digunakan, cuma dengan waqi Malaysia, Ustaz dirujuk kepada lulusan pengajian Islam @ agamawan) telah diswastakan dan digunakan dengan meluas dalam masyarakat Pas, asal jadi pimpinan, pakai jubah dan serban terus dipanggil Ustaz (lebih parah lagi, ada yang naik pangkat dipangggil Tuan Guru pulak)...

Budaya menyamar ini makin bertambah parah apabila permintaan ulama dalam Pas melebihi penawaran apabila Ulama diturunkan keperingkat kawasan, maka lahirlah banyak ulama-ulama segera yang akan menghadiri Muktamar Ulama sebagai perwakilan yang akhirnya membuat keputusan "Ulama bersetuju sebulat surat" sedangkan ada di kalangan perwakilan itu hanya pemakai jubah dan penyamar ulama sahaja.

Lebih parah lagi, apabila ada di kalangan para pelakon Ulama ini mula memengang "tongkat" dan "perasan" ulama mula mengeluarkan pelbagai fatwa, lalu "mereka sesat dan menyesatkan".

Kalau tidak diusahakan untuk menyedarkan ummat tentang bahaya golongan ini (dalam istilah hadith disebut Luka' bin Luka') yang makin ramai dalam Pas, maka ajal PAS akan datang dengan kedurjanaan dan lakonan para "Ulama" jadian dan Luka' bin Luka' - Ust Ridzwan Abu Bakar

MELAMPAU!!!! Erra Fazira Mengamuk Gambar Dan Tubuh Dipergunakan!!!

$
0
0


Memang tak patut, melampau dan kurang ajar. Kalau penulis di tempat Erra pun, pasti melenting punya kalau gambar dan tubuh kita digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan semata-mata.

Dalam perkembangan terkini, khabarnya Erra Fazira menjadi mangsa terbaru dari penjual online apabila mereka menggunakan wajah, gambar dan nama Erra Fazira untuk melariskan barang jualan.

Dari iklan yang dipaparkan, Erra Fazira dikatakn hilang hampir 15 kg apabila menggunakan produk mereka.

Apalagi mestilah Erra Fazira mengamuk sakan apabila mengetahui perkara tersebut.

Ini komen Erra Fazira:

“THIS IS TOO MUCH. MASYAALLAH.

Macam tak tahu undang2 negara dan etika bekerja!!
Bangsa dan ugama apa sekalipun tentu ada dosa pahala.. Membuat PEMBOHONGAN SECARA TERANG2AN begini.. tidak takut undang2.. tidak mustahil mereka tidak takut untuk meletak bahan2 TERLARANG DIDALAMNYA. 

Tolong jangan sokong mereka yg tidak btanggungjwb ini!
Pandai mereka cipta cerita.. berani letak gambar.. mereka berani menipu secara terbuka. Bayangkanlah org yg bagaimana mereka ini.. HATI2 DGN PRODUK INI!”







PANASSS!!! Mustafa Ali Bidas DAP, Belasah Tokong Guan Eng!!!

$
0
0


Tatkala segala tumpuan penyokong dan pemerhati politik bertumpu kepada keadaan serta status kesihatan Nik Aziz ketika ini, namun SU Agung PAS Mustafa Ali mengambil pendekatan berbeza untuk menyerang kepimpinan DAP pusat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kesepakatan yang diwar-warkan kepada rakyat dan penyokong PR sebenarnya hanya retorik demi kepentingan politik peribadi semata-mata. Kita ikuti tulisan SU Agung PAS ini yang diterbitkan dalam portal rasmi PAS, Harakah Daily :



PERTAMANYA saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP kerana mengakui dan mengesahkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Premis perbincangan kita sebenarnya bukan isu demokrasi tetapi pendirian DAP yang tidak konsisten tentang polisi bersama. Ini kerana banyak lagi isu demokrasi yang belum selesai jika kita mahu bincangkan isu ini.

Sepanjang masa DAP menyatakan bahawa sebarang isu yang tidak termasuk dalam polisi bersama dan tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi Pakatan tidak boleh dilaksanakan. Isu kerajaan tempatan adalah contoh tentang sikap DAP yang tidak konsisten dalam hal ini.



Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan oleh kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.

Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara yang sama dikemukakan oleh Teresa Kok sewaktu menjadi Pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor.

Pendirian yang diambil oleh pimpinan PR dalam mesyuarat-mesyuaratnya dalam isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama oleh ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Pakatan di peringkat negeri.

Jelas tiada persetujuan dalam kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan. Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, kerana mereka ada majoriti dalam Dun Pulau Pinang.

Ini adalah gambaran daripada sikap arogan atau angkuh yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP apabila mereka memperolehi kuasa majoriti. Hal ini juga dimanisfestasi oleh pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS hatta PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.

Sifat arogan sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebahagian pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang.

Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin DAP supaya jangan meneruskan amalan dan sikap seperti ini kerana sikap angkuh dan arogan ini bercanggah dengan amalan dan semangat setiakawan dalam kerjasama ini. - HARAKAHDAILY 20/1/2015

Penulis ialah Setiausaha Agung PAS.

