Quantcast
Channel: Belia Bangkit
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live

PANASSS!!!! Anak Sirul Azhar Bakal Dedah Rahsia Besar?

$
0
0


Dengan tidak semena-mena telah wujud akaun FB : Shuk Sz yang mendakwa beliau adalah ANAK KOPERAL SIRUL AZHAR yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana disabitkan membunuh model model Mongolia, Altantuya Sharibu.

Agak menarik juga kerana, daripada kenyataan yang dikeluarkan itu, 'budak' berusia 16 tahun itu tahu serba-serbi tentang perjalanan kes, tetapi tidak ada satu pun kenyataan atau keterangan ketika proses perbicaraan pun melibatkannya mahupun dipanggil untuk menjadi saksi oleh pihak peguambela yang diupah oleh pesalah.

Malah dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga, kenyataan bahawa 'ada isu yang kalau dibongkarkan boleh menjahanamkan Malaysia', juga langsung tidak disebut.

Dan lebih menarik lagi ialah, anak Sirul yang berusia 16 tahun itu dijaga oleh neneknya!

Bagaikan mendapat satu 'kekuatan', para pencacai Pakatan Rakyat sedang menviralkan sesuatu yang secara jelas sebenarnya menunjukkan kecetekan akal fikiran mereka dan sikap terburu-buru mereka untuk melakukan penipuan.

BODO DOK ADA...... 





INGAT SEMUA ORANG BODOH KE NAK TERIMA CERITA terbaru yang macai-macai dok sebarkan? Elok juga pihak polis siasat siapa yang menyebarkan cerita-cerita mengarut begini supaya rakyat tidak terus diperbodoh-bodohkan.

Kes ini bukan semalam baru berlaku, bukan kelmarin baru dibicarakan. Dah lama dah!! Kalau blogger PR, Milosuam boleh dikenakan penjara 2 tahun kerana menimbulkan keadaan huru-hara kepada masyarakat awam berhubung kes Pencerobohan Lahad Datu, kes ini pun sepatutnya boleh diambil tindakan yang sama!! 

VIDEO : PANASS!!! Pendedahan Kes Pembunuhan Altantuya Sharibu!!!

$
0
0


Pelbagai versi yang kita dengari. Pelbagai cerita dan kisah kita disajikan.

Dua video dibawah menceritakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu yang mengaitkan Perdana Menteri dan peranan Anwar Ibrahim dalam isu yang menggemparkan negara ini. Benarkah apa yang dimomokkan selama ini berkaitan kes tersebut?
Sebelum menonton, anda dinasihatkan berlapang dada, bersihkan minda....



#VIDEOZAMANI : Polis Telah Kenalpasti Anggota Terlibat!!!!

$
0
0


SERI KEMBANGAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor hari ini telah mengenalpasti anggota polis yang terlibat dan bertanggungjawab dalam merakam gambar serta menyebarkan video bekas penyanyi yang popular pada 1990-an ekoran dadah pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memaklumkan siasatan akan diteruskan bagi mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang turut terlibat dalam menyebarkan video terbabit.



Siasatan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu akan dilengkapkan secepat mungkin untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya.

Menurut Abdul Samah, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan Standard Operasi Prosedur (SOP) juga sedang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kontinjen Selangor.

Beliau turut memberi jaminan siasatan telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa pun.

Tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.

Semalam media sosial digemparkan dengan penyebaran video berdurasi 1 minit 23 saat menunjukkan vokalis terbabit duduk dalam keadaan bergari dan dipaksa menyanyi dalam balai polis ketika sedang dalam tahanan.





Video itu mula menjadi viral pada semalam dan mendapat kritikan negatif daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkan perkara itu mengaibkan penyanyi berkenaan.

Penyanyi terbabit ditahan polis pada Rabu bersabit kesalahan memiliki dadah dan sudah direman selama empat hari bermula semalam.

PANASSS!!!! Pengakuan Adi Putra Yang Memesongkan Akidah?

$
0
0


Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah. 

Adi berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.



“Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.

“Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah,” ujarnya.

Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu. Katanya, babak-babak panas yang dilakonkan itu tidak semestinya bersentuhan sebaliknya lebih banyak menggunakan teknik kamera bagi mendapatkan kesan terbaik.



“Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.

“Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja,” ujarnya.

Sumber

Apa punya kenyataan daa..... Adi, elok ko pergi berguru atau belajar agama la. Jangan cuba menghalalkan sesuatu yang jelas hukumnya haram di sisi agama. Jangan rosakkan orang lain dengan kenyataan ko yang ntah apa-apa ni.

Ingatlah, dunia ni hanya sementara, jangan sesekali mempersenda hukum yang Allah dan tetapkan.

#VIDEOZAMANI : Artis Bersatu Kecam Tindakan Sebar Video Buli!!!!

$
0
0


PETALING JAYA: Para artis mengecam pihak polis khususnya individu yang merakam dan menyebarkan video penyanyi Zamani dipaksa menyanyi ketika ditahan bagi membantu siasatan kes dadah.

Satu hashtag yang dikenali #BantahTindakanPolisKpdZamani telah diperkenalkan dilaman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi meluahkan rasa ketidakpuasan hati akibat penyebaran video itu selain menganggap perbuatan berkenaan adalah biadab.

Antara artis yang meninggalkan pesanan dalam hastag berkenaan ialah Tomok sambil mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji akan mengambil tindakan tegas kepada pihak terbabit.

Pelakon Sharifah Sahora dalam hastag yang sama turut menegur polis yang disifatkannya mungkin telah kemaruk apabila menangkap seorang artis dan kemudian menyuruhnya menyanyi.

Turut sama melahirkan kekesalan mereka antaranya Datuk Aznil Nawawi, Haiza, Elfira Loy dan Taufik Batisah.



Sementara itu, pengurus kepada Zamani iaitu Johan Aziz mengesahkan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut.

Ketika pertemuan terakhir penyanyi Zamani Slam bersama pengurusnya, Johan Aziz itulah antara bait yang dilafazkan untuk kita semua di luar sini. Beliau sempat meminta maaf kepada pengurusnya itu selain menyampaikan salam buat semua.

“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.

Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Akibat penyebran video itu, Khalid Ibrahim berjanji untuk mengambil tindakan terhadap idividu terlibat merakam dan menyebarkan video itu.

SETUJU?? Khairy Syor Sistem Harimau Muda Dibubarkan!!! @KhairyKJ

$
0
0


“Apabila saya mulakan Harimau Muda semasa saya menjadi Timbalan Presiden FAM, hasrat saya ketika itu adalah untuk membangunkan satu pasukan junior tetapi bukan untuk perancangan jangka masa panjang,”

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membubarkan sistem pasukan Harimau Muda.

Khairy berkata persatuan bola sepak negeri secara hakikinya perlu diberi tanggungjawab dalam menggilap potensi pemain dan pembangunan bola sepak di negeri masing-masing.

Beliau yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden FAM itu berkata sistem Harimau Muda itu tidak sesuai diteruskan lagi untuk perancangan jangka masa panjang.

Beliau berkata cara yang terbaik adalah menghantar pemain-pemain muda ini bermain dengan negeri masing-masing dan biarkan persatuan negeri bertanggungjawab dalam menggilap pemain mereka.

“Liga Malaysia semakin baik. Kalau kita lihat ramai pihak swasta mahu menaja pasukan negeri, walaupun ramai pihak mempertikaikan tentang kualiti pemain saya rasa kualiti pemain kita semakin baik,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengumuman laluan perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015.

Khairy berkata semua pihak perlu memberikan kepercayaan kepada persatuan bola sepak negeri untuk membangunkan pemain-pemain mereka sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan. – BERNAMA

DAP LAKNATULLAH!! Azan Subuh Tidak Lagi Dibenarkan Di Penang??

$
0
0


Tersentak seketika Penulis apabila mendapat perkhabaran ini. Kita beralah apabila azan Subuh tidak boleh dilaungkan seperti biasa di negeri yang diperintah oleh kerajaan DAP laknatullah!!! Kalau dulu sembahyang jumaat dipertikaikan, kini azan Subuh pula tidak dibenarkan.

Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan orang bukan Islam berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam.

“Setelah diselidiki wakil pihak pengurusan masjid mengesahkan bahawa perkara itu terjadi ekoran aduan yang diterima oleh masyarakat bukan Islam di situ.

“Walhal, selama berpuluh tahun ini, seruan azan yang berkumandang dengan menggunakan pembesar suara dilakukan tanpa sebarang halangan di masjid tersebut termasuk di masjid-masjid seluruh negara,” katanya dalam satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Jelas surat yang bertarikh pada 20 Januari lalu, perkara itu amat mengecewakan serta mencemarkan martabat agama Islam sebagai agama persekutuan.