#QZ8501 : Kejadian Luar Biasa Sebelum Pesawat Hilang Dari Radar!!!

$
0
0


“Pada saat-saat akhir, pesawat itu menaikkan paras ketinggian penerbangannya pada kelajuan lebih tinggi daripada biasa malah ia tiba-tiba naik pada kelajuan lebih tinggi daripada had biasa, di luar kemampuannya dan kemudian ia terhenti,” kata Jonan.

Pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di perairan Laut Jawa pada bulan lalu, didapati menaikkan paras ketinggian penerbangannya pada kelajuan lebih tinggi daripada biasa, dan kemudian terhenti secara tiba-tiba.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan, mendedahkan demikian kepada para wartawan pada Selasa berdasarkan kepada maklumat radar yang menunjukkan terdapat beberapa lagi pesawat di kawasan tersebut pada ketika itu.

Sebelum QZ8501 hilang daripada pengesanan radar, juruterbang sempat meminta kebenaran agar paras ketinggian penerbangan dinaikkan untuk mengelak cuaca ribut, namun permintaannya itu tidak dibenarkan kerana lalu lintas udara yang sibuk ketika itu.

Sebelum ini, di sesi parlimen, beliau berkata maklumat radar menunjukkan pesawat itu, pada suatu masa, kelihatan menaikkan paras ketinggian penerbangan pada kadar 6,000 kaki (1,800 meter) dalam seminit sebelum terhempas.

“Saya rasa ia sesuatu yang jarang berlaku bagi jet pejuang menaikkan paras ketinggian kepada 6,000 kaki dalam seminit. Bagi sebuah pesawat komersil, menaikkan paras ketinggian kepada 1,000 atau 2,000 kaki dalam seminit sudah pun dianggap luar biasa, kerana ia tidak sepatutnya naik dengan begitu laju,” jelas Jonan.

Pasukan penyiasat Indonesia sebelum ini berkata mereka sedang menimbangkan sama ada kesilapan manusia atau masalah pada pesawat menyebabkan nahas udara itu. Mereka sudah pun menolak teori kemungkinan aktiviti pengganas sebagai punca nahas.

QZ8501 terhempas pada 28 Disember tahun lalu dengan membawa 162 penumpang dan kru, semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum ditemui tiga hari kemudian di Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah. – Agensi

CUEPACS : Jangan Sentuh Soal "Overtime"

$
0
0


PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar penjimatan sebanyak lebih RM5 Billion yang akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus tidak memberi kesan terhadap mereka yang mahu bekerja lebih masa. 

Presidennya, Datuk Azih Muda menjelaskan, penjawat awam yang bergaji rendah hanya bergantung kepada elaun bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan seharian yang semakin meningkat ketika ini. “CUEPACS minta supaya jangan sentuh soal ‘overtime’ walaupun RM5 Billion atau RM6 Billion sekalipun, jangan lah potong ‘overtime’. 

Biarkan yang pekerja gaji rendah ni laksanakan kerja-kerja lebih masa seperti biasa,”katanya. Tambah beliau, perkara ini secara tidak langsung ia dilihat dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. “Bila dia (penjawat awam) dapat elaun, dia akan belanja dan secara tak langsung dia akan dapat menyumbang dalam pasaran,”katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa langkah pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia.

Antaranya adalah penangguhan kenaikan kadar tarif elektrik, penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pemberian semula visa secara percuma kepada pelancong asing serta pengurangan harga bahan api.

VIDEO : PATUTKAH? Zamani Dibuli Menyanyi Dan Dirakam?

$
0
0


Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. 

Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis.

Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap.

Orang Ramai Bantah Polis Buli Zamani Dalam Lokap - ROTIKAYA

Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang.

Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius dan memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. 

Sumber- rtky

Sementara itu, Ketua Polis Negara dalam laman twitternya telah berjanji untuk menjalankan siasatan dan tindakan tegas akan diambil kepada anggotanya yang tidak bertanggungjawab tersebut.


Inilah Videonya.....

TERTEKAN : Giliran Zamani Maki Jurugambar!!!

$
0
0


Usaha mendapatkan perintah reman terhadap bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani atas dakwaan memiliki dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu bertukar kecoh apabila penyanyi tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar.

Kejadian itu berlaku sewaktu beberapa jurugambar merakam gambar suspek yang memakai baju hitam itu ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah reman selama empat hari bermula Rabu.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Pendaftar, Mohd. Rahbadar An-Nur Haslan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta yang sama.

Vokalis berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanitanya kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.2 gram dalam satu serbuan di rumahnya di Taman Keramat, tengah malam Selasa.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, hasil maklumat yang diperoleh.

Rakan wanitanya turut direman empat hari sehingga Sabtu ini di mahkamah sama.

Menurut sumber polis, dalam soal siasat awal, penyanyi tersebut mendakwa telah terbabit dalam gejala penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu.
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live