"Azan merupakan lambang utama dan ibadah kepada umat Islam. Seperti yang YDP sedia maklum, fungsi azan itu sendiri adalah untuk menyeru dan memanggil umat Islam menunaikan solat.

“Jika seruan azan itu tidak dilakukan, maka apakah fungsi azan itu dapat dicapai. Malah dalam agama Islam, telah disunatkan agar dikuatkan seruan azan supaya masyarakat sekitarnya dapat mendengar,” ujarnya - FMT

Tanggunglah kamu wahai rakyat Penang yang memuji, memuja dan mengagungkan Cina DAP laknatullah. Kamu pilih itulah yang kamu dapat. Semoga azab dan bencana yang bakal menimpa kamu tidak melibatkan kami di negeri lain.

Sesungguhnya azab Allah itu pedih dan pasti. Na'uzubillah.

BONGKAR!!! Rahsia Besar FB Anak Sirul Azhar Terjawab!!!!

$
0
0



Rasanya baru semalam penulis berkongsi posting (KLIK SINI) di FB oleh Shuk Sz, anak kepada Koperal Sirul Azhar yang ketika ini cuba diekstradisi balik ke Malaysia oleh PDRM. Seluruh rakyat menantikan posting beliau yang berjanji akan mendedahkan Rahsia Besar melibatkan ayahnya yang akan menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia. Dan penantian kita tidak lama.



Sepertimana telahan awal penulis, semua ini merupakan usaha-usaha terdesak macai PR semata-mata untuk memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan dan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak. 

Sayang sekali, perjuangan mereka terhenti buat ke sekian kalinya. Lihatlah bukti di bawah.




MOHON SEBARKAN

PENUTUPAN AKAUN ANAK SIRUL TIDAK DI SIARKAN DI MEDIA

AKAUN FB ANAK SIRUL SUDAH TIADA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MACAM MANA NI Tajol Ariffin Omar ???? DAH BERMACAM2 HELAH DIGUNA TAK MENJADI ??????? 
APA KATA TAJOL JER MENYAMAR JADI ANAK SIRUL ?????? tongue emoticon
HARAP TAJOL LEBIH KREATIF LAGI REKA FITNAH UNTUK JADIKAN DSAI BOS KITA PM PADA 50HB JANUARI.

SABAR LAH DS Anwar Ibrahim
INGATKAN ANAK SIRUL TU NAK BONGKARKAN TAPI DIA YANG KENA BONGGOK KENA BONGKAR DAN TUTUP AKAUN.

TAK SAMPAI SATU HARI KENA GEGAR DAH TUTUP AKAUN ?????

BETUL2 MENGECEWAKAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KERANA INGATKAN ANAK SIRUL AKAN BONGKAR DAN TUMBANGKAN KERAJAAN BN DS Najib Razak



Lihat juga video bekas sahabat baik Anwar merangkap peguam beliau mengenai pembunuhan Altantuya - KLIK SINI

KEJAM!!! Anak Yatim Piatu Dibelasah Sampai Mati!!!

$
0
0


Hanya kerana semata-mata dituduh mencuri sesuatu yang menjadi milik majikannya, seorang remaja dilaporkan telah dibelasah tanpa belas kasihan sehingga mati. 

Mayat remaja itu yang dianggarkan berusia 16 tahun telah ditemui dengan kesam lebam dan berbirat di seluruh tubuh, dipercayai akibat dipukul di sebuah premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnarvon, malam tadi.

Lebih memilukan, remaja malang itu yang hanya dikenali sebagai Muneeswaran adalah merupakan seorang anak yatim piatu.

Datuk Mazlan Kesah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang menjelaskan bahawa pihak polis kini sedang giat menyiasat tempoh remaja itu telah bekerja di premis tersebut.

Ini adalah kerana mangsa masih berada di bawah jagaan sebuah rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland.

"Polis percaya lebih dari dua suspek terlibat dan kami turut menemui kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari sebuah portal hari ini.

Susulan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan supaya tampil membantu siasatan pihak berkuasa. -Kedahnews.c

TAK TAHAN DAH!! Hadi Mengamuk Sampai DAPigs Terkencing!!!

$
0
0



Baik korang baca cepat sebelum artikel ini dipadamkan dari portal Harakah Daily. Selepas lama berdiam diri, Haji Hadi "bangkit" dari mimpi dan mula membahan DAP. Pertikaman di antara PAS-DAP semakin panas apabila pimpinan kedua-dua parti itu saling menyerang di antara satu sama lain.


Bermula dengan isu Hudud kini ia merebak pula kepada isu pilihanraya kerajaan tempatan.

Ketika DAP membantah cadangan PAS hendak laksana hukum Hudud dengan mendakwa ia tidak pernah dipersetujui oleh pakatan tiga parti itu, PAS pula beri alasan sama terhadap perjuangan DAP hendak adakan pilihanraya kerajaan tempatan.

Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang agak jarang buat kenyataan politik telah mengeluarkan kenyataan membelasah DAP kerana terus memperjuangkan cadangan itu.

Dalam satu kenyataan yang panjang beliau mengingatkan tentang bahaya cadangan DAP itu pada kestabilan serta jurang antara kaum di negara ini khususnya di bandar dan desa.

Malah paling membimbangkan bagi Hadi adalah ketegangan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei, sehubungan itu beliau mengingatkan jangan jadikan ketegangan sehingga kepada ‘api dalam sekam’.


BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH HAJI HADI :

“PEMBANGUNAN BANDAR BERMASYARAKAT MADANI”

1.  Keperluan hidup bermasyakat mewajibkan wujud pertemuan berbagai kelompok manusia dari berbagai latarbelakang untuk mengumpulkan keperluan asasi bagi kehidupan diri, keluarga dan masyarakat umum. Keperluan asasinya adalah seperti bahan bagi makanan, pakaian, penginapan, perhubungan dan lain-lain sehingga segala kemudahan hidup untuk penambahbaikan, nilai dan kemewahan. Maka wujudnya bandar dan segala pengurusanya, menjadi rukun dan syarat hidup bermasyarakat di peringkat negara dan antarabangsa.

2.   Ibnu Khaldun (1332M – 1406M), yang bergelar bapa ilmu “sosiologi – historiogafi – ekonomi” tersohor di seluruh dunia menegaskan lagi : “Bahawa bandar yang dibangun dan dihidupkan juga oleh masyarakat luar bandar dikelilingnya, dan semua pihak yang membekalkan bandar itu menjadi hidup dan maju”. Hakikatnya bukan sahaja peniaga besar, bahkan termasuk peniaga kecil yang datang dari kampung dan pendalaman, sehinggalah petani, nelayan dan pengangkut hasil yang membawanya ke bandar, antara bandar dan sekitarnya, sehingga diedarkan, kerana hasil yang berbeza antara desa dan bandar; dan semuanya menjadi keperluan bersama.

3.   Pembangunan bandar bukan sahaja dilihat dari segi kemudahan asas lahiriyah seperti lebuh raya, jalan raya, bangunan, kenderaan yang mencukupi untuk manusia dan barangan, dengan sistem lalu lintas yang lancar dan teratur. Bukan sahaja bangunan industri yang memperoses segala hasil dengan segera, kualiti yang baik, nilai tambah yang menguntungkan. Pasar borong, pasar raya, dan gedung – gedung yang teratur oleh mereka yang merancang bagi pembangunan bandar dan hubungannnya dengan desa; semuanya adalah keperluan perbandaran.

4.    Satu hakikat yang kita selalu lupa, atau dilupakan oleh pemodenan yang bersimpang siur bahawa hubungan jasad dan roh kalangan manusia disemua peringkat yang berkaitan bagi mewujudkan keharmonian juga sangat penting, khususnya dalam himpunan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Pembangunan insan melalui pendidikan, media, pengurusan dan pentadbiran yang dikawal oleh undang-undang sahaja tidak mencukupi. Ini adalah kerana menjalinkan hubungan sesama manusia tidak sama dengan menyusun kayu dan batu-bata mendirikan bangunan, disebabkan manusia itu ada perasaan yang boleh tersentuh dengan mudah dan menolak paksaan.

5.    Dalam aspek ekonomi pendekatan liberal kapitalisma didapati menzalimi orang miskin sehingga menimbulkan pertembungan kelas taraf kehidupan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam hidup bermasyarakat. Pendekatan sosialis pula boleh menzalimi orang kaya yang menyumbang kemajuan ekonomi negara. Pendekatan komunis yang lebih radikal sehingga menolak agama menjadi lebih parah. Semuanya tidak dapat memenuhi fitrah manusia atau nalurinya. Manusia punya jasad, roh dan akal, tidak dapat hidup secara individualistik dan mestilah bermasyakat, mewajibkan keseimbangan yang saksama dalam semua aspek. Dunia telah menyaksikan kegagalan semua pendekatan itu. Bandar yang menjadi pusat bergeraknya kegiatan ekonomi, politik dan sosial menerima padah awal daripada segala kesannya yang positif dan negatif.

Rasulullah S.A.W. menegaskan dengan sabdanya :

حم الله رجلا سمحا إذا باع وإذا اشترى وإذااقتضى (البخاري

(Allah memberi rahmat kepada seseorang yang bersikap pemaaf apabila dia menjual, membeli dan mengendalikan urusan).

6.  Peringatan ini menunjukkan bahawa kita semua wajib bertimbang rasa oleh semua pihak, peniaga, pengguna, dan pentadbir.

7.   Dalam aspek politik mengendalikan bandar, maka oleh itu wajib kita mengambil kira semua pihak dan lapisan yang memakmurkan bandar itu. Maka pilihan raya Majlis Perbandaran seperti yang diperjuangkan oleh DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek. Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar. Lihat sahajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula bermajoritikan satu kaum yang lain

8.    Kita tidak seharusnya melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk. Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi “api dalam sekam” untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.

9.    Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan arah, temasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pendalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar. Wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaafan dalam perkara yang berbeza, berlaku adil terhadap semua.

10.   Bandar wajib diurus bukan sahaja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah yang mengalir ke dalam jasadnya. Kalau perjalanan nya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Kongsikan Berita Ini...13638

MAK AIII!!! RM45 Juta Nilai Penjawat Awam Kena Tipu Di Kelantan!!!

$
0
0


Perrgh.....RM45 juta? Bukan kecik anak punya jumlah tu? Adakah terpedaya atau sengaja cari penyakit? Apa-apa pun siasatan perlu diambil. Jangan dilepas penjenayah macam ni. Kat negeri Kelantan pula tu. Hish!!!


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kes penipuan yang melibatkan kakitangan awam berjumlah RM45 juta.

Azih berkata, penipuan RM45 juta itu melibatkan pembelian rumah sebanyak 477 unit oleh kakitangan awam di Kelantan.

"Setiap pengguna harus berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada ditipu. Paling mengecewakan, penipuan melibatkan projek perumahan.

"Projek ini ada 477 unit rumah yang dibina pada tahun 2011 di mana pembelinya 100 peratus kakitangan kerajaan. Tetapi hari ini (2015), baru nak naik tiang sedangkan pembeli sudah bayar 90 peratus.

"Apa akan berlaku kalau semua tempat sama seperti ini? Gaji dipotong tapi rumah tidak boleh duduk.

"RM45 juta sudah dibayar, syarikat entah ke mana, dia bawa lari... Untuk itu, insya-ALLAH saya akan jumpa PM untuk bincang perkara ini. 

"Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Takkanlah hendak bayar sampai mati sedangkan rumah tidak boleh duduk," katanya ketika sidang media tahun 2015 "Tahun Perangi Penipuan" di Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelas beliau unit yang terbengkalai itu melibatkan 12 lokasi di seluruh Kelantan. 

Oleh itu beliau berharap kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini.

"Sepatutnya kerajaan ambil peranan, takut masyarakat hilang keyakinan, kita minta bantulah mereka.

"Kalau tidak dibantu makin bermaharajalelalah 'penipu' itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya telah berjaya menyelesaikan satu kes rumah terbengkalai di Sarawak selepas campur tangan pihaknya dan kerajaan.

"Kita sudah selesaikan kes sama baru-baru ini di Sarawak. Alhamdulillah syarikat perumahan negara sudah siapkan," katanya lagi. ~SH

PANASSS!!! Posting Saari Amri Heret Datuk Siti Nur Haliza Isu Dadah #ZAMANI!!!

$
0
0



Peminat muzik tanah air khususnya di awal era 90-an pastinya dapat mengimbas kembali  saat kemunculan dua penyanyi muda popular ketika itu baik Siti Nur Haliza mahupun kumpulan Slam yang penyanyinya adalah Zamani. Disebabkan kedua-duanya masih solo, sama cantik dan padan, maka banyaklah gossip mengaitkan hubungan cinta antara mereka berdua walaupun tiada sebarang pengakuan atau bukti dapat disahkan.

Masing-masing telah memilih laluan sendiri. Yang pasti kedua-duanya masih meneruskan karier dalam industri muzik tanah air sehingga ke hari ini. Diakui, suara lunak dan tinggi yang dimiliki kedua-dua mereka menyebabkan peminat tidak pernah melupakan mereka khususnya Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat lebih berjaya.

Apa pun Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah menjadi tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu."


Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau.

"Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain," katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini

Sumber

Cukup-cukuplah Saari Amri, usah diungkit cerita lama. Masing-masing telah memilih jalan hidup sendiri. Hormatilah hak dan privasi mereka. Kepada Datuk Siti Nurhaliza, penulis amat setuju dengan penjelasan dan pendirian yang Datuk Siti ambil berhubung isu ini.

Barang yang lepas jangan dikenang....

Jom kita layan kelunakan paduan suara Datuk Siti Dan Cakra Khan

Lagu Tema OST Filem SUAMIKU,ENCIK PERFECT 10! 




Lirik Lagu Seluruh Cinta - Dato' Siti Nurhaliza dan Cakra Khan

Cakra Khan
Menatap kepergian dirimu..
Menatap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama..
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku
Tuturkan... cinta


Siti Nurhaliza & Cakra Khan
*
Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya
Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama..


Siti Nurhaliza
Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu


-Siti Nurhaliza & Cakra Khan
Tiada lagi bait yang indah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa


ulang *

Siti Nurhaliza & Cakra Khan
Tiada cinta yang setulus cinta (cinta mu...)
Tiada yang sanggup gantikan dirimu..
Tiada rasa seindah kasihmu..
Tiada yang mampu temani diriku..


ulang *

Siti Nurhaliza dan Cakra Khan
Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama..


Ku kan selalu memujamu hingga nanti kita kan bersama..

AWAS!!!! Bahasa Ringkas Anak-Anak Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu!!!

$
0
0



Sila jangan ambil mudah perkara ini. Kalau bukan ibu-bapa, siapa lagi yang akan memantau  aktiviti anak-anak apabila berada di luar bersama kawan-kawan mereka. Sesekali gunakan masa yang ada bersama mereka untuk memantau gajet atau hand phone mereka supaya penyesalan tidak berlaku di kemudian hari.

Perkongsian kali ini bukan untuk mendedahkan taktik atau trick bahasa ringkas yang membawa maksud yang tidak baik, tetapi sebagai panduan buat ibu bapa supaya memahami maksud yang cuba disampaikan melalui teks ringkas yang digunakan oleh anak-anak supaya tidak disalahgunakan.


Menjadi ibu bapa di zaman serba canggih memang tidak dinafikan mempunyai cabaran yang tersendiri.

Antaranya, anak-anak generasi baharu sekarang semakin terdedah dengan teknologi semasa hinggakan kadang-kadang mereka pula yang terlebih advanced daripada ibu bapa sendiri.

Sebagai contoh, anak-anak generasi Y kini lebih gemar menggunakan singkatan atau akronim yang memang agak janggal digunapakai oleh golongan lebih dewasa.

Jadi, untuk memahami apa yang sering diperkatakan oleh anak-anak anda, apa kata anda pelajari dulu bahasa-bahasa yang sudah sinonim dengan diri mereka tatkala berkomunikasi dengan rakan sebaya yang lain.



Hai, kalau macam ni, penulis pun pening nak faham. Haha! 

Sumber: Mynewshub.cc

VIDEO : PANASSS!!! Kerana Tegur Pak Haji Kena Belasah Lelaki India!!!

$
0
0


PERINGATAN : Komen-komen berunsur perkauman adalah dilarang!!

Sebuah klip video pergaduhan membabitkan kaum India dan Melayu mula tersebar di laman Facebook sejak jam 1 petang 20 Januari lalu.

Difahamkan, dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Teluk Intan, Perak itu, beberapa lelaki berbangsa India bergaduh di lokasi kejadian dan seorang lelaki, 'pak haji', cuba menenangkan lelaki-lelaki itu dari terus terjerit-jerit. 

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila pak haji turut ditumbuk di kepalanya dan mengundang ketidakpuasan hati orang ramai yang menyaksikan insiden tersebut. 

Polis yang berada di tempat kejadian, gagal menghalang lelaki itu bertindak ganas dan sempat melarikan diri selepas insiden terbabit, lapor sumber.

Menurut sumber, lelaki itu bagaimanapun telah menerima balasannya, ditumbuk oleh beberapa lelaki melayu yang berang dengan tindakan biadabnya itu.

"Dah kena pukul balik lelaki tu dengan budak-budak melayu. Video tu tak record habis. Lelaki tu lari menyorok di stesen Shell dan polis pun kejar dia.

"Pukul tak pukul la bro, pak haji tu sempat tepis then jek sekali kepala lelaki tu. Jangan kata budak-budak melayu tak ambil kisah selepas lelaki tu pukul pak haji tu. Tanya Ah Meng Sparepart kalau tak percaya," katanya.

Motif kejadian masih tidak diketahui.

MASJID DILARANG AZAN SUBUH? Ini Penjelasannya!!!

$
0
0


Berikutan artikel penulis semalam, pelbagai komen dan kritikan diterima tanpa sebarang bukti atau hujah yang dapat memperbetulkan keadaan sehinggalah awal pagi ini menerima personal message (PM) di FB.
Butiran mesej adalah seperti berikut :



Berikut adalah penjelasan dari PA Exco Hal Ehwal Agama Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang popular dengan pangilan Cikgu Zul yang dipetik dari Facebook beliau..

Tadi saya menerima panggilan telefon mengadu kononnya Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon melarang azan kerana terdapat bantahan bukan Islam.

Pengadu mengaku mewakili sebuah NGO Melayu memaklumkan Pengerusi NGO itu ingin menemui Exco Agama untuk berbincang perkara itu.

Setelah didesak, beliau mengaku hanya mendengar tuduhan itu daripada pihak lain.



Walaupun saya cukup yakin, ia hanya "fitnah zaman tok nadoq," tetapi saya tetap menghubungi Pengerusi Masjid berkenaan, En. Abdul Aziz Mohd Shariff untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sambil berikhtifar panjang dan mengaku ia fitnah pihak tertentu, Aziz menjelaskan "PA Sistem" masjid bernilai hampir RM100k. 'Volumenya' tidak pernah diubah, sentiasa kuat setiap waktu solat.

Katanya, depa ni sengaja nak bagi kita orang Melayu berlaga ( bergaduh ) dengan Cina.

"Encik Zul, mailah melawat masjid kalau nak dengar laungan azan masjid kami," tambahnya.

Masjid At Taqwa adalah antara masjid yang aktif menjalankan aktiviti keagamaan.

Kebetulan, seorang kakitangan pejabat Exco Agama adalah anak khariah masjid At Taqwa. Beliau mengesahkan azan sentiasa berkumandang di masjid itu.

Seorang teman kemudiannya mengirimkan saya salinan surat aduan tentang perkara itu daripada sebuah NGO.

Setelah diamati, rupa-rupanya NGO inilah yang selalu berdemo kat Komtar dengan dua tiga kerat "pejuang Melayu."

Nasihat saya, carilah isu lain, untuk nak jadi jaguh Melayu di Pulau Pinang !

Wassalam...







VIDEO : Sirul Ditahan Dipenjara Paling Teruk Di Dunia

$
0
0


SYDNEY – Bekas komando polis, Sirul Azhar Umar dilaporkan telah dipindahkan ke sebuah penjara dengan kawalan paling ketat di pinggir bandar raya ini oleh pihak berkuasa Australia lewat Jumaat, menurut stesen penyiaran Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Sirul dilaporkan dibawa masuk ke Villawood Immigration Detention Centre, sebuah penjara kontroversi dengan keselamatan maksimum yang dibuka sejak 1976 dan terkenal memiliki rekod hak asasi manusia terburuk berbanding pusat tahanan biasa.



Pendedahan ABC itu sekali gus menafikan beberapa laporan media tempatan yang memetik sumber Wisma Putra di Putrajaya pada Jumaat kononnya mendakwa Sirul telah dibebaskan oleh pihak imigresen Australia untuk dibawa balik ke Malaysia.

Penjara Villawood lazimnya menempatkan tahanan kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa dibenarkan visa atau pendatang asing tanpa izin selain pencari suaka politik antarabangsa yang mahu berhijrah ke Australia atau transit ke negara ketiga lain. 

Pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney dikenali memiliki rekod layanan hak asasi manusia paling buruk dan kontroversi berbanding sistem penjara biasa di Australia. – Gambar Hiasan

Sirul Azhar, 43, disabitkan kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantunya Shaariibuu pada 2008 bersama-sama dengan rakannya, Azilah Hadri setelah Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 13 Januari lalu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Tertuduh gagal hadir pada hari keputusan itu diumumkan menyebabkan mahkamah mengeluarkan perintah penangkapan dan memohon bantuan kerajaan Australia untuk membawa tertuduh balik ke Malaysia bagi menjalani hukuman mati.

Dia dilaporkan sudah lama berada di Australia dan menetap bersama ahli keluarganya di Ipswich, barat Brisbane, Queensland sejak beberapa bulan selepas masuk menggunakan pasport dan visa sah pada tahun lalu.



Penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia hanya bertindak menahan Sirul Selasa lalu selepas Polis Antarabangsa (Interpol) mewartakan notis merah untuk penahanan tertuduh di luar negara asal.

Namun, Australia enggan mengekstradisi Sirul balik ke tanah air kerana undang-undang negara berkenaan tidak membenarkan penghantaran pulang tertuduh bagi menjalani hukuman mati kecuali Malaysia memberi jaminan hukuman itu tidak dilaksanakan.

Jabatan Peguam Negara Australia juga setakat ini belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk ekstradisi daripada kerajaan Malaysia dan jika berlaku sekali pun, proses dijangka mengambil masa amat lama sebelum diberi kelulusan. – Agensi


PANASSS!!! ESCORT GIRL: 10 Artis Dipantau Polis!!!

$
0
0


Sebuah akhbar hari ini melaporkan yang pihak polis kini sedang memantau sekurang kurangnya 10 orang artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl dengan menerima bayaran lumayan.

Siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik itu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan aksi di ranjang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mendedahkan perkara itu mengesahkan beberapa artis yang kebanyakkan mereka adalah pelakon kini berada dalam radar pemantauan mereka.

Jadi Escort Girl VVIP, Polis Pantau 10 Artis Wanita Tempatan - ROTIKAYA

“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.

Harian Metro juga mendedahkan yang artis sebagai gadis peneman ini tidak bergerak sendirian tetapi mempunyai orang tengah yang mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atasan & VVIP sebelum berunding sehingga ke perkhidmatan di ranjang.

“Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya,” tambahnya lagi. (rtky/m)

ASTAGHFIRULLAH.... Sanggupkah PAS Biarkan Hj Hadi Dihina DAPigs Sebegini?

$
0
0


Ya Allah, agak terlampau jika benar info yang didedahkan oleh seorang peguam bernama Ahmad Shuaib Ismail berkenaan Presiden Pas yang diletak namanya di dalam 'whatsapp group' pakatan rakyat pusat sebagai "bab* berjanggut""haji celaka""Hadi anjing tua".

Pendedahan yang dibuat melalui akaun Facebook milik Ahmad Shuaib itu sememangnya satu kenyataan yang berisiko; namun sudah pasti pemiliknya sudah berfikir tentang risiko sebelum menyebar maklumat tersebut.


Kebiadapan puak DAP sememangnya amat terserlah dan mereka sudah semakin berani melakukan provokasi fizikal dan melalui saluran media. Kita tidak hairan jika perkara ini benar, tidak mustahil itulah anggapan sebenar DAP terhadap PAS; betapa hinanya PAS dimata dan hati DAP.

Semestinya jika info sebegini tersebar, sudah pastinya DAP akan serta merta menukar nama tersebut kepada nama sebenar untuk mengelak pertikaian.

PAS pula seperti biasa, mereka akan setuju dan akur dengan apa-apa perbuatan DAP walaupun ketua mereka dihina sebegitu rupa.

ROTAN : Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah

$
0
0


Wajarkah kalau kita jadikan merotan anak ni sebagai satu kesalahan? Sedangkan dalam islam kita dibolehkan merotan sekadar untuk mengajar tetapi tidak sehingga mendatangkan kecederaan yang serius. 

Agak-agak lepas ini apa la yang akan jadi yer, kalau akta baharu merotan anak manjadi kesalahan bagi menggantikan Akta Kanak-kanak 2001. Akta ini dijangka akan dibentangkan pada Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain. 

1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun

Sabda nabi:

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر

(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas. 

لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود

Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas. 

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit. 

عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. 

(al-Muwatta’)

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja. 
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya. 

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)

Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan. 

عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.

Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)

Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotan di tapak tangan dan kaki. 

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah. 

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترميذي

Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi).


APA CITER??? Tarian Separuh Bogel Terbuka Di Segamat!!!

$
0
0



"Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, sebuah pusat membeli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.

"Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.

"Apa yang dikesal, tarian itu turut ditonton oleh kanak-kanak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum iaitu pada hujung minggu," katanya.

Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.

Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya kerana berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehinggah menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Peristiwa ini secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor.

"Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat negara ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut undang-undang yang sedia ada.

Kami percaya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya. - Sinar Harian Online
Viewing all 3882 articles
Browse latest View live